Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera
Ramai hari ini yang suka membeli barangan secara online kerana ia amat membantu dalam menjimatkan masa untuk beratur panjang dan keluar dari rumah.
Adakah anda yang sering membeli secara online, berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan oleh kedai online?
Barangkali ada yang cukup berpuas hati kerana barangan yang dipesan semua sampai tepat pada waktunya dan berada dalam keadaan baik.
Namun demikian, tahukah kita bahawa tidak kurang juga pembeli-pembeli barangan menerusi online yang menghadapi penipuan.
Oleh yang demikian, saya ingin kongsikan 15 Tip Membeli Secara Online sabagai panduan untuk diri saya dan pengguna internet di luar sana.
15 Tip Membeli Secara Online
- Pastikan syarikat yang menjalankan perniagaan online ini berdaftar
- Kenal pasti alamat dan nombor telefon yang sah penjual
- Jangan membeli melalui laman blog atau website yang tidak diyakini keselamatannya (blogspot,nama website yang jarang didengari, wordpress, dll)
- Jika pembelian melalui Facebook, Pastikan page jualan tersebut melebihi 5000 ‘likes’
- Pastikan page facebook mempunyai pengguna lain yang aktif bertanya mengenai produk, meninggalkan testimonial dan sebagainya dalam tempoh lebih daripada 5 bulan.
- Jika penjual menerima pembayaran melalui PayPal, penjual tersebut boleh dipercayai.
- Jangan sekali-kali menggunakan nombor kredit kad untuk urusan pembelian
- “If something sounds too good to be true, it is not true” berhati-hati dengan penjual yang menjual barangan dengan harga jauh lebih rendah daripada harga pasaran
- Pastikan anda mendapat kod pengesanan item (tracking number) selepas penjual memberitahu anda barangan anda sudah dihantar
- Jika barangan anda tidak sampai dalam tempoh 5 hari dari tarikh pembelian, hubungi penjual untuk pemulangan wang. Anda mungkin ditripu.
- Jika alamat penjual adalah berdekatan dengan kediaman anda, lakukan cash – on – delivery (COD) – pungutan setempat (berjumpa dengan penjual)
- Berhati-hati jika penjual bersungguh-sungguh meyakinkan anda untuk membeli barangan darinya. Selidik latar belakang penjual.
- Tanya pengguna lain yang pernah berurusan dengan penjual
- Jangan minta diskaun berlebihan
- Hubungi nombor telefon penjual jika perlu.
Moga-moga usaha kecil yang buat di samping doa yang tidak putus-putus agar terselamat dari penipuan ini diperkenankan oleh Allah SWT.
Tag :
Tip Pelbagai
4 Komentar untuk "15 Tip Membeli Secara Online"
nice tips..thanks sebab berkongsi..
Terima kasih banyak
Terbaik la admin.. memang setuju sangat la dengan kata2 admin nih... anyway, bacelah blog aku pasal Tips membeli online di
TIPS MEMBELI ONLINE
Selalunya saya jumpa blogger yg serius dalam kupasan topic nie...
tapi kupasan awak nampak bersahaja.. tq dari
peminat blog awak... :)
Review my web blog ... Cara Bisness Online