Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera
Pernahkah rakan-rakan blogger sekalian mendengar ungkapan " Saya gembira mendapat musibah dari Allah SWT".
Kemungkinan besar, ada yang terkejut ataupun ada yang mengatakan itu sekadar ucapan di mulut sahaja bukan di hati.
Hadapi Musibah Dengan Sabar
Bersabar andai ditimpa musibah |
Biarpun apa yang orang hendak katakan, jika seseorang mampu melontarkan ucapan sebegini ketika diuji dengan musibah, saya yakin dia bukan orang sebarangan.
Seandainya kita dapat menghadapi musibah yang datang dengan menyatakan kegembiraan dalam diri sendiri, itulah tanda orang yang sabar.
Hadapi Musibah Dengan Sabar
Sebagai hambaNya yang kerdil kita tidak boleh lari dari berhadapan dengan musibah kerana hidup ini adalah ujian.
Satu lagi ungkapan yang mampu mengusik jiwa kita:
Allah SWT tidak mungkin memberi musibah di luar kemampuan manusia. Seberat manapun musibah itu, kita tentu dapat mengatasinya
Oleh yang demikian, sabar adalah kunci bagi pintu segala musibah. Kita perlu melatih diri agar sentiasa bersabar dalam menghadapi musibah.
Apabila kita berhadapan dengan musibah dengan sabar, Insha Allah kita dapat mencari jalan penyelesaian untuk menangani musibah itu.
Di samping itu, kita akan beroleh ketenangan dengan adanya kesabaran.
Lupakah kita bahawa, kita datang daripada Allah dan kepadaNya kita akan kembali.Setiap musibah juga adalah makhluk yang datangnya dari Allah.
Hanya Allah SWT yang berhak menarik kembali musibah tersebut daripada terjadi. Tetapi apa yang perlu kita lakukan dikala menemui musibah adalah jangan bersedih hati dan bersabar.
Mari kita hayati maksud firman Allah SWT ini
Dan janganlah kamu (berasa) lemah dan janga (pula) bersedih hati. (Surah Ali Imran ayat 139)
Teruskan berdoa dan memohon pertolongan Allah. Semoga kita akan beroleh ketenangan dan kebahagiaan hidup.
Tag :
Motivasi,
Tip Pelbagai
19 Komentar untuk "Hadapi Musibah Dengan Sabar"
terima kasih kerana mengingatkan.. betul tu, perlu hadapi musibah dan ujian dengan sabr dan redha.. aiza masih belajar untuk bersifat sabar..
sabar sebahagian dari iman..
biarlah sabar sellau menjadi teman kita yang setia
thanks 4 sharing bro..
sama-sama. saya pun masih belajar dan berlatih bersabar
iman tak cukup tanpa sabar
betul tu
sama-sama. semoga bermanfaat
betul tu.. apa jua dugaan dan cabaran lalui dgn sabar... :D
memang terlalu banyak manfaat bila kita bersabar, puteri masih tengah mendidik diri untuk lebih bersabar :)
terima kasih memberi sokongan
saya pun sama, kena belajar bersabar
bila ditimpa musibah sebenarnya mendekatkan lagi diri kita dengan Pencipta. itulah tanda kasih sayang Allah kepada kita. jika tidak ditimpa musibah mungkin kita akan lalai & lupa..
sabar itu sebahagian daripada iman.. =)
Hmm.. betul tu.. bersabarlah dalam apa jua keadaan sekalipun.. *peringatan buat diri sendiri*
Betul tu cik laili, terima kasih mengingatkan saya..
cantik ayat cikpuan Sally
peringatan untuk diri saya juga.
Pengalaman hidup sedikit sebanyak dapat bantu kita jadi lebih cekal....