Hari Ini Sudah Berselawat

Nasihat Penting Khabib “The Eagle” Nurmagomedov Untuk Kita Semua Umat Islam

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Dua tiga hari ini, antara isu yang paling viral di media sosial ialah isu seorang peninju muslim bernama Khabib Nurmagomedov


Sejujurnya, saya pun baru mengenali beliau setelah berita kemenangan beliau menentang Mc Gregor dalam UFC baru-baru ini tersiar menerusi facebook, twiter, youtube, blog, instagram dan sebagainya.


Nasihat Penting Khabib “The Eagle” Nurmagomedov Untuk Kita Semua Umat Islam
Khabib “The Eagle” Nurmagomedov

Zaman sekarang kan mudah. 


Anda boleh search sendiri nama Khabib Nurmagomedov melalui enjin carian google, anda akan lihat sendiri betapa banyak perkongsian yang dibuat oleh netizen tentang beliau. 


Anda boleh tahu latarbelakang Khabib Nurmagomedov dengan cepat. Siapa dia, asal mana, agama apa, bangsa apa dan lain-lain lagi. Semuanya di hujung jari sahaja.


Bahkan sehingga hari ini masih ada video-video terbaru berkisar tentang beliau di youtube yang diupload.


Baiklah.


Antara banyak-banyak video yang saya lihat saya tertarik untuk kongsikan dengan anda Nasihat Penting Khabib “The Eagle” Nurmagomedov Untuk Kita Semua Umat Islam.


Nasihat Penting Khabib “The Eagle” Nurmagomedov Untuk Kita Semua Umat Islam


Di bawah ini adalah rakaman ucapan khabib nurmagomedov yang dialih bahasa daripada sebuah video yang diupload ke dalam youtube.


Assalamualaikum saudara-saudaraku,


Saya teringat kalian satu tahun setengah dahulu. Jika kalian ingat, saya pernah katakan.


Kalau Allah berkehendak, saya boleh menjadi juara UFC.


Sekarang kita di sini, juara UFC.


Seminggu sebelum perlawanan terbesar dalam sejarah UFC.


Jika Allah mahu, kita akan memenangi pertarungan ini.


Jika Allah bersamamu tiada siapa yang dapat hentikan kamu.


Tiada pasukan Ireland yang dapat tewaskan kamu.


Itu mustahil saudara.


Perkara nombor satu paling penting untuk kita adalah sentiasa berhubung dengan Tuhan.


Tanpa ini, tiada duit, keluarga yang boleh berikan anda sesuatu seperti hubungan dengan Tuhan.


Tidak kira, apa berlaku kepada mu, anda sentiasa perlu solat, merendah diri, fokus dan berhubung dengan Tuhan, ini sangat penting untuk kita.


Sama ada anda juara UFC atau tidak, tidak penting.

 

Melihat video itu tadi, jelaslah betapa tingginya kebergantungan Khabib Nurmagomedov kepada Allah SWT.


Dalam satu artikel yang saya jumpa nama Khabib Nurmagomedov dalam bahasa arabnya Habib Nur Muhammad dan berketurunan ulamak.


Di bawah ini pula adalah video highlights tentang seorang juara dunia Muslim pertama di UFC Khabib “The Eagle” Nurmagomedov.


Subhnallah...Sepanjang 27 perlawanan beliau belum pernah kalah.
 



Saya cukup tertarik bila ucapan "Alhamdulillah" diulang-ulang oleh Khabib sebelum pertandingan dengan Mc Gragor berlangsung.


Satu lagi, beliau sering menunjukkan jari yang mungkin membawa maksud "bukan diri dia, tapi semuanya dari Allah SWT."


Bagi sesetengah orang mungkin memandang hebat kerana beliau seorang peninju bertaraf dunia yang belum kalah.


Namun, bagi saya yang lebih hebat adalah kebergantungan Khabib Numagomedov kepada Allah SWT yang patut kita contohi.


Beliau tetap seorang Muslim biasa yang mungkin ada salah dan silap, tetapi kecintaanya kepada Allah SWT memang susah jumpa.

 

Tag : isu semasa
2 Komentar untuk "Nasihat Penting Khabib “The Eagle” Nurmagomedov Untuk Kita Semua Umat Islam"

Back To Top