Hari Ini Sudah Berselawat

Cara Mudah Buat Coklat Sendiri

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera 

Saya rasa, ramai yang suka makan coklat. Terutamanya kanak-kanak. Orang dewasa pun apa kurangnya. Betul tak?


Cantik tak coklat-coklat ini?

Beberapa hari lepas, anak saya mintak belikan kek coklat. Nak tunggu tarikh ulang tahun kelahirannya untuk beli kek lambat lagi. Jadi apa kata kita buat sendiri.


Hari ini saya ingin berkongsi cara mudah buat coklat sendiri. Kalau asyik membeli coklat di pasaraya dan kedai kek bosan juga rasanya.


Cara Mudah Buat Coklat Sendiri



Bahan-bahan Buat Coklat Sendiri


1) Coklat compound. Anda boleh pilih samaada ingin menggunakan coklat gelap (dark chocolate), coklat putih (white chocolate) atau coklat susu (milk chocolate). 
2) Bahan-bahan yang anda ingin jadikan sebagai inti atau diletakkan di atas coklat anda seperti kismis, almond, kacang, dan sebagainya. 
**terdapat beberapa jenama coklat compound yang boleh anda beli di kedai-kedai kek. Antara brand yang selalu digunakan adalah brand Beryl, Colatta, Selborne. 

Alatan Untuk Membuat Coklat Homemade Sedap: 


1) Coklat mould yang mempunyai pelbagai bentuk menarik seperti bentuk hati / love, bentuk bunga ros, dan sebagainya. 
2) Piping bag untuk memudahkan anda memasukkan coklat cair ke dalam mould. Kalau tiada piping, anda masih boleh memasukkan coklat cair menggunakan sudu. Cara-cara Menyediakan Resepi Coklat Homemade Sedap: 
1) Sebelum anda dapat menggunakan coklat mould, anda hendaklah mencairkan coklat compound terlebih dahulu. Caranya adalah dengan menggunakan teknik “double boiler”. Panaskan air dalam satu bekas, letakkan coklat dalam bekas lain dan masukkan bekas yang mengandungi coklat tadi dalam air yang sedang dipanaskan. Lebih mudah jika anda mempunyai set double boiler. 
2) Setelah coklat cair, isikan piping dengan coklat cair dan masukkan cairan coklat ke dalam mould satu persatu. 
3) Jika anda ingin meletakkan inti, masukkan coklat cair separuh sahaja ke dalam mould coklat. Sejukkan lapisan tersebut di dalam peti ais. Bila sudah agak-agak keras sedikit, letakkan inti di atas lapisan tersebut. Kemudian sambung semula kerja memasukkan coklat cair untuk menutup inti coklat anda. 
4) Sejukkan dalam peti ais. 
5) Finally, coklat homemade telah siap untuk dihidangkan atau dijual. 
Diharapkan resepi coklat homemade ini dapat membantu anda untuk membuat coklat hanya dari rumah. Jika anda suka resepi ini, pastikan anda kongsikan resepi coklat homemade ini bersama rakan-rakan anda. 


Jika anda  mahukan lebih resepi dan cara-cara buat coklat boleh klik link di bawah ini kerana panduan yang disediakan cukup mudah. Siap ada video lagi.

Banner rahsia buat coklat sendiri yang sedap


Link rahsia buat coklat sendiri yang sedap


Ingin belajar bahasa Inggeris dengan mudah klik --->  Buku Fizikal English Itu Mudah - Belajar Grammar English Dalam Bahasa Malaysia

Resepi asal adalah di sini.
23 Komentar untuk "Cara Mudah Buat Coklat Sendiri"

Bentuk yang pelbagai pun dah menarik perhatian kita untuk mencubanya :)

sedapnye...terima kasih kerana b:)

betul tu...kalau boleh buat sendiri mesti best kan

Sy nk tnye choclate compound tu rasanye akn jd lain ye bl ktadouble boiler??? Maksud sy jd lg sdp ye?? Ingin tahu. Mohon pencerahan. Terima kasih

Sebelum saya jawab. saya ini bukanlah pakar. Tapi berdasarkan pengalaman, memang coklat perlu dicairkan dengan double boiler supaya mudah untuk kawal bimbang coklat jadi hangit. Menurut kawan saya yang jual kuih, coklat compound pun ada jenis-jenisnya. Dari segi rasa ia bergantung jenis coklat yang kita guna. Kalau dari segi teknik mencairkan coklat tidak pasti pula.

klau kita nk plbgai kn wrna coklat 2 mcmne yea..sy bru nk bljr

Terima kasih kerana sudi bertanya saya...

Ada 3 langkah mudah untuk warna coklat

Langkah-langkahnya:

Cairkan coklat putih.
Titiskan pewarna makanan kedalam coklat putih.
Kacau coklat sehingga mendapat warna yang diinginkan.

Saya sarankan tuan/cikpuan dapatkan panduan --->>
http://www.buatcoklat.com/hop.php?ref=fmtt

Ia sangat membantu

Teerimakasih ka, informasinya :)
izin share,,,

Cairkan coklat x perlu rebus ngan air ke

teringin nak buat coklat pulak..hihi

kalu nak rasa lebih lemak, kak tambah susu pekat, tapi kenapa coklat jadi berketul yee

Coklat aku buat lagi sedap...sape2 kalau nk tips rahsia buat cokkat pakai serbuk milo boleh pergi ke link ini www.coklathomemade.com 😊

Salam akak. Nak tanya, coklat ni tak cair ke kalau dibiarkan lama di luar peti sejuk?

Salam akak. Coklat ni kalau letak luar peti sejuk, tak cair ke?

Cukup mudah ya pembuatannya. Saya coba dulu dirumah gan

Back To Top