Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera
Kita dianjurkan berdoa sebanyak-banyaknya. Apabila masuk sahaja 1 Muharram, kita dianjurkan membaca Doa Awal Tahun iaitu pada waktu Maghrib.
Terdapat banyak lagi amalan yang boleh kita amalkan sempena bulan yang mulia ini. Kalau susah hendak ingat amalan-amalan ini buat sahaja kebaikan banyak-banyak.
Tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan meninggalkan bulan Zulhijjah 1434 dan menemui bulan Muharram.
Sebaik sahaja bulan Muharram sampai, maka habislah tahun 1434 untuk kita dan menjelma 1435. Maka usia kita juga semakin pendek.
Meskipun kita sibuk dengan pelbagai tugasan harian, marilah kita sediakan ruang masa untuk melakukan amalan kebaik sempena bulan Muharram.
Niat saya hari ini adalah untuk berkongsi sedikit sebanyak amalan yang dianjurkan dalam bulan Muharram yang boleh dilakukan dalam bulan Muharram.
Sebelum itu, saya ingin nyatakan bahawa saya bukan seorang ustaz atau orang alim. Saya orang biasa yang hanya ingin berkongsi perkara bermanfaat.
Perkara-perkara yang saya kongsikan pun hanyalah kompilasi pengetahuan dan pembacaan yang pernah saya lakukan sebelum ini.
Sekiranya ada sesetengah yang tidak setuju dengan perkongsian ini bolehlah rujuk dengan orang yang lebih alim.
Saya hanya sekadar berkongsi perkara yang boleh mendatangkan kebaikkan. Semoga bermanfaat untuk semua. Jika ada salah silap saya mohon ampun kepada Allah SWT.
Saya rasa pelik kerana hari ini terlalu banyak orang yang menghalang perkara kebaikan yang tidak bercanggah dengan akidah Ahli Sunnah Waljamaah sedang banyak perkara maksiat diluar sana tidak ditegah. Waalah'ualam...
Amalan Dalam Bulan Muharram
Rata-rata umat Islam kini (termasuk saya) lebih mengutamakan bulan Ramadhan yang mempunyai satu amalan khusus iaitu puasa.
Padahal, teradapat 12 bulan Islam yang Allah ciptakan untuk kita dan setiap satu mempunyai keutamaan dan amalan yang dianjurkan untuk kita laksanakan.
Perkara yang saya maksudkan ini boleh dirujuk dalam maksud Hadith Nabi SAW ini:
Dan di dalam hadits yang shahih Rasulullah bersabda: “……….Di dalam satu tahun ada dua belas bulan dan di antaranya terdapat empat bulan yang mulia, tiga di antaranya berturut-turut: Dzulqa’dah, Dzulhijjah dan Muharram, dan Rajab yang berada di antara bulan Jumada dan Sya’ban.” (HR. al-Bukhari, no. 2958 dari Abu Bakrah).
Berdoa
Kita dianjurkan berdoa sebanyak-banyaknya. Apabila masuk sahaja 1 Muharram, kita dianjurkan membaca Doa Awal Tahun iaitu pada waktu Maghrib.
Kita boleh rujuk dalam banyak buku-buku amalan sunat atau Yassin kecil yang dijual di kedai-kedai buku tentang cara-cara membaca dan doa Awal Tahun itu sendiri.
Di samping itu, kita juga disunatkan berselawat ke atas Rasulullah SAW sebanyak yang boleh serta ditambah dengan zikir-zikir.
Puasa
Pada tanggal 10 Muharram, kita disunatkan berpuasa sepena hari Asyura. Kelebihan puasa ini adalah diampunkan dosa kita.
Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Puasa yang paling utama setelah puasa Ramadhan adalah puasa di bulan Allah al-Muharram.” (HR. Muslim)
Dalam hadits yang lain baginda juga bersabda yang bermaksud , “Puasa ‘Asyura menghapus kesalahan setahun yang telah lalu.” (HR. Muslim).
Ibnu Abbas berkata. “Tidaklah aku melihat Rasulullah lebih menjaga puasa pada hari yang diutamakannya dari hari yang lain kecuali hari ini, yaitu ‘Asyura.” (Shahih at-Targhib wa at-Tarhib).
Sebelum itu, kita juga digalakkan berpuasa pada 9 Muharram iaitu hari Tasu'a bertujuan untuk membezakan amalan orang Yahudi dan Nasrani.
Bersedekah
Seperti bulan Ramadhan dan bulan-bulan yang lain, kita dianjurkan juga bersedekah semampu boleh kepada fakir miskin.
Ada juga pendapat mengatakan kita digalakkan melebihkan perbelanjaan keluarga berbanding bulan-bulan lain.
Menghindari Kezaliman
Dalam bulan Muharram ini, dosa orang yang melakukan kezaliman adalah lebih besar. Hal ini berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud:
“Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah menganiaya diri dalam bulan yang empat itu, dan perangilah musyrikin semuanya; dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa.” (QS. at-Taubah: 36)
Terdapat banyak lagi amalan yang boleh kita amalkan sempena bulan yang mulia ini. Kalau susah hendak ingat amalan-amalan ini buat sahaja kebaikan banyak-banyak.
Insha Allah kita selamat. Apa yang penting kena ada ilmu terlebih dahulu sebelum beramal. Bacaan tambahan boleh rujuk di sini.
Tag :
Ibadah,
Tip Pelbagai
14 Komentar untuk "Amalan Dalam Bulan Muharram"
terima kasih di atas perkongsian yang sangat bermanfaat untuk amalan kita semua..
serangan kepada ASWJ kini semakin ketara
sama-sama
ha ah.. baru perasan.. skrg dah 25 zulhijjah.. dah nak masuk awal muharram..
salam maal hijrah..
betul tu... pengikut ASWJ semakin teruji. semoga Allah SWT selamatkan kita
Betul tu...salam maal hijrah
amlkan doa awal tahuan akhir tahun manfaat sungguh ilmu ini. mujur saya ada admin yang ingatkan
info yang bagus tq...
menabung lagi...churp2
terima kasih di atas perkongsian ini, salam maal hijrah yer... maaf baru berkesempatan melawat ke sini, terima kasih kerana rajin datang melawat ke Bubblynotes... salah dan silap harap dimaafkan...
sama-sama, selamat beramal
terima kasih...sama2 kita membantu
sama-sama..saya rasa bebesar hati kerana sudi bertandang ke sini...tiada apa yang perlu dimaafkan...terima kasih
sama sama beramal..terima kasih..posting yang bermanfaat
terima kasih kembali..sama-sama kita beramal