Hari Ini Sudah Berselawat

Ustaz Azhar Idrus Menziarahi Mangsa Kemalangan

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Berita Ustaz Azhar Idrus Kemalangan Jalan Raya dan Video Ustaz Azhar Idrus Kemalangan Jalan Raya tersebar luas ke seluruh negara baru-baru ini.

Alhamdulillah, beliau dan isteri dikatakan berada dalam keadaan sihat walafiat. Pada hari sabtu yang lepas beliau bersama isteri telah menziarahi mangsa kemalangan yang terlibat dengan beliau.

Salah seorang mangsa yang terlibat dalam kemalangan tersebut adalah Adli Iskandar yang dirawat di Hospital Terengganu.

ustaz azhar idrus, kemalangan, gambar, video
Ustaz Azhar Idrus Menziarahi Mangsa Kemalangan


Sikap sebeginilah yang sepatutnya kita contohi. Ada ketikanya, kita diuji dengan kemalangan yang melibatkan orang lain.

Orang itu tetap saudara kita, dia juga tidak mahu berlakunya kemalangan, tetapi sudah Allah SWT tetapkan. Redhalah penawar yang mujarab.

Gambar ini diperolehi di >> JKKK Fan Club Facebook



Tag : isu semasa
0 Komentar untuk "Ustaz Azhar Idrus Menziarahi Mangsa Kemalangan"

Back To Top