Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera
Alhamdulillah syukur...saya berjaya memenangi tempat ke 4 pertandingan melukis poster minggu membaca di Perpustakaan Politeknik Seberang Perai yang dianjurkan beberapa minggu yang lalu.
Hadiah yang saya terima adalah sebuah buku yang bertajuk Start Where You Are yang diterjemah ke dalam Bahasa Melayu iaitu Segalanya Bermula di Sini.
Biarpun tidak mendapat tempat pertama yang menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM 100, tetapi saya cukup bersyukur mendapat sebuah hadiah yang saya gemari.
Saya rasakan diri saya memang seorang yang obses dengan buku. Tetapi buku yang saya suka baca atau belek adalah buku yang berkaitan sahaja seperti motivasi, agama dan bidang kejuruteraan.
Pantang lalu depan kedai buku atau perpustakaan, mesti hati saya tertarik-tarik hendak masuk ke dalam untuk melihat buku-buku terbaharu atau buku lama yang belum saya terokai.
Kadang-kadang bukan hendak membeli ataupun meminjam, cuma sekadar menjamu mata dan mencari idea.
Start Where You Are Memberi Semangat Baharu
Ada masa dan ketika, kita akan merasakan diri menjadi lemah dan malas. Tiada motivasi dan tidak semangat.
Apabila dilanda perasaan sebegini, kita tidak boleh dibiar melarat kerana ia boleh mengganggu prestasi kehidupan kita terutama dalam kerjaya.
Saya bersyukur kepada Ilahi kerana buku yang saya yang ada di tangan ini seolah-seolah tahu keperluan saya. Ia datang tepat pada masanya.
Oleh kerana banyak kerja atau tugasan yang perlu saya sempurnakan, menyebabkan minda jadi buntu dan tidak bersemangat.
Alhamdulillah, dengan membaca buku ini Allah SWT memberi ilham dan memulihkan semangat saya untuk terus bekerja dengan lebih gigih.
Pada saya, buku ini agak tebal di mana isi kandungannya mencecah 356 muka surat. Pengarang asalnya adalah Chris Gardner.
Buku berkulit kuning ini diterbitkan oleh PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. pada tahun 2012 dengan harga RM35 bagi Semenanjung Malaysia dan RM 38 untuk Sabah/ Serawak.
Tajuk Start Where You Are merupakan lanjutan daripada The Persuit of Happyness yang telahpun difilemkan dan mencatat box office dalam industri filem Hollywood pada tahun 2006.
Semua 44 pengajaran yang dihimpunkan dalam buku ini merupakan pengalaman hidup penulis sendiri dalam pelbagai bentuk.
Kisah hidup yang dialami oleh Chris Gardner banyak membentuk dirinya sehingga mencapai tahap yang tinggi sekarang ini.
Beliau asalnya seorang yang miskin, hidup merempat tanpa rumah tangga akhirnya berjaya mengukuhkan reputasi dalam industri saham.
Perjalanan hidupnya boleh dijadikan panduan oleh sekalian masyarakat yang dahagakan inspirasi untuk merubah nasib kehidupan mereka.
Terdapat 6 bahagian yang dipecahkan kepada 44 sub topic untuk memudahkan pembaca melihat perjalanan atau susunan kisah beliau secara berasingan.
Sekiranya ada antara kita yang hilang tempat bergantung, sedang berhadapan dengan kehilangan tempat tinggal, hilang sumber pendapatan, menghadapi krisis kesihatan, krisis kewangan, ataupun hilang motivasi bagi memburu cita-cita, kesemua 44 pengaajran hidup yang jelas, meyakinkan dan dapat diakses sememangnya berharga.
Penulis cuba memberi jawapan terhadap masalah-masalah tersebut dengan menunjukkan bagaimana kita boleh menggunakan sumber yang tidak terbatas yang wujud dalam diri kita supaya bergerak ke satu arah, iaitu melangkah ke hadapan.
Meskipun penulis banyak menceritakan perjalanan beliau untuk menjadi seorang yang berjaya dalam keusawanan, buku Start Where You Are Memberi Semangat Baharu kepada diri saya. Ia boleh diaplikasikan dalam apa bidang sekalipun.
Antara ayat-ayat dalam buku Start Where You Are ini yang memberi semangat baharu kepada saya:
Semua yang akan kita perlukan demi mendapat kejayaan yang terbesar dapat dipelajari dengan titik peluh sendiri (kerja keras).
Kejayaan adalah hasil yang kita perolehi apabila kita mengaplikasikan perkara yang sudah dipelajari secara produktif dan praktikal.
Oleh kerana yang menulis buku ini bukan orang Islam, belum hanya menyentuh eleman spiritual seperti sentiasa ingat Tuhan yang akan membantu kita bila-bila masa di setiap masa.
Lantaran itu, kita perlu ingat bahawa apa pun yang berlaku kita perlu akur dengan ketentuan Allah SWT.
Jika hendak berjaya, segala usaha kita perlu beriringan dengan doa yang bersungguh-sungguh agar diberkati dan diperkenankan Allah SWT.
Lantaran itu, kita perlu ingat bahawa apa pun yang berlaku kita perlu akur dengan ketentuan Allah SWT.
Jika hendak berjaya, segala usaha kita perlu beriringan dengan doa yang bersungguh-sungguh agar diberkati dan diperkenankan Allah SWT.
Tag :
Buku,
Tip Pelbagai
21 Komentar untuk "Start Where You Are Memberi Semangat Baharu"
Perlu banyak doa...doa senjata utama kita.
tahniah dah menang buku. Puteri pun suka baca buku-buku motivasi :)
Selagi kita bernafas, selagi tu kita belajar. Melalui pembacaan, secara tak langsung memudahkan kita belajar pelbagai perkara tentang kehidupan. Pursuit of Happyness tu filem yang bagus dan jujur. Kejayaan tidak diperoleh dengan mudah dalam hidup kita. Banyak yang kita perlu belajar untuk menjadikan kehidupan ini penuh makna.
betul Tuan Sylarius Yusof..terima kasih di atas nasihat ini
terima kasih...
memang bernas sekali
perkongsian yang menarik ini. buat sampai berjaya insyallah akan ada hasilnya.
tipa2 hari kena belajar
bagus jugak buku ni ye.. anyway tahniah menang tempat keempat.. mmg hadiah yg cukup bermakna. :)
tahniah menang buku.. nampak menarik isi kandunganya.. aiza suka buku motivasi.. sebab diri ini perlu sentiasa dimotivasi..
tahniah....kathy pun suka membaca..
pupuk rasa cinta kepada ilmu..dari pengalaman orang lain juga kita boleh belajar..
terima kasih. membaca itu indah
terima kasih Tuan, teruja mendapat komen dari tuan
betul tu..kita kena belajar dari buaian hingga liang lahad
terima kasih...selamat membaca
blue print kejayaan orang lain boleh dijadikan panduan.
sama la.. kalau masuk kedai buku, mesti lepak lama sikit.. belek2 buku..
membaca memang seronok
saya suka bacaan HM Tuah. rindu tak beli keluaran dia lagi.masihkah dia mengeluarkan terbitan baharu lagi.membaca dengan buku kita tak rugi tapi inti dalam kita dapat.itulah beza ilmu dari buku dan menumtut.
samalah kita...saya pun suka baca buku beliau. kalau dalam majalah wanita. setiap keluaran ada promosi buku beliau