Hari Ini Sudah Berselawat

Mudahnya Masak Ayam Masak Kicap

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Sedang berehat-rehat di tepi tingkap, teringat kisah lama masa bujang-bujang dahulu. Saya tinggal dengan tiga orang rakan karib semasa belajar di Johor dahulu. 

Kami menyewa sebuah rumah kampung. Walaupun rumah yang kami sewa itu tidaklah berapa besar, tapi kami cukup selesa. 

Dalam rumah itu ada dua bilik sahaja, satu tandas, dan satu bahagian khas untuk dapur yang agak luas. Di bahagian dapur itu jugalah tempat kami menyidai kain.

masakan, tip masakan
Mudahnya Masak Ayam Masak Kicap


Semasa belajar dahulu, memang tidak boleh bermewah-mewah sangatlah sebab duit kena catu untuk belajar. 

Jadi, kami selalulah masak sendiri. Masak cara orang bujang. Meskipun tidak dirancang, pandai sahaja saya dan rakan-rakan masing mengambil tugas untuk menyediakan makanan.

Seolah-olah macam ada jadual harian. Ada yang masak nasi. Ada yang buat minuman. Ada yang masak lauk. Selepas makan basuh pinggan mangkuk pula.

Usah dibayang bagaimana cara orang bujang lelaki masak. Segala hasilnya, kami tidak ambil kisah, asalkan ada makanan untuk dimakan. Kami makan sahaja. Memang tidak banyak kompromi.

Salah satu masakan ringkas dan mudah yang boleh disediakan adalah masak Ayam Masak Kicap. Rasanya pun boleh tahan. Bertambah nasi dibuatnya.

                                              Rahsia Coklat Buatan Tangan Dengan Kos Minimum

Mudahnya Masak Ayam Masak Kicap


Saranan saya, kepada orang-orang bujang jangan asyik makan diluar sahaja. Apa kata cuba masak sendiri. 

Bukan setakat boleh jimat, malahan boleh makan sampai kenyang dan bertambah-tambah lagi. Cubalah.

Hari ini saya kongsikan resepi ringkas untuk masak Ayam Masak Kicap. Ia mudah disediakan dan bahan-bahanya pun tidak banyak sangat.

Resepi Ayam Masak Kicap


Bahan-bahan


1-2 bahagian paha ayam (resepi ini untuk 2 orang, kalau nak banyak lagi boleh agak sendiri)
garam
kunyit
Minyak
1 biji bawang besar (hiris nipis)
2 ulas bawang putih (mayang)
1 inci halia (cincang)
kicap pekat manis (agak-agak)
2-3 biji cili padi
1 batang cili hijau

Cara Membuat/ Masak Ayam Masak Kicap

  1. Lumurkan ayam dengan garam dan kunyit kemudian goreng
  2. Panaskan minyak. Tumiskan bawang besar, bawang putih, halia dan cili padi sehingga naik bau.
  3. Kemudian masukkan kicap dan ayam. Tambah air sekiranya terlalu pekat. Gaulkan seketika sehingga ayam masak.
  4. Setelah ayam masak masukkan cili hijau. Gaul sekejap dan siap untuk dihidangkan.

Resepi asal boleh di rujuk menerusi blog asal ini. Selamat mencuba kepada yang berminat untuk mencuba.
5 Komentar untuk "Mudahnya Masak Ayam Masak Kicap"

terima kasih sis utk perkongsian resepi. boleh try masak utk lunch harini ni.. sedap.

sedapnya.... boleh cuba petang ni.. ayam dah siap beli semalam :)
thank u..

thx sis for the sharing. mmg sdp n mnjd. i ske sgt. Anyway, free2 jemput datang ke blog i untuk info2 kekal fit dan slim.


>>> Slim & Fit Semulajadi!<<<

Back To Top