Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera
Tahun baru sudah semakin hampir. Tinggal beberapa jam sahaja lagi kita akan menyambut tahun baru Hijuriah iaitu 1 Muharram.
Kalau tahun baru masihi disambut pada jam 12 tengah malam diringingi dengan countdown dan bunyi letupan mercun bersama bunga api.
Namun tidak dalam Islam. Kita diajar menyambut tahun baru dengan syukur dan memohon doa Allah SWT.
Banyak amalan yang boleh kita lakukan menjelang bulan Muharram dan salah satu amalan yang kita boleh lakukan adalah dengan membaca doa akhir tahun selepas waktu mahgrib serta doa akhir tahun pada waktu asar sebelum 1 Muharram.
Pernahkah anda mendengar orang kata doa awal tahun dan doa akhir tahun tidak boleh dibaca kerana tidak ada dalam hadith.
Banyak kali juga saya mendengar tentang hal ini, tetapi saya tidak ambil kisah sangat kerana sejak kecil lagi saya terbiasa dengan doa ini kerana dibaca disurau setiap tahun.
Sejujurnya saya tidak pandai agama, hendak jawab pertikaian tersebut dengan hujah atau dalil yang khat'ie saya tidak pandai, tetapi minggu lepas saya sempat mendengar kuliah maghrib di surau berdekatan dengan rumah saya yang berdiskusi tentang hal ini.
Menurut ustaz yang menyampaikan kuliah tersebut, memang ada hadith yang membincangkan tentang doa akhir tahun dan doa awal tahun ini, tetapi hadith itu adalah hadith dhaif.
Beliau kata tidak salah kita hendak baca doa ini asalkan kita ada ilmu kerana Imam Ghazali berkata orang yang beramal tanpa ilmu adalah sia-sia.
Ditambah lagi satu soalan bonus beliau "pernahkan tuan-tuan dengar orang yang masuk neraka sebab baca doa awal tahun dan doa akhir tahun?"
Nabil kata "lu pikirlah sendiri" ( ini saya tambah sahaja...).Baik, sekarang cuba kita fikir logik dan jawab soalan-soalan di bawah ini.
Tidak hairankah kita kenapa ada suara-suara yang pertikaikan amalan baik yang tidak bercanggah dengan akidah?
Sedangkan banyak maksiat atau kemungkaran di luar sana yang berleluasa tidak dipertikaikan atau tidak diambil kisah?
Hari ini rasuah menular di sana sini, rumah-rumah urut yang menghidangkan seks tumbuh di merata-rata tempat, kelab malam yang menyediakan arak berlunggok-lunggok dan macam-macam lagi.
Wallahualam...
Doa Awal Tahun dan Akhir Tahun Hijriah
Apa-apa pun yang rakan-rakan fikirkan terletak pada diri masing-masing. Biarlah kita bertindak berasalkan ilmu supaya kita tidak sesat.
Di sini saya lampirkan doa awal tahun dan doa akhir tahun hijriah untuk rujukan berasama. Peraturan membacanya adalah :
- Membaca doa akhir tahun dahulu iaitu pada waktu Asar sebelum 1 Muharram sebanyak 3 kali.
- Membaca doa awal tahun selepas waktu Maghrib 1 Muharram sebanyak 3 kali. Dalam Islam perpindah hari bukan pada jam 12 tengah malam tetapi pada waktu Maghrib.
Untuk mendapatkan keterangan lanjut tentang peraturan membacanya boleh dirujuk dalam kitab atau bertanya dengan orang-orang alim seperti ustaz dan tuan guru.
Mudah-mudahan tahun yang mendatang akan memberikan kita lebih kebaikan dan usaha kita untuk menambahkan amal ibadah meningkat.
Tag :
Ibadah
21 Komentar untuk "Doa Awal Tahun dan Akhir Tahun Hijriah"
betol.. tak kn berdoa pun salah...
selamat tahun baru bro...
selamat tahun baru
mari kita berdoa...
salam maal hijrah faizal... terima kasih di atas perkongsian ini..
selalu berdoa....itu senjata utama kita.
Salam ukhuwah dan Salam Maal Hijrah dari Bunda....
salam ukhwah dan salam maal hijrah Bunda..terima kasih bertandang ke sini.
doa senjata mukmin....memang tepat Tuan Muhammad Khairuddin Lim
salam maal hijrah Farah
Salam maal hijrah...amin
Assalammualaikum... faizal,
ziarah sini daripada blog mselim3. selamat menyambut tahun baru ... selamat menyambut maal hijrah.
mselim3
pls: tahun baru nie apa hijrah cikgu faizal ..
ermm..link mselim3 tu ada masalah cuba masukkan balik (dalam bloglist) ... insaallah ok kot...
Waalaikumussalam...Tuan Mohd Selim
Selamat menyambut tahun baru Islam....azam saya cuba jadi baik dari yang sebelum ini . Insha Allah..terima kasih
sudah asar molek kita baca ya :) tutup buku lama buka buku baharu moga amalan kita di terima olehnya.
terima kasih tolong ingatkan saya. amin...
salam tahun baru hjrah.. :D
salam maal hijrah dari puteri :)
salam maal hijrah kembali
salam maal hijrah kembali dari saya
Salam Maal Hijrah kpd Bro :)
salam maal hijrah..terima kasih bertandang ke sini