Assalamualaikum WBT
Saya jarang sekali menonton rancangan di television pada malam hari dalam tempoh yang lama kerana saya perlu luangkan masa untuk melayan anak-anak dan keluarga.
Waktu siang tidak berkesempatan kerana sibuk dengan kerja.
Waktu siang tidak berkesempatan kerana sibuk dengan kerja.
Namun, semalam saya sempat menonton sebuah telemovie di Astro Oasis yang bertajuk Taubat Seorang Samseng sampai habis.
Jalan ceritanya begitu menarik hati saya untuk mengetahui apakah kesudahan di sebalik telemovie ini.
Tambahan pula pengarah filem ini merupakan orang yang saya minat iaitu Muralli Abdullah.
Tambahan pula pengarah filem ini merupakan orang yang saya minat iaitu Muralli Abdullah.
Kepada sesiapa yang belum menonton telemovie ini bolehlah melayari youtube ataupun klik gambar di bawah ini.
Telemovie ini mengisahkan perjalanan hidup seorang lelaki yang bernama Rokiman.
Dia telah keluar dari penjara dan pulang ke kampung halaman.
Namun begitu, dia mendapat tentangan hebat dari penduduk kampung di atas kesilapannya yang lalu.
Dia telah keluar dari penjara dan pulang ke kampung halaman.
Namun begitu, dia mendapat tentangan hebat dari penduduk kampung di atas kesilapannya yang lalu.
Pada pendapat saya banyak pengajaran yang cuba di sampaikan dalam telemovie ini.
Umpamanya, kita perlu sabar, redha, segera bertaubat, jangan buruk sangka, sedia memaafkan orang lain dan sebagainya.
Umpamanya, kita perlu sabar, redha, segera bertaubat, jangan buruk sangka, sedia memaafkan orang lain dan sebagainya.
Dan pengajaran yang paling utama yang perlu kita sama-sama renungkan adalah betapa besarnya Kuasa Allah SWT. Dia juga Maha Pengampun dan Maha Pengasih.
Betapa besar kesalahan yang kita lakukan, usah ditangguh untuk bertaubat kerana Allah SWT rindukan rintihan hambaNya.
Tag :
Santai
6 Komentar untuk "Taubat Seorang Samseng: Telemovie"
Uuh ~ macam best.. nak tgk kalau ada msa.. hehe..
kalau ada bolehlah menontonya.
boleh try tengok :)
sy suka tgok cerita kt tv tu mmg terkesan di hti.tpi klu nk tgok wayang mmg tak blh heee..
Saya pun sama, tidak suka ke wayang. Rancangan dekat TV kena select.
Noa Mei, xrugi pun sbb blh tonton melalui internet atau download.