Hari Ini Sudah Berselawat

Learning By Doing : Teknik Pembelajaran Berkesan

Assalamualaikum WBT


Saya teringat semasa saya belajar di peringkat sarjana suatu ketika dahulu. Terdapat banyak tugasan yang perlu di selesaikan dalam masa yang singkat yang diberikan oleh pensyarah saya.


Tugasan-tugasan yang diberikan adalah dalam pelbagai bentuk. Umpamanya, tugasan berbentuk tulisan, aplikasi komputer, pembentangan dan menjalankan program. 


Dalam banyak-banyak tugasan, menjalankan program merupakan tugasan yang paling saya bimbang. Ini kerana saya merupakan seorang yang kurang bersosial dan tidak gemar memegang jawatan dalam apa-apa persatuan.

 Learning By Doing : Teknik Pembelajaran Berkesan

 

 Learning By Doing : Teknik Pembelajaran Berkesan
Biar Dia Belajar


Pernah suatu ketika, saya ditugaskan untuk menyandang jawatan Katua Protokol untuk suatu majlis yang melibatkan Ketua Pengarah Politeknik Seluruh Malaysia. 


Jawatan ini saya rasakan amat berat kerana saya tidak pernah telibat dengan apa-apa program yang besar seperti ini. 


Dalam minda saya yang negatif mengatakan saya memang tidak mampu untuk melaksanakan tugasan ini. Namun, setelah saya luahkan kepada pensyarah saya. Dia hanya tersenyum dan mengatakan, "Just learning by doing."

Memang bertambah stress diri saya apabila mendengar perkataan pensyarah saya. Saya termenung panjang di kaki masjid selepas solat asar.


Setelah sekian lama saya menongkat dagu, Allah SWT ilhamkan kepada saya tentang kisah saya semasa kecil yand diceritakan oleh emak pada suatu ketika dahulu.


Emak kata, saya mula berjalan kaki seawal usia 10 bulan. Permulaan saya berjalan kaki adalah dengan memegang apa sahaja bahan yang membolehkan saya bertaut seperti katil, kerusi dan sebagainya tanpa diajar. 


Dalam proses belajar berjalan tersebut saya kerap kali terjatuh. Namun, saya tidak jemu dan terus mengulanginya lagi. Akhirnya saya berjaya berjalan kaki.


Alhamdulillah, saya baru faham apa yang dikatakan oleh pensyarah saya itu, 'Learning By Doing." Sebenarnya, saya mampu berjalan kaki tanpa perlu mempelajarinya di sekolah atau di institut pengajian tinggi.


Kemudian daripada itu, saya positifkan minda saya. Saya cuba sedaya upaya melaksanakan tugasan tersebut. Alhmdulillah ianya berhasil. Majlis yang dirancangkan itu berjaya dijalankan seperti yang dirancang.


Sebenarnya, banyak perkara yang kita pelajari sejak kita kecil sehingga sekarang ini adalah melalui pembelajaran tidak formal atau tanpa menghadiri apa-apa kursus. Ini kerana menerusi pengalaman yang kita lalu dalam melakukan sesuatu pekerjaan telah mengajarkan kita pelbagai ilmu pengetahuan.


Sebagai seorang pengajar, saya rasakan teknik mengajar dengan cara Learning By Doing ini cuku berkesan kepada para pelajar-pelajar. 


Teknik ini sebenarnya telah dipraktik di negara barat. Anda yang berminat boleh merujuk di lama web ini. Learning By Doing.
Tag : Tip Belajar
5 Komentar untuk " Learning By Doing : Teknik Pembelajaran Berkesan"

salam
sebenarnya kita tidak merasa keseorangan pun sebab masih ada rakan2 bisa memberikan sokongan pd kita apa lajik jika kita punyai kedua ibu bapa ataupun adik beradik pasti rasa kasih sy dan semangat utk mencuba perkara yg baru itu membuatkan keazaman kita lebih teguh dan berani utk diri sndri berdasarkan atas perkara apa yg kita buat

mulalah teringat masa zama sekolah heee asal jatuh mulah menangis padahal itulah mengajar kita erti sesebuh percubaan tuk jadi lebih baik selepas dr kejadian itu.

betul tu...perjalanan hidup kita sejak kecil banyak mendidik kita.

Back To Top