Hari Ini Sudah Berselawat

Terima Kasih Prof Muhd Kamil Ibrahim

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah, 6 buah buku karangan Prof Muhd Kamil Ibrahim saya sudah baca. Buku-buku yang pernah saya hadap adalah :

  1. PHD Kecil Tapi Signifikan, 
  2. Travelog  Haji,
  3. Travelog Dakwah, 
  4. 50 Tip Haji, 
  5. Syukur Saat Diuji 
  6. Anekdot Madinah.
Terima Kasih Prof Muhd Kamil Ibrahim


Terima Kasih Prof Muhd Kamil Ibrahim 


Blog beliau yang bertajuk Kehidupan Ringkas Tapi Signifikan juga menjadi pujaan hati saya untuk menagih ilmu berguna dari sana.

Secara jujurnya saya lebih gembar membaca buku-buku bergenre non fiksyen. Namun, setelah membaca buku hasil penulisan Prof Muhd Kamil Ibrahim, tidak boleh berganjak tempat duduk ketika membacanya.

Biarpun ada sesetengah individu memberi persepsi negatif terhadap cara penyampaian beliau, tetapi bagi saya ia tidak menjadi masalah.

Bagi saya, mesej yang Prof Kamil ingin sampaikan itu yang patut difokuskan kerana Allah SWT memberikan kita ilmu dalam pelbagai cara sama ada berguru, membaca, mengkaji, merenung, melihat dan sebagainya.

Usah di pertikaikan keikhalasan seseorang dalam melakukan ibadah sebab kita tidak mampu menilainya melainkan Allah SWT sahaja.

Dalam entri yang ringkas ini, ingin saya nyatakan Jutaan terima kasih kepada Prof Muhd Kamil Ibrahim kerana menghasilkan buku-buku yang memberi motivasi dan ispirasi untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT.

Sekarang ini saya membaca buku Anekdot Madinah. Jika ikutkan susunan buku-buku beliau, penyampaian buku ini semakin menyentuh kalbu yang dalam.

Mari kita luangkan masa untuk kita membaca buku-buku beliau ini disamping membaca buku kegemaran kita seperti novel-novel lain.

Salah satu cara untuk merawat hati yang lemat atau menembalikan semangat adalah menerusi pembacaan.

Saya doakan Allah panjangkan umur beliau dan dapat menghasilkan lebih banyak buku-buku yang bermutu tinggi dalam mengajak manusia mendekatkan diri dengan Allah SWT.


Tag : Motivasi
15 Komentar untuk "Terima Kasih Prof Muhd Kamil Ibrahim "

wah boleh cuba membaca hasil tulisan beliau ni, terima kasih kerana berkongsi yer...

I enjoy, lead to I discovered just what I used to be
taking a look for. You've ended my four day long
hunt! God Bless you man. Have a nice day. Bye

My page - filmy

perkongsian yang bermanfaat.. bagus suka membaca.. :D

membaca jambatan ilmu..

terima kasih berkongsi...nanti bolehlah puteri singgah ke blog beliau :)

tak semestinya buku fiksyen tidak dapat dijadikan medium menyampaikan ilmu.. contohnya, kita lihat habiburrahman el syairazi sendiri banyak menghasilkan novel2 fiksyen yang berjaya digarap dengan penyampaian ilmu dan mesej berguna. contoh yang lain, abuya Hamka. selain menghasilkan kitab-kitab dan tafsir al-azhar, beliau juga banyak menghasilkan karya fiksyen seperti novel.

Memang hebat Tuan Pha is ini..bukan calang-calang orang. saya setuju dengan pandangan Tuan. setiap orang ada citarasa sendiri.apa pun pilihan yang dibuat bergantung atas diri sendiri bagaimana cara untuk dirinya mendekatkan diri dengan Allah SWT. terima kasih Tuan.

dapat rasa bahang menariknya penulisan beliau..=)

jarang dapat baca buku2 ilmiah.. nak kena ubah dah lepas nih..

Sgt2 suka baca tulisan beliau. Gaya penyampaiannya mudah dan x perlu berfikir banyak untuk memahami maksud yg hdk d sampaikan. Ingin miliki semua buku tulisan beliau.

Back To Top