Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera
Berdasarkan kes terbaharu ini, ia mempunyai kaitan dengan ujian permulaan geng jenayah yang memerlukan ahlinya membawa balik bahagian badan seorang wanita.
Peringatan untuk wanita dan juga sesiapa sahaja yang cintakan keselamatan saya lampirkan di bawah ini.
Setiap hari, kalau kita baca berita dari mana-mana bahan bacaan seperti internet atau akhbar, ada sahaja berita yang tidak diingini terjadi.
Kes rompak, rogol, samun, ragut dan sebagainya sudah menjadi kebiasaan bagi rakyat Malaysia. Semoga Allah SWT selamatkan kita.
Ingatkan pembangunan negara semakin maju, akhlak rakyat Malaysia juga semakin meningkat-ningkat. Hanya Allah SWT Maha Mengetahui.
Kredit Ammar
Hari ini saya rasa terpanggil untuk berkongsi satu kes Rompakan Terbaharu Di Stesen Minyak yang diceritakan dalam FB dan blog-blog lain sebagai peringatan untuk kita semua.
Rompakan Terbaharu Di Stesen Minyak
Menurut sumber, kes Rompakan Terbaharu Di Stesen Minyak ini diceritakan oleh Ms Canny Ong. Cukup mengejutkan jiwa kita. Bukan sahaja wanita, lelaki pun sama juga.
Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak ke dalam keretanya.
Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai.
Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan.
Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai.
Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu.
Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti Atendan memberitahu ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dlm kereta dan bersembunyi dikerusi belakang.
Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis. Wanita tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan tergesa-gesa.
Berdasarkan kes terbaharu ini, ia mempunyai kaitan dengan ujian permulaan geng jenayah yang memerlukan ahlinya membawa balik bahagian badan seorang wanita.
Salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak perlahan-lahan dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita.
Sasaran utama mereka adalah stesen minyak atau kedai runcit pada waktu malam.
Kemudian, mereka akan memotong kaki atau buku lali mangsa yang diculik. Setelah itu dibunuh dan dicerai-beraikan mangsa.
Kaedah lain yang dilakukan adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta dan kemudian menculik mereka.
Peringatan untuk wanita dan juga sesiapa sahaja yang cintakan keselamatan saya lampirkan di bawah ini.
- Berdoalah setiap masa supaya Allah SWT melindungi kita
- Berhati-hati apabila masuk ke dalam kereta pada waktu malam terutamanya. Waktu siang pun perlu berhati-hati
- Jangan letak kereta di tempat yang sunyi atau terpencil semata-mata hendak dapat parkir percuma.
- Elakkan memandu seorang diri pada waktu malam.
- Pastikan kereta berkunci setiap masa, walaupun hendak meninggalkan kereta sekejap
- Periksa keadaan sekeliling sebelum masuk ke dalam kereta
- Sentiasa peka terhadap sebarang tanda-tanda pelik dari persekitaran anda dan individu lain yang anda dapat lihat.
Kisah ini di oleh dari blog lain untuk peringatan kita bersama. Semoga kita sentiasa dilindungi Allah SWT.
p/s >> Untuk menambah pendapatan secara percuma, cuba daftar Niaga Klik secara percuma.
Ya...memang boleh buat duit percuma dan mudah dengan Niaga Klik .
Ya...memang boleh buat duit percuma dan mudah dengan Niaga Klik .
Tag :
isu semasa,
Tip Pelbagai
2 Komentar untuk "Rompakan Terbaharu Di Stesen Minyak"
terima kasih kerana mengingatkan.. sekarang ni jenayah semakin menjadi-jadi.. :(
sama2. semoga Allah lindungi kita