Hari Ini Sudah Berselawat

Panduan Ringkas Solat Jenazah

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Sejak dua tiga hari yang lepas, saya acapkali saya menyaksikan, mendengar, dan membaca berita kematian. Itu tidak masuk lagi berita kematian saudara seIslam kita di Syria, Mesir dan sebagainya.

solat jenazah, panduan, ibadah


Sebagai umat Islam, alangkah ruginya jika kita tidak dapat melakukan solat jenazah seandainya saudara terdekat kita sendiri yang kembali ke Rahmatullah.

Apa lagi sumbangan kita yang boleh kita lakukan terhadap saudara kita yang telah kembali sebelum jenazahnya ditanam ke dalam kubur. Solat jenazah adalah salah satu sumbangan yang mampu kita buat.

Ayuhlah kita pelajari dan amalkan solat jenazah ini, mudah mudahan amalan kecil kita ini diterima oleh Allah SWT.

Panduan Ringkas Solat Jenazah 


Solat jenazah ialah solat ke atas jenazah yang sudah siap dimandi dan dikapankan sebelum ditanam. Sebaik-baik imam bagi solat jenazah adalah anak sendiri atau saudara terdekat sebagai tanda penghormatan terakhir.

Tujuan Solat Jenazah


Tujuan solat jenazah adalah untuk mendoakan jenazah agar diampunkan dosa, dikurangkan beban siksa, ditinggikan martabatnya dan diberi rahmat kepada Allah SWT.

Hukum Solat Jenazah


Hukum Solat jenazah adalah fardhu kifayah terhadap orang yang hidup melainkan orang yang mati syahid dalam berjihad fisabilillah.

Rukun Solat Jenazah


Terdapat 7 rukun solat jenazah iaitu:
  1. Niat ketika takbirratul ihram
  2. Berdiri bagi yang berkuasa tanpa sebarang rukuk dan sujud
  3. Membaca Al-Fatihah sesudah takbir yang pertama
  4. Takbir 4 kali termasuk takbirratul ihram
  5. Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW sesudah takbir yang kedua
  6. Doa khas bagi jenazah sesudah takbir yang ketiga 
  7. Memberi salam setelah takbir yang ke empat

Syarat Sah Solat Jenazah

  1. Menutup aurat
  2. Suci dari hadas dan najis
  3. Mengadap kiblat

Waktu Solat Jenazah


Boleh dilakukan bila-bila masa asalkan jenazah telahpun dimandi, dikafankan dan siap sedia untuk disolatkan.

Jumlah Makmum


Di sunatkan mengumpulkan bilangan makmum seramai 40 orang dan dijadikan sekurang-kurangnya tiga saf dibelakang imam.

Pembahagian Solat Jenazah

  1. Solat Jenazah Lelaki
  2. Solat Jenazah Perempuan
  3. Solat Jenazah Kanak-Kanak Lelaki
  4. Solat Jenazah Kanak-Kanak Perempuan 
Inilah serba sedikit penerangan tentang panduan solat jenazah, In Sha Allah saya akan sambung lagi penjelasan tentang solat jenazah mengikut pembahagian yang dinyatakan di atas.

Adalah lebih baik anda menuntut ilmu secara bertalaqi dengan guru-guru yang alim atau menghadiri sebarang majlis ilmu yang diadakan di mana-mana tempat pengajian.


0 Komentar untuk "Panduan Ringkas Solat Jenazah "

Back To Top