Hari Ini Sudah Berselawat

20 Kata-Kata Hikmah Hamka

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera


Saya cukup minat dengan seorang ilmuan yang terkenal suatu ketika dahulu. Beliau ialah Pak Hamka. 


Walaupun beliau telah lama meninggalkan kita di atas dunia ini, namun jasanya, karyanya, kata-kata nasihatnya masih lagi mendapat perhatian kita yang masih hidup.



Sebelum pemergiannya ke alam barzakh, beliau telah meninggalkan banyak kata-kata hikmah yang berharga untuk kita.


Jika dicari dalam internet menerusi blog-blog atau facebook, memang banyak image dan foto yang tertanam dengan kata-kata hikmah dari Pak Hamka. Guna enjin pencarian Google pun banyak.

Hari ini saya ingin kongsikan 20 Kata-Kata Hikmah Hamka yang saya kumpul dari buku-buku dan internet.

Rahsia Bisnes Tudung

Sejarah Ringkas Pak Hamka


Nama penuh bagi Pak Hamka adalah Haji Abdul Malik Karim Amrullah. Beliau dilahirkan  di Kampung Molek, Maninjau, Sumatera Barat, Indonesia pada tanggal 17 Februari 1908. 


Beliau terkenal sebagai seorang penulis, ahli politik, aktivis dan ulama warga Indonesia yang meninggal dunia pada 24 Julai 1981.


Pak Hamka mendapat pendidikan rendah di Sekolah Rendah Maninjau dan hanya belajar setakat gred 2. 


Ketika umurnya menjangkau 10 tahun, ayah Pak Hamka telah membuka sekolah fardhu ain (Thawalib) di Kampung Padang Panjang. 


Pak Hamka begitu gigih menuntut ilmu dan menguasai Bahasa Arab. Antara cendekiawan Muslim terkenal yang menjadi mentornya adalah Syeikh Ibrahim Musa, Syeikh Ahmad Rasyid, Sutan Mansur, R.M. Surjopranoto dan Ki Bagus. 


Beliau memang gemar membaca dan menyelidik. Banyak  masa beliau dihabiskan dengan membaca buku falsafah, sastera, sejarah dan politik. Di samping itu, menyelidiki karya-karya Arab dan Barat yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Arab seperti Karl Marx dan Arnold Toynbee.


Pak Hamka aktif berdakwa saat umurnya mencecah 17 tahun. Beliau  merupakan salah seorang guru agama di Tebing Tinggi dan Padang Panjang, menjadi pensyarah di Universiti Islam Jakarta dan Universiti Muhammadiyah, Reaktor Perguruan Tinggi Jakarta dan Pegawai Tinggi Agama Indonesia.


Selain berdakwah, beliau juga aktif berjuang. Pak Hamka merupakan salah seorang yang terlibat dengan pertubuhan Muahmmadiyah dan beliau dilantik menjadi anggota pemimpin pusat Muhammadiyah.


Beliau juga menubuhkan Persatuan Hindia Timur di Mekah dan memberi tujuk ajar cara mengerjakan haji yang sebetulnya kepada jemaah haji Indonesia.


Di samping itu, beliau  menjadi pengasas Kolej Al-Muballighin untuk melatih pendakwah dan menerbitkan majalah dakwah seperti Pembela Islam, Merdeka, Menara, Pemandangan, Gema Islam, Pedoman Masyarakat dan Qathib Al-Ummah.


Pak Hamka bersikap tegas dalam menentang khurafat, bid'ah thorikoh kebatinan yang menular di Indonesia. 


Perjuangan beliau bukan setakat menetang kemungkaran dalam masyarakat, bahkah turut memberi komitmen dalam mempertahankan tanah airnya dengan mengetuai Front Pertahanan Nasional untuk menyekat kemaraan Belanda di Indonesia.


Oleh kerana kelantangan beliau dalam bersuara, natijahnya beliau dipecat dari jawatan umum Majlis Ulama Indonesia.


Pernah suatu ketika, beliau meringkuk di dalam penjara bersama-sama tokoh Majlis Syura Muslim Indonesia (MASYUMI).


Semasa hayatnya, beliau pernah menerima beberapa anugerah yang tinggi tarafnya. Beliau pernah mendapat:
  1. Doktor Kehormat dari Universiti al-Azhar Mesir pada 1959M.
  2. Guru Besar (Profesor) oleh Universiti Moestopo Jakarta pada 1960M.
  3. Doktor Kehormat oleh Universiti Kebangsaan Malaysia pada 1974M.

