Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera
Semenjak akhir-akhir ini, tempoh masa yang Allah SWT berikan kepada saya 24 jam sehari dirasakan terlalu singkat sekali.
Beberapa tugasan yang tersusun dan tidak tersusun masih belum selesai 100 peratus. Inilah akibanya tidak pandai membahagikan masa.
Sebelum saya membuat keputusan untuk sambung belajar secara separuh masa dahulu rasanya potensi diri ini sudah cukup kuat untuk menempuh ranjau atau ujian mendatang.
Walaupun, sudah diingatkan oleh orang yang berpengalaman saya supaya fikir masak-masak sebelum membuat keputusan untuk sambung belajar.
Beliau mengatakan kepada saya, untuk belajar sambil bekerja perlukan pengorbanan dan pembahagian masa yang banybijak.
Mana tidaknya, kita terpaksa membagikan masa kepada beberapa bahagian seperti masa untuk kerja, bahagian untuk keluarga, bahagian untuk belajar dan bahagian untuk masyarakat.
Namun begitu, saya masih dengan keputusan saya untuk meneruskan juga hasrat di hati dan sekarang ini saya sedang merasai apa yang beliau katakan.
Pada hemat saya, perjalanan yang saya tempohi sekarang ini sudah sampai separuh jalan. Jika mahu berhenti rasa rugi pula. Jika hendak meneruskan juga rasanya cabaran semakin berat.
Semoga Allah beri kekuatan kepada saya untuk meneruskan perjalanan ini....
Semoga Allah beri kekuatan kepada saya untuk meneruskan perjalanan ini....
Saya mohon maaf kepada rakan blogger yang tidak sempat saya kunjungi buat masa ini. Masa yang ada terpaksa saya korbankan untuk selesaikan tugasan yang sedia menunggu.
Aktiviti blogging mungkin sukar untuk lakukan buat masa ini tetapi lebih sukar untuk ditinggalkan. Ia hobi saya. Ia memulihkan semangat saya. Ia penawar hati saya.
Terima kasih kepada semua yang sudi bertandang. Jangan jemu untuk terus ke sini. Tanpa anda siapalah saya.
Makan & Man Jadda Wajada
Sedang saya mengunggang motorsikal, tiba-tiba Allah SWT ilhamkan kepada saya satu ungkapan yang pernah saya dengari suatu ketika dahulu.
Hairan juga kenapa ungkapan ini berlegar-legar di minda? Saya cuba renung seketika mencari jawapannya...
Alhamdulillah, mungkin ada kaitannya dengan buku Anekdot Madinah karangan Prof. Muhd Kamil Ibrahim yang sedang saya baca.
Insya Allah, nanti saya kongsikan sedikit review atau persepsi saya tentang buku yang cukup menusuk hati saya ini. Ia benar-benar menyentuh hati.
Man Jadda Wajada
Pernahkan rakan-rakan blogger mendengar ungkapan ini? Saya yakin rata-rata rakyat Malaysia yang tidak pandai Bahasa Arab seperti saya juga pernah dengar ungkapan ini kerana dalam TV juga ada rancangan bertajuk Man Jadda Wajada.
Secara ringkasnya, erti Man Jadda Wajada ini adalah barangsiapa berusaha, insyaAllah dia boleh berjaya.
Apalah hebat sangat dengan ungkapan yang banyak kali diulang-ulang kepada kita semua sebelum ini. Betul tak?
Hebat atau tidak ungkapan ini bergantung kepada diri masing-masing, bagaimana kita mentafsirkannya.
Bagi saya ungkapan ini cukup hebat sekali kalau kita aplikasikan dalam kehidupan kita seharian. Alhamdulillah... saya pernah mengalainya. Ia benar-benar berhasil.
Acapkali saya mendengar keluhan pelajar-pelajar. "saya sudah usaha, tapi tidak berjaya", "saya sudah baca, tapi tidak faham, saya sudah buat latihan, tapi tidak mahir pun.." dan banyak lagi.
Semua ini menggambarkan perasaan berputus asa dari dalam diri sedangkan Allah SWT tidak membenarkan kita berputus asa daripada rahmat Allah.
Baiklah sekarang saya cuba memberi analogi yang saya harap ia sepadan dengan ungkapan Man Jadda Wajada.
Cuba kita banyangkan ada dua orang yang baru bertandang ke rumah kenduri kahwin dari tempat yang berbeza.
