Hari Ini Sudah Berselawat

Air Paling Baik Di Dunia

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah, tadi saya sempat menyelak sebuah kitab yang telah diterjemahkan dalam bahasa Melayu. 



Nama asal kitab ini adalah Furu' Al-Masa'il Wa Usul Al-Wasa'il yang dikarang oleh Maulana Al-Sheikh Daud Bin Abdullah AL-Fathani. 



Ia diterjemahkan oleh Datuk Abu Hasan Din Al-Hafiz dalam bahasa moden agar mudah difahami oleh masyarakat umum.

Kitab ini memaparkan memaparkan masalah-masalah syariah dalam mazahab Syafi'i. Ia turut menyentuh perkara-perkara yang kadang-kadang tidak terjangkau oleh  minda manusia biasa.

Sedang saya menyelak helaian kitab ini mata saya terhenti melihat kepada satu tajuk kecil 'Air Paling Baik' dalam bahagian Taharah.

Air Paling Baik Di Dunia

Istimewanya kitab ini adalah cara penyampaiannya. Setiap masalah di dahului dengan soalan. Dengan cara ini kita mudah faham sekirannya masalah yang kita hadapi sama dengan soalan yang dinyatakan dalam kitab ini.

Dalam bab ini, soalan yang ditanyakan adalah, dalam banyak-banyak air, air apakah yang paling afdal (baik) sama ada air zam-zam dengan air Kauthar?

Jawapan yang diberi adalah air zam-zam air yang paling baik di dunia. Kemudian air yang keluar dari celah-celah jari Rasulullah SAW. Air yang terbaik di akhirat nanti adalah air dari telaga Kauthar.

Menggunakan Air Paling Baik Di Dunia Untuk Bersuci


Soalan kedua yang ditanya tentang air paling baik di dunia ini, bolehkah  menggunakan air zam-zam untuk bersuci?

Jawapannya, harus menggunakan air zam-zam untuk bersuci kerana Rasulullah SAW mengambil sembahyang menggunakan air zam-zam. 
Sementara menggunakan air zam-zam untuk menghilangkan najis, para ulamak berselisih pendapat. Walau bagaimanapun, ada yang mengharuskannya.

Sedikit perkongsian ini saya harapkan akan memberi manfaat kepada kita semua agar menghargai nikmat kurniaan Ilahi yang tidak terhingga kepada kita.


Tag : Ibadah
3 Komentar untuk "Air Paling Baik Di Dunia"

Back To Top