Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera
Ingin mengetahui rahsia menjemput rezeki. Klik Rezeki .
Hari ramai dalam kalangan masyarakat kita yang mengenali artis-artis, bintang bola sepak, pemimpin-pimimpin barat dan sebagainya.
Kita bukan sahaja cukup kenal mereka dari segi latar belakang, pencapaian, kerjaya, salah silah keluarga dan aktiviti harian mereka. Malahan mereka ini menjadi idola sehingga ada yang sanggup meniru gaya mereka.
Sedangkan dalam Islam insan pertama yang wajib kita contohi adalah Rasulullah SAW iaitu Penghulu seluruh Nabi.
Sunnah dan akhlaknya merupakan panduan hidup yang ditinggalakan untuk menyelamatkan kita di dunia dan akhirat.
Selain Rasulullah SAW, terdapat ramai lagi tokoh-tokoh Islam yang patut kita kenali. Ini kerana mereka merupakan antara orang yang sanggup berjuang dalam memastikan perkembangan ajaran agama berkembang luas.
Seharusnyalah kita jadikan mereka sebagai contoh ikutan. Lantaran itu, saya kongsikan kepada anda semua pada hari ini dengan 30 Rahsia Orang Pertama Dalam Islam.
30 Rahsia Orang Pertama Dalam Islam
Di bawah ini di senaraikan 30 Rahsia Orang Pertama Dalam Islam.
Semoga entri ini bermanfaat kepada diri saya dan pembaca semua. Waalahualam...
- Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.
Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat :
Nabi Ibrahim AS. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS) Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat :
Nabi Muhammad SAW Orang yang pertama menjadi khalifah Islam :
Abu Bakar AsSiddiq RA Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah:
Umar bin Al-Khattab RA Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam: Al-Hasan bin Ali RA Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW: Thuwaibah RA Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki: Al-Harith bin Abi Halah RA Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita: Sumayyah binti Khabbat RA Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan azan: Bilal bin Rabah RA Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW: Tamim Ad-dary RA Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al- Awwam RA Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW:
Ibban bin Othman bin Affan RA Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW :
Khadijah binti Khuwailid RA Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafie RH Orang yang pertama membina penjara dalam Islam:
Ali bin Abi Tholib RA Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam :
Muawayah bin Abi Sufyan RA Orang yang pertama membuat perpustakaan awam :
Harun Ar-Rasyid RH Orang yang pertama mengadakan baitul mal :
Umar Al-Khattab RA Orang yang pertama menghafal Al-Quran selepas Rasulullah SAW: Ali bn Abi Tholib RA Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja’far Al-Mansur RH Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus’ab bin Umair RA Orang yang pertama masuk Syurga : Nabi Muhamamad SAW
Ingin mengetahui rahsia menjemput rezeki. Klik Rezeki .
Tag :
tokoh
0 Komentar untuk "30 Rahsia Orang Pertama Dalam Islam"