Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera
bahan untuk diperap (blend semua)
3 inci halia
2-3 biji kunyit hidup besar ibu jari
1 sudu makan jintan manis
1 sudu makan jintan putih
2 sudu makan biji ketumbar
1 sudu makan buah pelaga
1 sudu besar garam
2 sudu besar gula
1 biji bawang besar
6 ulas bayang putih
*1 ekor ayam dibelah-belah (kelar-kelar ayam di bahagian isi supaya rempah meresap masuk)
-buah tomato
-timun
-lobak merah
-bawang
-lada bangala
*cili hijau
*garam
*gula
*1 sudu kecil cuka
Dalam bulan Ramadhan yang baru sahaja berlalu saya sempat menyaksikan satu fenomena yang belum ada di negara kita sebelum ini.
Saya nama ia fenomena Nasi Arab. Bagi saya fenomena ini tidak berapa ketara sangat dalam bulan Ramadhan tahun lepas berbanding tahun ini.
Saya bekerja di Permatang Pauh Pulau Pinang, ada satu bazar Ramadhan yang saya selalu pergi, satu gerai yang pasti tidak kunjung padam pelanggannya adalah gerai Nasi Arab. Setiap hari penuh sahaja pelanggannya.
Cara Buat Sendiri Nasi Arab |
Saya juga sempat merasa Nasi Arab dalam bulan Ramadhan tahun ini. Alhamdulillah, boleh tahan sedap juga. Anak tekak saya boleh terima dengan baik.
Keluarga saya juga meminati Nasi Arab ini, tetapi kalau hendak beli setiap hari, cepat kempis dompet saya.
Oleh kerana asyik mencuba Nasi Arab buatan orang lain, apa kata hari ini kita cuba buat sendiri Nasi Arab.
Manalah tahu rasanya lebih lazat lagi dari Nasi Arab buatan orang Arab. Belum cuba belum tahu. Betul tak?
Cara Buat Sendiri Nasi Arab
Sebelum memasak, perlulah disediakan bahan-bahanya dahulu.
Bahan-bahan Nasi
*1/2 sudu makan jintan manis
*1/2 sudu makan jintan putih
*1/2 sudu makan bunga cengkih
*1/2 sudu makan lada hitam
*1 sudu makan biji ketumbar
*1/2 sudu makan buah pelaga
2 1/2 cawan beras basmathi (tidak kisah jenama apa)
4 cawan air rebusan ayam (boleh guna kiub pati ayam atau guna air biasa pun boleh jika tidak buat stok ayam)
1/2 sudu besar garam
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
5 biji buah pelaga
kulit kayu manis
bunga lawang
2 sudu besar minyak sapi
pewarna kuning oren (kalau tidak ada ganti dengan serbuk kunyit bancuh dengan air)
Caranya
- goreng tanpa minya semua bahan * kemudian blend kering sampai hampir jadi serbuk
- cuci bersih beras basmathi dan rendam 1/2 atau 1 jam
- panaskan minyak sapi, masukkan kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang
- kemudian masukkan bawang besar dan bawang putih yang dihiris nipis (kalau hendak tumbuk atau blend pun boleh)
- bila sudah kekuningan, masukkan serbuk rempah yang di blend tadi, gaul hingga sebati, kemudian masukkan beras
- masukkan air stok ayam perasakan garam dan masak sampai nasi kering air
- titik-titikkan pewarna dan biarkan seketika sebelum padam api. Bila hendak hidang baru gaul nasi biar becampur warna
- boleh tambah daun ketumbar kalah hendak bagi harum. potong daun dan tabur atas nasi yang sudah siap hidang
Resepi Ayam
bahan untuk diperap (blend semua)
3 inci halia
2-3 biji kunyit hidup besar ibu jari
1 sudu makan jintan manis
1 sudu makan jintan putih
2 sudu makan biji ketumbar
1 sudu makan buah pelaga
1 sudu besar garam
2 sudu besar gula
1 biji bawang besar
6 ulas bayang putih
*1 ekor ayam dibelah-belah (kelar-kelar ayam di bahagian isi supaya rempah meresap masuk)
Cara Masak Ayam
- blend semua bahan perap, gaulkan pada ayam dan perap lebih kurang 2-3 jam dan simpan dalam peti ais
- masukkan ayam dalam pemanggang,
- panggang sampai masak
- masa hidang potong ayam kecil-kecil
Resepi Salad/ Acar
-buah tomato
-timun
-lobak merah
-bawang
-lada bangala
*cili hijau
*garam
*gula
*1 sudu kecil cuka
*perahan limau nipis
*4-5 sudu besar air masak / air tapis
3 biji cili merah
5 biji cili padi
1 biji buah tomato
1 biji bawang besar
sedikit belacan
garam
gula
perahan limau nipis
air masak atau air tapis
*4-5 sudu besar air masak / air tapis
Cara Penyediaan
- potong dadu semua bahan bertanda -
- cili hijau tumbuk kasar
- campur bahan dadu dan cili, tambah air, perasakan gula, garam, air limau nipis
Resepi Air Asam
3 biji cili merah
5 biji cili padi
1 biji buah tomato
1 biji bawang besar
sedikit belacan
garam
gula
perahan limau nipis
air masak atau air tapis
Cara Penyediaan
- blend semua bahan dengan air masak (lebih kurang 1/2 cawan)
- Siap untuk dihidangkan.
Selamat mencuba! Untuk pengetahuan anda, resepi ini bukanlah saya cipta sendiri tetapi saya ambil dari blog Ruang Santaiku. Kalau ingin bertanya bolehlah tanya dengan tuan punya blog Ruang Santaiku.
]
Tag :
Resepi,
Tip Pelbagai
0 Komentar untuk "Cara Buat Sendiri Nasi Arab"