Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera
Sumber:
http://www.ukhwah.com/article.php?sid=2627
Alahmdulillah, Allah SWT masih panjangkan umur kita sampai ke hari ini. Sekejap sahaja masa berlalu. Hari ini sudah masuk hari ke 14 Bulan Syawal.
Tinggal lagi separuh bulan untuk kita melakukan puasa sunat enam hari dalam bulan Syawal ini. Pastinya kelebihan puasa sunat ini begitu besar sekali.
Barang kali ramai dalam kalangan kita yang sudah tahu tentang Kelebihan Puasa Enam Syawal ini.
Namun, kepada yang belum pernah atau lupa dengan kelebihan Puasa Enam Syawal, hari ini saya berbesar hati berkongsi dengan anda semua tentang Kelebihan Puasa Enam Syawal ini.
Namun, kepada yang belum pernah atau lupa dengan kelebihan Puasa Enam Syawal, hari ini saya berbesar hati berkongsi dengan anda semua tentang Kelebihan Puasa Enam Syawal ini.
Sebelum itu mari kita tengok niat Puasa Enam Syawal
Niat Puasa Enam Syawal
Sahaja aku berpuasa sunat bulan syawal kerana Allah SWT
Kelebihan Puasa Enam Syawal
- Ganjaran puasa selama selama setahun
Abu Ayyub al-Ansari ada meriwayatkan satu hadith daripada Rasulullah s.a.w. di dalam menerangkan tentang kelebihan puasa enam Syawal yang maksudnya “sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikutinya puasa enam hari Syawal samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun” ( Dikeluarkan oleh Imam Muslim di dalam sahihnya, juga dikeluarkan oleh sekalian ramai ulama hadith seperti al-Tirmizi, al-Nasaie dan Ibn. Majah ).
- Menampung kekurangan dalam ibadah puasa Ramadhan
Al-Hafiz Ibnu Rajab menyatakan, puasa enam hari Syawal akan melengkapkan kekurangan dan kecacatan yang terdapat ketika mana seseorang itu melaksanakan ibadah puasa Ramadan. Beliau mengkiaskan dengan kelebihan solat sunat rawatib sebelum mahupun selepas solat fardu yang menampung kekurangan terdapat padanya.
- Melatih diri untuk terus berpuasa sunat yang lain
Dengan mensyariatkan puasa sunat enam hari dalam bulan Syawal, manusia akan terlatih untuk meneruskan puasa sunat yang lain. Kemungkinan seseorang muslim itu terlupa untuk meneruskan ibadah puasa sunat lain setelah menyambut Aidilfitri namun dengan adanya puasa sunat enam hari Syawal sekurang-kurangnya memberikannya peringatan dan motivasi untuk terus berpuasa, tidak semata-mata menunggu kedatangan Ramadan akan datang.
p/s: Kemampuan untuk kita berpuasa sunat merupakan suatu rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT. Marilah kita cuba kikiskan rasa ujub dan riak dalam diri kerana ia mampu merosakkan ibadah kita.
Pengetahuan tentang Kelebihan Puasa Enam Syawal hanyalah sebagai perangsang untuk kita beribadah kepada Allah. Perlu diingat bahawa segala amalan yang kita hendak lakukan mestilah kerana Allah SWT.
Sumber:
http://www.ukhwah.com/article.php?sid=2627
0 Komentar untuk "Kelebihan Puasa Enam Syawal"