Jom Kita Berselawat

Rahsia DUIT

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Rasanya lama sudah saya tidak berkongsi panduan ringkas untuk meningkatkan motivasi diri kita dalam melayari kehidupan ini terutama untuk belajar.

Saya seronok bercerita tentang panduan belajar sebab pernah lalui perjalanan pembelajaran dan masih lagi belajar.

Rahsia DUIT
Duit 50


Hari ini saya ingin kongsikan rahsia DUIT yang boleh diaplikasikan oleh semua peringkat umur untuk mencapai kejayaan dalam apa bidang sekalipun terutamanya pembelajaran.


Rahsia DUIT


Barangkali ramai sudah yang pernah dengan rahsia DUIT ini. Malahan saya pernah jumpa buku yang menulis tentang Mujizat DUIT.

Namun, saya rasa tidak salah kalau ingin berkongsi perkara manfaat ini berulang kali sebagai peringatan kepada saya dan sesiapa sahaja.

Duit di sini bukanlah bermaksud wang ringgit atau nilai matawang yang lain, tetapi ia adalah akronim bagi Doa, Usaha, Istiqamah dan Tawakkal.


Doa


Sejak kecil lagi saya dididik oleh abah saya untuk berdoa kalau menginginkan sesuatu. Sehingga kini saya begitu yakin dengan keberkesanan doa dan ia perlu dimulai sebelum berusaha.

Mungkin ada yang mengatakan kita perlu berusaha dan berdoa, tetapi bagi saya kita perlu berdoa dan berusaha.

Kenapa saya menyatakan sedemikian? Bukankah Rasulullah SAW pernah bersabda yang mafhumnya setiap amalan dimulai dengan niat. Niat adalah doa. 

Apabila kita berdoa bersungguh-sungguh mengikut aturan yang Allah SWT tetapkan, Insya Allah kita akan ditunjukkan jalan bagaimana harus kita berusaha untuk mencapai sesuatu matlamat itu.


Usaha


Kenapa kita dihantar ke dunia ini? Tujuan utama kita hidup di atas dunia ini adalah untuk mengabdikan diri kita kepada Allah SWT. 

Pengabdian memerlukan kita berusaha. Kalau kita tidak berusaha maknanya kita tidak beribadah kepada Allah SWT.


Apabila kita berdoa bersungguh menginginkan sesuatu kita perlu iringinya dengan doa. Secara adatnya, mana mungkin makanan yang terhidang akan masuk ke dalam mulut kita kalau kita tidak menyuapnya dengan tangan ke dalam mulut?

Makanan yang terhidang di depan mata kita bukannya datang secara tiba-tiba. Ia adalah hasil gabungan usaha pelbagai pihak.

Nasi datangnya dari beras yang ditanam bukannya sehari dua, tetapi menelan masa yang agak lama. Ikan pula perlu ditangkap di tengah-tengah laut. Untuk ke laut para nelayan perlu  menyediakan bot atau kapal.

Begitulah analoginya tentang usaha. Kita tidak boleh mengesampingkan usaha kita jika inginkan sesuatu.


Istiqamah


Kalau dalam bahasa Melayu bermaksud berkekalan atau berterusan. Segala doa dan usaha kita perlu berterusan tanpa henti.

Setiap hari kita perlu makan. Pernahkah kita cuba untuk rehat dari makan sehari atau dua hari. Kalau berpuasa pun bukannya sepanjang hari.


Tawakal



Segala doa dan usaha kita yang berterusan tidak akan mendatang hasil tanpa keizinan Allah SWT. Hakikat ini tidak boleh kita tolak dan kita perlu sedar bahawa segala adalah ketentuan adalah dari Allah SWT. 

Kita hanya perlu berdoa dan berusaha. Lainnya terpulang kepada Allah SWT yang Maha Mengetahui. Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.

Selamat menuntut ilmu dan beramal...


Tag : Motivasi
25 Komentar untuk "Rahsia DUIT"

Assalammualaikum...faizal,

Terima kasih bebanyak perkongsian nie.. bagus2..

mselim3

pls: teruja mselim3 tgk duit RM 50 tu.. ingat dapat duit faizal bagi...hehehe - gurau aje.

suka membaca artikel ini.. sangat bermanfaat dan memotivasikan..

Thank you for any other informative site. The place else may I get that kind
of information written in such an ideal approach? I've a
undertaking that I'm simply now operating on, and I've been on the glance
out for such info.

my webpage hair and beauty treatments

rupanya doa dahulu baru usaha.. =)

salam blogwalking :)

ijin follow blog anthum biar makin akrab

rahsia lengkap nak dapat duit...pasni kena lagi rajin & istiqamah utk buat DUIT..

ohh akronim rupanya...moga kita dapat mengaplikasikannya :)

saya sgt perlukan duit yg dimaksudkan.. kena tepuk dada tanya iman, nak atau tak nak kan. terima kasih share

salam blogwalking..saya ijinkan..terima kasih

terima kasih ciktom yang hebat dan selalu dapat duit

betul sekali..ini peringatan untuk saya sendiri juga.

Back To Top