Hari Ini Sudah Berselawat

Pecah Rekod Timbalan Ketua Polis Kelantan Baca Khutbah

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah, saya rasa cukup gembira apabila terbaca berita tentang Timbalan Ketua Polis Kelantan Baca Khutbah Jumaat di dalam masjid.

Memang pecah rekod kerana saya baru pertama kali mendengar berita yang cukup menyenangkan hati kita seluruh umat Islam di negara ini.

Seorang anggota polis yang berpangkat Timbalan Ketua Polis membaca khutbah. Sudah tentu jemaah yang mendengar khutbah beliau tidak lena dan rasa teruja. 

semasa, timbalan ketua polis, khutbah jumaat
Pecah Rekod Timbalan Ketua Polis Kelantan Baca Khutbah

Sebagai umat Islam, kita patut sensetif dengan isu-isu agama yang berlaku dalam masyarakat. Sekiranya perkara yang berlaku itu mendatangkan kebaikan kepada Agama Islam, kita perlu sokong dan berikan galakan yang jitu.

Pecah Rekod Timbalan Ketua Polis Kelantan Baca Khutbah


KOTA BHARU 23 Mac – Polis Kelantan mencatat sejarah tersendiri hari ini apabila Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi tampil membaca khutbah Jumaat di Masjid Mukim Langgar, di sini. 
Lulusan Sarjana Muda Syariah dari Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu menyampaikan khutbah tersebut dengan lancar selama kira-kira 25 minit. 
Ia kemudian diikuti dengan sembahyang Jumaat yang diimamkan oleh imam Masjid Langgar, Osman Mohd. Zain. 
Selain sebagai satu usaha merapatkan hubungan dengan masyarakat setempat, khutbah itu adalah sempena sambutan Ulang Tahun Pasukan Polis Ke- 200, Ahad ini. 
Dalam khutbah itu, Abdul Rahim memberi penekanan kepada tiga aspek utama yang berkisar kepada perpaduan, tanggungjawab sesama manusia dan keikhlasan. 
Beliau juga tidak ketinggalan meminta para jemaah bekerjasama dengan pihak polis dalam membendung kes jenayah di negeri ini yang menunjukkan peningkatan. 
Menurutnya, prinsip menyeru perkara kebaikan dan mencegah kemungkaran seharusnya dihayati bersama dalam usaha mencegah jenayah menerusi Program Rakan Cop. 
‘‘Banyak perilaku jenayah dilaporkan di akhbar dan di Kelantan sendiri sejak Januari hingga 15 Mac lalu mencatatkan 1,431 kes jenayah berbanding 1,187 kes pada tahun lalu,” katanya. 
Beliau juga memaklumkan pasukan polis kini menerapkan Konsep Al Ehsan dalam proses pengukuhan integriti pasukan iaitu mengerjakan sesuatu dengan meyakini Allah sentiasa melihat seperti yang dijelaskan dalam hadis Rasulullah.
Sebaik selesai sembahyang, Abdul Rahim turut bersalaman dengan para jemaah yang tidak ketinggalan mengucapkan tahniah kepadanya ekoran pendekatan yang diambil oleh polis dalam merapatkan lagi hubungan dengan masyarakat umum.
Beliau ketika ditemui Utusan Malaysia kemudian memaklumkan bahawa program seumpama itu akan diperluaskan di kesemua 10 daerah di negeri ini.
Dipetik dari Utusan Online.

Di harapkan lebih ramai anggota polis dan anggota tentera yang tampil dan berganding bahu dalam kerja-kerja agama Islam selepas ini.

Cara mudah untuk berniaga. Daftar >> JomNiaga - RM5 PPL Setiap Pendaftaran Baru

Tag : isu semasa
0 Komentar untuk "Pecah Rekod Timbalan Ketua Polis Kelantan Baca Khutbah"

Back To Top