Hari Ini Sudah Berselawat

Amalan Sunat Dalam Bulan Syawal

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera



Bersempena Bulan Syawal ini, saya rasa baik kita imbas kembali peringatan yang sering diutarakan dalam majlis-majlis ilmu mahupun kitab-kitab fekah.




Sememangnya dalam bulan Syawal ini kita disunat melakukan beberapa perkara yang mendatangkan manfaat kepada diri kita.

Di bawah ini saya senaraikan beberapa amalan sunat dalam bulan Syawal.

Amalan Sunat Dalam Bulan Syawal


Pertamanya, amalan yang disunat untuk kita lakukan adalah pada 1 Syawal ataupun menjelangnya Hari Raya Aidilfitri.
  1. Membayar zakat fitrah sebelum menunaikan Solat Aidil Fitri
  2. Menghias diri dan tempat tinggal supaya kelihatan bersih dan cantik
  3. Mendi Sunat Aidilfitri pada pagi harinya
  4. Menjamah sedikit makanan sebelum keluar menuju masjid
  5. Keluar menuju ke masjid dengan satu jalan dan bila pulang menggunakan jalan yang lain
  6. Lebih afdal dengan berjalan kaki ke masjid
  7. Mengumandangkan takbir, tahmid dan tahlil bermula malam 1 Syawal hinggalah tersenam matahari pada hari raya tersebut.
Keduanya amalan yang kita patut lakukan selepas dari 1 Syawal. Kita juga disunatkan berpuasa selama 6 hari dalam bulan Syawal ini. Banyak kelebihan yang kita boleh perolehi dengan melakukannya.

Rasulullah saw bersabda yang maksudnya " Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dan kemudian diikuti dengan 6 hari dibulan Syawal maka perumpamaannya seperti ia berpuasa sepanjang tahun."




Sebenarnya terdapat banyak lagi amalan yang boleh kita lakukan dalam bulan Syawal ini. Apa yang saya kongsikan dalam entri ini hanyalah sebahagian sahaja.

Ada banyak lagi sebenarnya dan bolehlah dirujuk kepada guru-guru agama dan kitab-kitab fekah.

Nasihat untuk diri saya, amalan yang kita mampu buat adalah dengan keizinan Allah SWT dan ia adalah rezeki buat kita.

Kalau nak tahu sistem menjemput rezeki atau formula menyeru rezeki sila klik link --->>>9 Formula antas Menjemput Rezeki.



0 Komentar untuk "Amalan Sunat Dalam Bulan Syawal"

Back To Top