Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera
Kesihatan merupakan asset penting yang Allah SWT anugerahkan kepada kita. Kalau kesihatan kita baik, macam-macam perkara kita boleh lakukan.
Buah-buahan , barli, cuka, kurma, buah tin, anggur dan sebagainya |
Salah satu perkara yang perlu kita jaga untuk mendapat kesihatan yang baik adalah pemilihan makanan. Dalam dunia ini terdapat berbilion-bilion jenis makanan yang Allah SWT sediakan untuk kita.
Namun demikian, untuk sihat kita perlu makanan yang baik. Cara paling baik untuk memilih makanan adalah dengan mengikut cara Rasulullah SAW.
Hari ini saya ingin kongsikan 12 Jenis Makanan Kegemaran Rasulullah S.A.W. Makanan-makanan ini bukan sahaja berkhasiat, malahan jika kita niat makan kerana Allah dan mengikut sunnah Rasulullah SAW kita akan dapat pahala.
12 Jenis Makanan Kegemaran Rasulullah S.A.W.
1. Barli :
Bagus untuk demam jika dibuat sup.
2. Kurma :
Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah sepert rumah yang tidak ada makanan.
3. Buah Tin:
Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.
4. Anggur :
Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut.
5. Madu:
Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.
6. Tembikai (Segala Jenis):
Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.
7. Susu :
Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang, memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan
8. Cendawan:
Baik untuk mata, perancang keluarga.
9. Minyak Zaitun:
Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.
10. Delima:
Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.
11. Cuka:
Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular di restoran Itali)
12. Air:
Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.
Hati yang bersih dapat melahirkan pemikiran yang waras. Maka, ‘suapkanlah’ ia dengan makanan dari sumber yang halal dan berkhasiat
Sesungguhnya Rasulallah SAW diutuskan untuk mendidik kita menjadi manusia yang baik. Segala yang ditunjukkan oleh baginda merupakan sunnah Rasulullah SAW untuk kita jadikan panduan.
2 Komentar untuk "12 Jenis Makanan Kegemaran Rasulullah S.A.W."
InsyaAllah mari kita amalkan makanan sunnah hari-hari, terutamanya yang mudah kita beli/dapat...
setuju dengan Tuan Denai hati