Hari Ini Sudah Berselawat

Tema Maulidur Rasul 1434/2013


Assalamuaikum WBT

Pada tanggal 12 Rabiul Awwal pada setiap tahun, sejumlah besar umat Islam seluruh dunia akan menganjurkan pelbagai majlis bagi meraikan junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW.


Islam
Islam (Photo credit: rogiro)
Begitu juga dengan umat Islam di Malaysia yang tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama memeriah junjungan yang kita kasihi ini.

Pada tahun ini, tema sambutan Maulidur Rasul Pringkat Kebangsaan ialah WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH.

Tema Maulidur Rasul 1434/2013

Mengapa sambutan Maljis Maulidur Rasul SAW patut dilaksanakan? Satu jawapan yang saya dengar melalui kuliah agama adalah Nabi  SAW sendiri meraikan majlis ini. Tetapi Nabi SAW tidak lah meraikannya seperti mana yang kita lakukan pada hari ini. Nabi SAW meraikannya dengan berpuasa sunat hari Isnin.

Sejarah Majlis Maulidur Rasul SAW boleh dilihat di sini.

Salah satu tujuan ulamak mengadakan majlis ini adalah untuk menghimpun umat Islam di dalam suatu majlis dan di situlah kita akan diberi nasihat serta  penghayatan berkenaan rahmat kelahiran Nabi kita Muhammad SAW.

Berapa beruntungnya kita berjaya menjadi umat Nabi Muhammad SAW kerana banyak nikmat yang kita perolehi ada yang tidak ada pada umat sebelum Nabi Muhammad SAW.

Satu persoalan yang perlu kita renung, adakah kita masih lagi meneruskan apa yang diperjuangkan oleh Rasulullah SAW sehingga kini?
Enhanced by Zemanta
Tag : isu semasa
2 Komentar untuk "Tema Maulidur Rasul 1434/2013"

salam maulidur rasul

moga2 setiap tema dapat kita hayati dan hadami sebaik mungkin...ameen

Back To Top