Signifikan Meskipun Ringkas

leaderboard2 denaihati Banner




6 Proses Dalam Bilik Mengundi

on 02 May 2013

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera 

Tinggal beberapa hari sahaja lagi, kita semua (rakyat Malaysia berumur 21 tahun ke atas) yang mendaftar boleh menjalankan tanggungjawab mengundi. 

Sebelum ini undi pos telah pun dijalankan pada 30April 2013. 

Bagi yang belum mengundi dan bakal mengundi, Pilihan Raya 13 (PRU 13) kali ini penggunaan dakwat kekal diperkenalkan.

Proses untuk menjalankan proses pengundian bagi PRU 13 perlu melalui 6 Proses Dalam Bilik Mengundi.

Sebelum kita pergi mengundi, jangan lupa menyemak di manakah tempat kita mengundi yang sepatutnya. Jangan terus melulu ke tempat mengundi, ini kerana pihak SPR telah menyediakan banyak tempat pembuangan mengundi bagi melancarkan proses pembuangan undi.

Untuk menyemak tempat mengundi, bolehlah anda menyemaknya secara on-line ataupun sms. Bagi yang ingin menyemak menggunakan sms boleh ikut arahan dibawah ini.

Taip SPR <jarak> SEMAK<jarak>NO Kad Pengenlan dan hantar ke 15888
Sebagai contoh: SPR SEMAK 880912015858 dan hantar ke 15888




6 Proses Dalam Bilik Mengundi

6 Proses Dalam Bilik Mengundi adalah seperti berikut:
  1. Pengundi masuk ke dalam bilik pembuangan undi
  2. Pengesahan pengundian menggunakan kad pengenalan
  3. Dakwat kekal dicalit pada jari telunjuk kiri dan pengeluaran kertas undi akan dilakukan
  4. Pengundi menandakan kertas di petak undi
  5. Kertas undi dimasukkan ke dalam peti undi bagi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri ( DUN)
  6. Pengundi keluar dari bilik mengundi 


Kontes Panduan Blogger - Membudayakan Ilmu Blog

on 24 April 2013

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera 

Kontes ini merupakan pertandingan dalam dunia blog yang pertama saya sertai. Saya bersyukur kerana berjaya menyertai pertandingan. Menang atau kalah bukan perkara utama bagi saya. yang penting adalah membudayakan ilmu blog.

Syarat terakhir menyertai Kontes Panduan Blogger - Membudayakan Ilmu Blog ini adalah dengan menjawab 3 soalan yang telah ditetapkan.

Di bawah ini merupakan jawapan daripada saya yang cetek ilmu ini.

Kontes Panduan Blogger - Membudayakan Ilmu Blog

Soalan Pertama

Apakah yang dimaksudkan dengan Google Pagerank (PR)? Berikan pendapat anda mengapa ia penting untuk blog anda.

Enjin carian Google  merupakan platform yang tertinggi digunakan oleh pengguna seluruh dunia untuk mendapatkan maklumat. 

Sekiranya ada perkataan yang ini dicari melalui Enjin carian ini, ia akan mencari berdasarkan kepercayaannya terhadap sesebuah blog atau laman web dengan mengambilkira lebih daripada 500 juta pembolehubah (variables) ataupun faktor dan 2 billion istilah-istilah.

Sesebuah blog yang mempunyai PageRank yang tinggi mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk disenaraikan oleh enjin carian ini.

Pada pendapat saya, PageRank angat penting untuk blog saya, ia menggambarkan prestasi blog saya pada masa kini. 

Meskipun PageRank blog saya pada tahap satu, In sha Allah saya akan berusaha meningkatkan PageRank kepada yang lebih tinggi.

Soalan Kedua

SEO atau Search Engine Optimization ialah satu cara untuk blog menerima trafik organik. Berikan satu (1) tip asas yang anda tahu untuk sesebuah entri tepati cirian SEO ini.

Salah satu tip yang menepati cirian SEO adalah Tag Tajuk. Tag tajuk dalam kod HTML kita akan memberitahu pelayar web apa yang akan dipaparkan. Enjin carian seperti Google gemar bergantung kepada teks ini sebagai petunjuk laman web kita berkisar tentang apa.

Soalan Ketiga

Adakah anda fikir penampilan blog penting untuk menarik pengunjung menjadi pembaca setia? Berikan pendapat anda penampilan bagaimana yang sesuai untuk tujuan yang dikatakan?

Sudah tentu jawapannya ya. Hal ini berkaitan dengan psikologi manusia di mana persepsi manusia terhadap penampilan terhadap blog boleh menjadi daya tarikan. 

Walaubagaimanapun, pada pendapat saya ia bergantung kepada individu masing-masing mungkin ada yang suka terhadap penampilan yang ringkas, ada juga yang lebih gemar dengan penampilan yang berwarna-warni, dan ada juga yang lebih gemarkan penampilan padat.

Ini sahaja jawapan yang saya mampu berikan. Selamat berjaya kepada semua yang menyertai Kontes Panduan Blogger - Membudayakan Ilmu Blog ini.




Video Satu Lagi Kes Buli

on 18 April 2013

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera

Belum sempat sempat isu buli di sekolah dalam negeri Pulau Pinang reda, muncul pula satu lagi kes buli yang berlaku di Miri Serawak.


Sebelum ini, saya telah kongsikan video buli di Pulau Pinang dan hari ini saya kongsikan Video Buli Terbaru di Miri Serawak pula.

Video Satu Lagi Kes Buli

 
Kalau disaksikan dalam video ini berapa ramai pelajar yang memukul seorang pelajar dalam sebuah bilik. 

Adakah mereka yang sanggup memukul pelajar tersebut telah hilang rasa belas kasihan, atau peri kemanusian?

