Jom Kita Berselawat

10 Ayat Motivasi Berusaha Dari Al-Quran

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera


Sememangnya tiada keraguan dan kompromi bahawa Al-Quran mengandungi panduan hidup yang tidak terkalah.


Sebagai umat Islam yang berpegang kepada Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, kita dituntut untuk berusaha bersungguh-sungguh melakukan sesuatu pekerjaan di atas muka bumi ini. 

kata hikmah, al quran, usaha.
Tangga kejayaan

Bukan sekadar berdoa dan duduk sahaja jika kita hendak mencapai sesuatu. Hal yang demikian, merupakan perkara yang diajarkan oleh Allah SWT kepada kita. 

Mari kita hayati 10 Ayat Motivasi Berusaha Dari Al-Quran yang memang menjadi inspirasi untuk kita terus berusaha.

10 Ayat Motivasi Berusaha Dari Al-Quran


Surah Al'Ankabut. Ayat 069.

 
Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.

Surah AlHijr. Ayat 084.


Maka apa yang mereka telah usahakan itu, tidak dapat menolong mereka sedikit pun.

Surah AlLahab. Ayat 002.

Hartanya dan segala yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya.

Surah AnNahl. Ayat 128.

                           



Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa dan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.

Surah AsSaaffat. Ayat 080.

Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan amal-amal yang baik.

Surah AlMursalat. Ayat 044.

Sesungguhnya, demikianlah Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan amal-amal yang baik.

Surah AsSaaffat. Ayat 131.

Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.

Surah AsSaaffat. Ayat 121.

Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.

Surah AsSaaffat. Ayat 110.

Demikianlah Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.

Surah AlIsraa'. Ayat 019.

Dan sesiapa yang menghendaki akhirat dan berusaha mengerjakan amal-amal yang baik untuk akhirat dengan usaha yang layak baginya, sedang dia beriman, maka mereka yang demikian keadaannya, diberi pahala akan amal usahanya.

10 Ayat Motivasi Berusaha Dari Al-Quran yang tertera di atas hanyalah sebahagian sahaja, ada banyak lagi dalil-dalil Al-Quran yang menggalakkan kita berusaha.

Kemampuan kita berusaha merupakan rezeki yang Allah SWT anugerahkan kepada kita. Marilah kita syukur nikmat dan RezekiNya itu.


0 Komentar untuk "10 Ayat Motivasi Berusaha Dari Al-Quran"

Back To Top