Hari Ini Sudah Berselawat

Panduan Ringkas Solat Jenazah Lelaki

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Sebelum ini saya telah nyatakan secara ringkas panduan solat jenazah dan hari ini saya akan sambung semula panduan ringkas solat jenazah ini dan khusus untuk lelaki pula.

Panduan Ringkas Solat Jenazah Lelaki

Sebaik sahaja kita memandi dan mengkafankan jenazah lelaki, maka persediaan untuk solat pula perlu dilakukan.

Persediaan Sebelum Solat Jenazah Lelaki

  1. Meletakkan jenazah melintang ke arah kiblat di hadapan iman solat jenazah
  2. Bagi lelaki, kepala jenazah perlu diletak disebelah kiri imam
  3. Bagi solat jenazah ghaib, imam dan makmum mengadap kiblat sebagai tanda jenazah berada di hadapan
  4. Ada pendapat mengatakan Bilal perlu melafazkan:

              الصَلاَةُ جَامِعَه الصَلاَةُ الْمَيِّت اَلْحَاضِرُ رَحِمَكُمُ الله
        Makmum menjawab: 
                             الصَلاَةُ لاَ اِلَهَ اِلاَّ الله
   5. Saf makmun seboleh-bolehnya lebih dari 40 puluh orang dan dijadikan 3 saf

Cara Mengerjakan Solat Jenazah


  • Lafaz niat solat jenazah lelaki
        صَلِّي عَلَى هَذَا اْلمَيِّتِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى
Sahaja aku sembahyang jenazah ke atas ini mayat lelaki 4 takbir fardu kifayah kerana Allah taala.
  • Takbiratul Ihram اَ للهُ اَكْبَرُ

    • Membaca Al-Fatihah
                                            
  • Takbir kedua اَ للهُ اَكْبَرُ
    • Membaca Selawat
  • Takbir ketiga اَ للهُ اَكْبَرُ
    • Membaca doa
Doa pendek
                   للَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
  • Takbir ke empat اَ للهُ اَكْبَرُ
    • Membaca doa
Doa pendek
           أَللَّهُمَّ لاَ تَحْرِمْنَا أَجْرَهُ وَلاَ تَفْتِنَّا بَعْدَهُ وَاغْفِرْلَنَا وَلَهُ
  • Memberi salam


0 Komentar untuk "Panduan Ringkas Solat Jenazah Lelaki"

Back To Top