Saya tidak mendapat maklumat apakah punca mereka sanggup memukul seorang pelajar ini, namun bukan cara ini cara untuk menyelesaikan masalah.

Lebih elok di bawa berbincang ataupun sampai masalah yang timbul kepada guru atau warden yang sepatutnya.

Sungguh kasihan melihat anak-anak remaja yang bakal mewarisi pimpinan negara kita. Kalau beginilah sikap mereka apa akan jadi di masa hadapan?

Sama-samalah kita berdoa dan mencari jalan penyelesaiannya. Beberapa langkah yang boleh kita jalankan boleh dilihat di sini.

Penilaian Berterusan PB EC503 BTK4B PSP

on 14 April 2013

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera

Setelah berpenat lelah menempuhi subjek EC503 Operating System sepanjang semester Jun 2012, akhirnya sampai juga ke penghujung semester.

Namun begitu, usaha anda bagi subjek ini belum selesai kerana anda bakal menghadapi peperiksaan akhir di hujung bulan April ini.

Terima kasih di atas komitmen yang telah kamu berikan untuk subjek ini. Meskipun kamu terpaksa melakukan banyak tugasan yang telah ditetapkan tetapi kamu berjaya juga menyiapkan semua tugasan tersebut.

Semua tugasan-tugasan yang diberikan bertujuan melatih kamu supaya fokus dan mengulangkaji mata pelajaran untuk subjek ini.

Penilaian Berterusan PB EC503 BTK4B PSP



Di sini saya lampirkan Markah Penilaian Berterusan PB EC503 BTK4B PSP. Perlu diingat di sini, markah ini adalah tidak rasmi sehingga peperiksaan akhir berlangsung.

Teruskan usaha anda, peluang untuk belajar jarang sekali diperolehi. Gunakanlah peluang ini sebaik mungkin.

Dapatkan Tip-tip belajar di dalam blog ini. Semoga perkongsian yang tidak seberapa ini memberi manfaat kepada diri saya dan anda semua.

5 Langkah Mengatasi Masalah Buli

on 12 April 2013

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera

Setelah menonton video kes buli di sekolah yang berlaku baru-baru ini, saya berasa bimbang dan sedih mengenangkan nasib anak saya dan masyarakat kita.



Meskipun pelajar-pelajar yang terlibat dalam kes tersebut telahpun ditangkap, adakah kita sebagai masyarakat Malaysia hanya menjadikan kes ini sebagai bahan berita?

Saya membangkitkan soalan ini kerana kejadian buli di sekolah ini semakin menjadi-jadi dan boleh  diumpamakan sebagai penyakit berjangkit yang menular ke seluruh negara.

Oleh yang demikian, kita perlu berusaha mengembling tenaga dalam mengetasi masalah ini sedaya yang mungkin.

Di bawah ini saya senaraikan 5 Langkah Mengatasi Masalah Buli.

5 Langkah Mengatasi Masalah Buli

  • Pendidikan Agama
Langkah paling penting dalam membendung masalah buli ini adalah dengan  pendidikan agama. Agama Islam yang telah sempurna menyediakan peraturan dan panduan yang lengkap untuk manusia menjalani hidup dengan penuh bernilai.
  • Peranan Media
Media massa sama ada elektronik dan cetak seharusnya memainkan peranan yang sepatutnya kerana media merupakan alat yang cukup berkesan dalam mempengaruhi tindakan manusia. Sepatutnya pihak media tidak menayangkan program yang berunsurkan jenayah dalam masyarakat.
  • Penguatkuasaan Peraturan
Peraturan-peraturan yang telah ditetapkan perlu dikuat-kuasakan supaya para pelajar lebih patuh dan akur dengan peraturan yang ditetapkan.
  • Poster
Poster-poster berkenaan kes buli perlu disebarkan secara meluas agar kefahaman masyarakat tentang masalah ini meningkat.
  • Badan Kerajaan dan Bukan Kerajaan (NGO)
Pihak kerajaan dan bukan kerajaan (NGO) perlu memperbanyakkan aktiviti-aktiviti yang dapat memberi penjelasan secara mendalam tentang isu ini ke dalam masyarakat.

Semoga Allah SWT menjaga keamanan negara kita.

EC503 Past Year Question

on 11 April 2013

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera

Kepada pelajar-pelajar saya yang dikasihi, bagi membantu kamu membuat latihan untuk menghadapi peperiksaan akhir yang akan berlangsung tidak lama lagi, saya mencadangkan kamu membuat latihan daripada soalan sebenar EC503 Operataing System. 





Cuba lihat bentuk soalan yang ditanya dalam soalan tersebut. Buat masa ini, saya difahamkan bentuk soalan untuk semester ini masih sama cuma kemungkinan besar soalan pada semester ini akan diberi dalam dwi bahasa.

EC503 Past Year Question

Boleh downlond di sini.

Setakat ini, saya hanya memiliki satu contoh soalan semester lepas  sahaja iaitu pada December 2011. Sekiranya saya ada soalan lain, In Sha Allah saya akan upload.

Teruskan usaha dan usaha berputus asa. Selamat belajar dan saya doakan kamu semua berdoa.

Saya Mau Review Blog Korang

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera

Kepada rakan blogger yang ingin blognya direview oleh walkstatiks boleh join segmen ini. Untuk menyertainya boleh klik di sini.

Saya Mau Review Blog Korang





Syarat-syarat : Follow blog saya dan paste link blog dalam entry ini....
tak perlu buat entry. Cuma tampal banner tu dalam entry anda. Senangkan.

Tarikh tutup 15 April 2013

Semua peserta akan direview blognya...

- Happy blogging -

nrelate

Teman Paling Mesra



Hadith

Jom Follow Me

 
© NOTA MENGAJAR BELAJAR All Rights Reserved