Jom Kita Berselawat

Rasional Dalam Pembinaan Kurikulum


Asslamualaikum dan salam sejahtera...

Hari ini saya ingin menulis sedikit nota ringkas tentang pembangunan kurikulum saya menjadikan sebuah buku sebagai rujukan untuk penulisan ini yang betajuk Prinsip Asas Kurikulum dan Pengajaran. Buku ini menbincangkan beberapa perkara penting yang perlu dijadikan asas dalam pembinaan sesebuah kurikulum di sekolah ataupun maktab. Gambar ini adalah dari http://www.bridgeport.edu/Images/services/book.jpg


Perkara-perkara rasional yang perlu ada untuk melihat, menganalisis dan mentafsir kurikulum dan program pengajaran sesebuah institusi pendidikan bermula dengan mengenal pasti empat soalan dasar yang perlu dijawab:
  1. Apakah tujuan pendidikan yang hendak dicapai oleh sekolah?
  2. Apakah pengalaman pendidikan yang boleh disediakan untuk mencapai tujuan tersebut?
  3. Bagaimanakah pengalaman pendidikan ini boleh dikendalikan dengan berkesan?
  4. Bagaimanakah kita dapat menentukan sama ada tujuan-tujuan ini tercapai?
Persoalan yang dibina oleh pengarang sebenarnya memberi panduan dalam pembagunan kurukulum dan jawapan untuk soalan-soalan di atas mungkin mempunyai jawapan yang berbeza dari satu peringkat pedidikan ke peringkat pendidikan yang lebih tinggi. Saranan pengarang kepada pelajar-pelajar ialah menyelidik rasional-rasional yang lain dan membina konsep tersendiri mengenai unsur dan perkaitan dalam kurikulum yang efision.

Sumber:

Ralph W. Tyler (1990). Prinsip Asas Kurikulum dan Pengajaran. Selangor: Dewan Bahasa & Pustaka.

Selagi kita bernyawa,kita mestilah bekerja menabur bakti untuk bangsa dan negara.Itulah hasan yang sebenar.(Ibu zain)
0 Komentar untuk "Rasional Dalam Pembinaan Kurikulum"

Back To Top