Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera
Kalau kita bertanya kepada orang yang telah berjaya dan ingin berjaya pasti ada rahsia kejayaan yang menjadi pegangan mereka.
Untuk mengetahui rahsia tersebut perlulah kita rapat dengan mereka dengan cara mendengar rakaman audio, tonton video dan hadiri seminar yang mereka anjurkan.
Alhamdulillah, semasa Dr Azizan Osman datang membuat seminar magnet kejayaan dan kekayaan di Sunway Carnival, Pulau Pinang baru-baru ini sempat juga saya menghadirinya.
Terdapat banyak ilmu yang beliau kongsikan terutamanya dalam bidang perniagaan. Walaupun saya bukan ahli perniagaan, tetapi saya berminat untuk mengetahui apakah rahsia-rahsia atau ilmu yang beliau kongsikan.
Hari ini saya ingin kongsikan 5 Prinsip Kejayaan Hidup yang beliau kongsikan dalam seminar tersebut. 5 Prinsip Kejayaan Hidup ini bukan sahaja untuk ahli perniagaan semata-mata, tetapi semua manusia perlu mengamalkannya.
5 Prinsip Kejayaan Hidup
Sebelum saya nyatakan apakah 5 Prinsip Kejayaan Hidup tersebut cuba fikiran satu analogi yang ingin saya berikan di sini.
Hidup ini umpama layang-layang yang dilepaskan oleh seorang tuan tinggi mencapai awan. Sama ada kita sedar atau tidak semakin tinggi layang-layang itu naik semakin kuat angin yang perlu dihadapinya.
Jika tuan punya layang-layang itu tidak menggenggam kuat tali yang mengikat layang-layangnya maka berterbangan jauhlah layang-layang tersebut.
Selepas itu ia mungkin tersangkut di atas pokok, terkoyak, jatuh dalam laut, tercucuk pada ranting yang tajam atau melekat pada pagar dawai.
Untuk memastikan layang-layang itu tetap teguh terbang di udara raya, tuan punya layang-layang itu perlu menggenggam kuat talinya.
Begitulah juga dengan kehidupan kita. Walau tinggi mana kita berada, kita perlu berpegang kepada prinsip kita supaya jiwa kita teguh dan tidak mudah goyah dengan cabaran mendatang.
Prinsip tersebut adalah 5 S. Bukannya buat 5S yang didatangkan daripada negara Jepun, tetapi 5S itu :
Syukur
Setiap masa kita perlu bersyukur kerana terlalu banyak nikmat Allah SWT yang diberikanNya kepada kita.
Sedekah
Salah satu tanda syukur adalah bersedekah. Perbuatan ini merupakan tuntutan Islam kepada kepada untuk menjaga keharmonian individu dan masyarakat.
Sujud
Banyakkan bersujud iaitu bersolat. Solat yang wajib 5 waktu sehari semalam memang tidak boleh tinggal tetapi kita perlu tambah dengan pelbagai solat sunat yang diajarkan oleh Rasulullah SAW. Umpamanya solat sunat Dhuha, Tahajud, Witir, Rawatib dan sebagainya.
Suci
Bersuci boleh dibahagikan kepada dua keadaan iaitu suci zahir dan suci batin. Cara untuk menyucikan zahir kita adalah dengan mengangkat hadas besar dan hadas kecil.
Cara untuk kita menyucikan batin pula adalah dengan banyakkan beristighfar dan solat sunat Taubat.
Rasulullah SAW yang maksum sendiri tidak pernah berhenti beristighfar setiap hari 70 kali bagaimana dengan kita yang sering melakukan maksiat.
Selawat
Selawat adalah satu perbuatan yang dilakukan oleh Allah SWT dahulu dan kemudian Dia menyuruh pula kita berselawat kepada Rasulullah SAW.
Hebatnya amalan ini, sekali kita berselawat 10 kali Allah SWT berselawat kepada kita. Nabi SAW pula sayang kepada kita.
5 Prinsip Kejayaan Hidup ini merupakan amalan yang baik di sisi Islam. Ia saling berkait antara satu dengan yang lain. Semoga kita dapat beramal kesemuanya untuk berjaya di dunia dan di akhirat nanti.
5 Prinsip Kejayaan Hidup ini merupakan amalan yang baik di sisi Islam. Ia saling berkait antara satu dengan yang lain. Semoga kita dapat beramal kesemuanya untuk berjaya di dunia dan di akhirat nanti.
Tag :
Motivasi
15 Komentar untuk "5 Prinsip Kejayaan Hidup"
5s... nice share..
insan yang lemah pelru akur untuk lakukan amalan itu mana kurang harap dapat cover dengan yang mampu.amin
perkongsian yang bermanfaat.. 5 prinsip yang mudah, namun sukar untuk mengamalkannya secara istiqamah.. semoga kita semua berusaha untuk memperbaiki diri masing-masing agar menjadi lebih baik, insya-Allah..
zaza pun teringin nak pergi join seminar dr.azizan ni tp jauh dan keadaan yg xdpt nak join.. hanya sekadar langgan tip2 dari dia menerusi emel je.. ok la jugak.. :)
Alhamdulillah...walaupun saya tak berkesempatan ke seminar Dr. Azizan Osman, dapat juga saya dapat baca apa yang diajar oleh beliau dalam entri di blog ni. Penuh bermakna.
salam kejayaan selalu.....
kita memang lemah dan Allah Maha Kuasa
mari kita cuba amalkannya
insyaAllah nanti boleh pergi kalau dia datang ke tempat zaza zehra
salam kejayaan kembali
insya-Allah.. :D
mudah-mudahan kita dapat mengamalkan 5s ni secara berterusan :)
amin....itulah harapan kita
5 prinsip ni bukan susah kan nak kita ikuti,.cuma nafsu yang menjadi menghalang..
betul tu...tapi nafsu adalah penghalang yang kuat