20 Kata-Kata Hikmah Hamka

  1. Walaupun musnah harta dan benda, harga diri janganlah jatuh
  2. Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang. Bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.
  3. Pepatah orang Makassar: Anak lelaki tak boleh dihiraukan panjang. Hidupnya ialah untuk berjuag. Jikalau perahunya telah ia kayuh ke tengah, Ia tidak boleh bersurut pulang, Meskipun bagaimana besar gelombang, Biarkan kemudi patah, biarkan layar robek, Ia lebih mulia baginya dari pada membalik haluan pulang.
  4. Jangan bersikap melebihi daripada ukuran diri, baik waktu duduk dalam satu majlis atau dalam cara berpakaian, cara berkenderaan, cara makan dan minum, cara berumah tiang dan berbujang pelayan, hendaklah tubuh sepanjang berbayang-bayang; yakni bersikap sederhana.
  5. Pergaulan mempengaruhi didikan otak. Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya.
  6. Kemerdekaan sauatu negara dapat dijamin teguh berdiri apabila berpangkal pada kemerdekaan jiwa.
  7. Dia lupa...nikmat yang ada dalam tanggnya dia lupa kerana mengharapkan nikmat yang akan datang. 
  8. Bukan dilarang membuat cita-cita yang baru tetapi berfikirlah dengan wajar, yang akan datang itu disyukuri yang telah ada itu lebih disyukuri lagi. 
  9. Orang gelisah kerana mengharapkan yang baru, dia lupa keadaan kekayaan yang sedia ada.
  10. Jangan takut jatuh, kerana yang tidak pernah memanjatlah yang tidak pernah jatuh. Yang takut gagal, kerana yang tidak pernah gagal hanyalah orang-orang yang tidak pernah melangkah. Jangan takut salah, kerana dengan kesalahan yang pertama kita dapat menambah pengetahuan untuk mencari jalan yang benar pada langkah yang kedua.
  11. Jika engkau fikir miskin, senangkan pulalah hatimu kerana engkau telah terlepas dari suatu penyakit jiwa, penyakit kesombongan yang selalu menimpa orang kaya. Senangkan hatimu kerana tiada orang yang akan hasad dengki kepada engkau lagi lantaran kemiskinanmu. 
  12. Kefakiran dan kemiskinan adalah nikmat, yang tidak ada jalan bagi orang lain buat kecil hati dan tidak ada pintu bagi kebencian.
  13. Tugas kita bukanlah untuk berhasil. Tugas kita adalah untuk mencuba, kerana di dalam mencuba itulah kita menemukan dan belajar membangunkan kesempatan untuk berhasil
  14. Supaya engkau beroleh sahabat, hendaklah diri engkau sendiri sanggup menyempurnakan menjadi sahabat orang.
  15. Meninjau sejarah hendaklah dengan rasa cinta, seakan-akan kita turut hidup dengan mereka. Oleh itu, rasa hati dan suka duka kita sekarang, adalah rasa hati dan suka duka yang telah mereka tinggalkan buat selama-lamanya.
  16. Jangan ditangisi barang yang hilang, tetapi syukurilah apa yang masih ada. Kelak jika yang masih ada itu hilang, ditangisi pula.
  17. Hata hukama: Hendaklah adab sopan anak-anak itu dibentuk sejak kecil kerana ketika kecil mudah membentuk dan mengasuhnya. Belum dirosakkan oleh adat kebiasaan yang sukar ditinggalkan.
  18. Biarpun seribu kapal tenggelam di tengah lautan, tetapi cita-cita manusia tidak pernah padam.
  19. Kita harus yakin bahawa apa yang ditentukan oleh Allah buat kita, itulah yang terbaik.
  20. Kalau hidup sekadar hidup, babi di hutan juga hidup. Kalau bekerja sekadar bekerja, kera juga bekerja.

Dalam kita menghayati 20 Kata-Kata Hikmah Hamka. Marilah sama-sama kita hadiahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham, semoga roh dicucuri rahmat Allah SWT.

Bacaan Tambahan


23 Komentar untuk "20 Kata-Kata Hikmah Hamka"

cukup bermakna kata-kata beliau.. semoga menjadi inspirasi dan motivasi untuk kita semua..

Apabila lontaran kata dr ilham yg dianugerah tuhan maka ianya akan merobek hati dan perasaan betapa tuhan lah yg berkesudahanya.... Allahu.....

Apabila kata2 dr ilham yg faham ianya anugerah tuhan maka semestinya akan merobek dan menyentuh perasaan bahawasanya tuhan lah kesudahanya... Allahu.....

Jangan paksa dirimu untk melakukan sesuatu yg anda tidak mampu

Jgn la meneruskan usahamu melaburkn wang dlm skim cepat kaya kerana wang anda pasti akan lebur selamanya..:)

Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya d menempatknnya bersama2 orng2 yg soleh..Aminn...Ya Allah....

Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya d menempatknnya bersama2 orng2 yg soleh...Aminn Ya Rabbal Alaminnn...

Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya d menempatknnya bersama2 orng2 yg soleh...Aminnn Ya Rabbal Alaminn...

Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya d menempatknnya bersama2 orng2 yg soleh..Aminn...Ya Allah....

Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya d menempatknnya bersama2 orng2 yg soleh..Aminn...Ya Allah....

saya memang suka kata kata hamka sangat memberi kesedaran pada diri sendiri. Kata-katanya juga sangat menarik.

Back To Top