Sebelum mereka datang ke majlis tersebut, si A sudah menjamah makanan manakala si B belum menjamah makanan sejak dari pagi lagi.
Sebaik sahaja mengambil makanan, mereka duduk bersebelahan. Makanan si A tidak memenuhi pinggannya kerana dia tidak terlalu lapar.
Berbeza dengan si B yang belum menjamah sebarang makanan mengisi penuh pinggannya dengan nasi dan pelbagai lauk.
Sekiranya, tujuan mereka makan (usaha) adalah untuk kenyang (berjaya) kenapa perbuatan makan mereka berbeza?
Maaflah kalau contoh yang saya berikan ini kurang jelas.
Begini maksud saya. Dengan izin Allah SWT kita boleh kenyang dengan makan tetapi setiap orang berbeza-beza.
Kalau seseorang itu baru sahaja makan untuk kali pertama tentu dia terpaksa makan banyak untuk kenyang. Kalau kita sudah makan kali ke dua dalam tempoh masa yang tidak lama tentu kita makan sedikit sudah boleh kenyang.
Begitu juga dengan usaha yang kita lakukan untuk mencapai sesuatu matlamat. Kalau usaha kita belum cukup sebab itulah kita belum berjaya.
Tidak perlu kita bandingkan diri kita dengan orang lain kerana Allah SWT telah tetapkan kelebihan dan kekurangan yang berbeza-beza.
Tugas kita adalah usaha sampai berjaya. Marilah kita mohon kepada Allah SWT agar diberikan kejayaan di dunia dan akhirat.
Tag :
Motivasi
19 Komentar untuk "Makan & Man Jadda Wajada"
Biasa dgr tp bru ni tau maknanya di cni..tq
Semoga bertabah bro. Nak belajar part-time sedang sibuk menguruskan keluarga bukanlah perkara yang mudah. Ramai yang terkecundang di tengah jalan. Saya sekarang ni pun terpaksa menangguhkan hasrat melanjutkan pelajaran apabila kini sedang sibuk menguruskan anak-anak yang masih kecil.
Apa pun, semoga berjaya bro. Usaha untuk berjaya memang memerlukan pengorbanan.
Bagus sekali
Terima kasih banyak...insyaAllah saya akan jadikan panduan
Unquestionably believe that which you stated. Your favorite reason
seemed to be on the web the simplest thing to be aware of.
I say to you, I definitely get irked while people think about worries that they just do not
know about. You managed to hit the nail upon
the top and defined out the whole thing without having side-effects , people can take a signal.
Will probably be back to get more. Thanks
Also visit my weblog :: kitchen
bagus entri ni...itu penerangan yang datang dari ilham ketika naik motor rasanya. Terima kasih berkongsi
Peringatan untuk diri sendiri jugak ni. Berusaha untuk jadi yang lebih baik dari sekarang. Terima kasih. :)
All the best untuk semua yg dilakukan..
Assalammualaikum..faizal,
betul apa yg faizal coretkan kat sini "siapa yg berusaha pasti berjaya", kekadang kita kita sering mengharapkan kejayaan segera tanpa usaha yg setimpal. Usaha tangga kejayaan...
mselim3
semoga dipermudahkan oleh Allah segala urusan.. menuntut ilmu itu juga satu perjuangan menuju ke jalan Allah.. bersetuju dengan pendapat faizal berkenaan man jadda wajada tu, barangkali usaha kita belum benar-benar di tahap yang sepatutnya yang menyebabkan kita masih gagal untuk memperolehinya..
sama-sama, ilham datangnya dari Allah
sama-sama kita berusaha...salam perjuangan..
Amin..terima kasih banyak
terima kasih..inilah kelemahan kita, hendak mudah...
Selamat berjaya..
hikam wal amsal (peribahasa) arab..
ayat penuhnya : man jadda wa jada, wa man zaro hasoda
maksud : siapa berusaha, dia yg dapat. dan siapa yang bercucuk tanam, dia yg menuai hasil.
terima kasih
Hebat Bahasa Arab Tuan Pha Is.. Tuan.terima kasih
x de la hebat mana pun.. dah lama dah tinggal arab ni.. dh igt2 lupa.. hehe..
sama2..
sifat manusia, tak lepas dari putus asa.. cuba sikit tak berjaya mudah je nak mengeluh.. moga Allah tabahkan hati ini..