Jom Kita Berselawat

Kebijaksanaan Bawa Bahagia atau Merana

Assalamualaikum WBT

Sebagaimana kita sedia maklum kebijaksanaan boleh dihubungkan dengan kecerdikan atau kepandaian. Ia juga merupakan kelebihan yang Allah SWT anugerahkan kepada kita sama ada secara langsung atau memerlukan usaha yang panjang.

Bahasa Indonesia: Elvis Shake adalah salah sat...
Bahasa Indonesia: Elvis Shake adalah salah satu challenging game yang ada dilokasi TOP untuk mengajarkan peserta training menyelaraskan keseimbangan gerakan badan, emosi dan pikiran dalam menyelesaikan sebuah tugas individual dengan orientasi keberhasilan kerja tim dalam sebuah organisasi. (Photo credit: Wikipedia)
Sesiapa sahaja yang memiliki kebijaksanaan, pastinya dia mampu memperoleh kejayaan dan kebahagiaan. 

Namun demikian, jika di salah gunakan kelebihan ini boleh mengundang kepada kelekaan. Inilah kata-kata hikmah yang bermanfaat untuk kita hayati yang saya petik dari blog Nota Insan.

Sebuah kisah yang berkaitan dengan kata-kata hikmah ini ingin saya kongsikan di sini. Moga-moga ianya beroleh manfaat untuk kita bersama rakan blogger dan semua anda di luar sana.

Rahman merupakan seorang graduan dari IPTA tempatan yang sangat terkenal dengan kepintarannya dalam bidang akademik. Dia baru sahaja di anugerahkan dengan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam menerusi majlis konvokesyen yang di adakan pada minggu lepas. 

Keluarganya begitu berbangga dengan pencapaian anak mereka yang cemerlang itu. Dia digolongkan dalam kelompok Kelas Pertama kerana CGPA yang dicapainya adalah mencecah 4.00.

Meskipun belum memiliki pengalaman yang luas dalam bidang pekerjaan, namun syarikat tersebut berminat untuk melantik beliau menjadi salah seorang pekerja. Boleh jadi keputusan akademiknya tinggi menyebabkan pihak syarikat terpesona dan tertarik dengannya.

Sebulan telah berlalu. Rahman begitu gembira dan berbangga dapat bekerja di syarikat tersebut. Gaji yang dijanjikan oleh majikannya agak lumayan. Bahkan, dia sering dipandang tinggi kerana kelayakan akademiknya yang paling tinggi berbanding staf yang lain. 

Semakin lama bekerja di situ, semakin ramai kenalan yang cuba mendekatinya. Dia dihampiri oleh sebilangan besar staf syarikat tersebut terutama pihak atasan, waima pihak luar yang menjalankan hubungan kerja turut berminat untuk berurusan dengannya. 

Pihak syarikat begitu berbangga dengan prestasi Rahman kerana kebijaksanannya menarik minat pelabur luar untuk turut serta mengembangkan perniagaan mereka. Malahan projek-projek baru yang mendatangkan keuntungan besar kepada syarikat tersebut kian meningkat.

Namun demikian, pada suatu hari akhbar harian memaparkan berita seorang jurutera pembinaan telah dijatuhkan hukuman oleh pihak mahkamah kerana terlibat dengan rasuah. Jurutera yang dimaksudkan adalah Rahman.

Luluh hati ibu dan bapa Rahman yang selama ini terlalu berbangga dengan kejayaan yang dikecapi oleh anak mereka apabila membaca berita tersebut. Harapan mereka hancur lebur umpama jongkong emas yang leburkan dengan api.

Enhanced by Zemanta
Tag : Cerita
9 Komentar untuk "Kebijaksanaan Bawa Bahagia atau Merana"

bijaksana bw bahagia kl guna kebijaksaan tue dgn cara yg betul dan ikut landasan ISlam...

Menjadi Bijak bukan matlamat utama... tetapi menuntut ilmu itu lebih utama...

Rahman kena lagi bijak dan licik dalam permainan politik kerja. Kan dah kantoi.

verification word sangat menjengkelkan!

aduh. ambil rasuah rupanya..

betul... verification word menyebabkan orang lain kurang berkenan untuk komen...

Back To Top