Hari Ini Sudah Berselawat

Bekas Pemain Sepaktakraw Malaysia Kembali Ke Rahmatullah

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Saya bukanlah minat yang keterlaluan dengan sukan. Namun, antara sukan yang gemar saya tonton adalah perlawanan sepaktakraw.



Sedang saya melayari internet, saya terkedu kerana terjumpa berita Bekas Pemain Sepaktakraw Malaysia Kembali Ke Rahmatullah.

Sebelum ini kita pernah juga mendengar berita pemergian ahli sukan lain ke Rahmatullah dan cukup dengan menghadiahkan al- Fatihah untuk mereka.

Namun, bagi saya bekas pemain sepaktakraw ini seorang yang unik dan lain dari yang lain. Ini kerana beliau merupakan seorang pemain negara yang tidak membuka aurat meskipun dalam perlawanan. 

Bekas Pemain Sepaktakraw Malaysia Kembali Ke Rahmatullah


Negara kita tiba-tiba dikejutkan dengan berita kematian seorang bekas pemain sepaktakraw negeri Pulau Pinang pada 24 Ogos 2013, Sabtu yang lalu.

Beliau telah dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang sebelum Hari Raya Aidilfitri baru ini dan dikatakan menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.45 pagi kerana mengidap kanser kelenjar.

Pemergian Allahyarham ke Rahmatullah telah meninggalkan seorang balu bersama dengan lima orang anak yang masih kecil.

Jenazah beliau dibawa pulang ke kampung halamannya iaitu Kampung Belah Dua Bukit Mertajam Pulai Pinang untuk dikebumikan.

Mengimbau kenangan masa yang lalu, beliau pernah mencetus kontroversi kerana telah melanggar arahan Persatuan Sepaktakraw Malaysia untuk tidak mendedahkan aurat ketika bermain. Beliau telah memakai seluar panjang dalam satu perlawanan.

Dalam arena sepaktakraw, beliau mempunyai sikap yang tegas dan istiqamah dengan pendiriannya, dimana dia sering mempertahankan untuk menutup aurat walaupun ketika bermain. Malahan beliau sanggup menerima kad merah tanpa rasa kesal.

Beberapa insiden telah berlaku pada masa lalu sepanjang penglibatan beliau dalam arena sukan sepaktakraw negara kita.

Beliau seharusnya dijadikan ikon oleh anak muda untuk dicontohi. Bukannya memilih orang-orang ternama yang tidak memiliki akhlak yang baik.

Mari kita sedekahkan Al-Fatihah untuk Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Tag : isu semasa
0 Komentar untuk "Bekas Pemain Sepaktakraw Malaysia Kembali Ke Rahmatullah"

Back To Top