Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera
Alhamdulillah syukur, kita masih lagidiberikan nafas untuk menyedut udara segar di dunia ini. Nikmat bernafas adalah salah satu kurniaan Allah SWT yang tidak ternilai harganya.
Berapa daripada sanak saudara kita yang telah pun bergi mengadapNya? Berapa ramai manusia sejak dari Nabi Adam AS hingga ke hari ini yang menunggu kita di alam barzakh sana?
Semoga roh mereka dicucuri rahmat. Marilah kita berdoa agar diberikan kita ketetapan iman sehingga akhir hayat dan memperoleh husnul khatimah. Insha Allah...
Hari ini saya ini menyusun kata-kata dan berkongsi tentang Adab Dengan Allah SWT, Tuhan sekalian makhluk. Peringatan ini adalah untuk diri sendiri.
Adab Dengan Allah SWT
Sebagai makhluk ciptaan Allah SWT yang paling baik berbanding dengan makhluk lain di atas muka bumi ini seharusnya kita wajib menyembah Allah SWT.
Di samping itu, kita juga wajib mengagungkanNya, memuliakanNya, mentaati perintahNya dan memelihara adab-adab yang baik dengan Nya.
Rasulullah SAW yang menjadi kekasihNya sendiri banyak meninggalkan pesan kepada kita semua sebagai panduan untuk kita beradab dengan Allah SWT.
Salah satu hadith yang boleh kita jadikan panduan adalah (maksud):
Pada saat seorang hamba sedang solat maka pada hakikatnya dia sedang berkomunikasi secara langsung dengan Tuhannya. Oleh itu (jika ia ingin meludah) maka jangan meludah ke arah depan atau sebelah kanan tetapi hendaklah meludah ke sebelah kiri, iaitu ke bawah telapak kaki kirinya. (HR Bukahri)
Pada ketika memohon doa kepada Allah SWT juga ada adab yang perlu kita fahami dan amalkan iaitu tidak terburu-buru meminta doa dikabulkan.
Kita perlu yakin bahawa Allah SWT Maha Mendengar, Maha Mengetahui, Maha Bijaksana dan Maha Kuasa. Berhubung dengan hal ini, Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud:
Doa seorang hamba akan sentiasa dikabulkan Allah SWT selama dia tidak tergesa-gesa meminta dikabulkan, iaitu dengan berkata:" Saya telah berdoa tetapi belum dikabulkan." (HR Muslim)
Kita memang perlu menjaga adab dengan Allah SWT bukan sekadar saranan Rasulullah SWT tetapi kita perlu menjaga adab adab dengan Allah SWT kerana Allah SWT adalah Tuhan kita.
Siapalah kita ini yang ingin berlaku bongkak atau sombong. Tiada langsung yang kita mampu buat tanpa keizinan dari Yang Maha Kuasa.
Mari kita menuntut ilmu dan selamat beramal. Moga-moga kita diredhai Allah SWT.
Siapalah kita ini yang ingin berlaku bongkak atau sombong. Tiada langsung yang kita mampu buat tanpa keizinan dari Yang Maha Kuasa.
Mari kita menuntut ilmu dan selamat beramal. Moga-moga kita diredhai Allah SWT.
Tag :
Ibadah
10 Komentar untuk "Adab Dengan Allah SWT"
siapalah kita ini...hamba yng kerdil
memang tepat sekali
Assalammualaikum... faizal,
harap2 kita tidak sombong dan menjaga adab ketika berdoa..
mselim3
pls: memang benar saudara faizal, kita cepat sangat mahu permohonan kita dimakbulkan...
adalah penting untuk kita memahami dan mengetahui adab kita dengan Allah SWT...terima kasih di atas perkongsian yang bermakna dan bermanfaat ini...
waalaikumussalam...tuan mselim
sama2 lah kita. saya juga berharap begitu
betul tu Farah Waheda Wahid....
peringatan untuk diri sendiri...
adab sesama manusia pun kena jaga, apatah lagi dengan Allah..
bernas sekali pandangan Tuan
mengikuti surahan dan meninggalkan larangan Allah juga perlu sebagai saah satu tanda kepatuhan kita terhadap Allah..
komen yang cukup bermotivasi dari Aiza,terima kasih