Hari Ini Sudah Berselawat

Bayi 5 Bulan Meninggal Dunia Di Taska

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

"Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul"

Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
Kes kematian yang tidak mengenal usia semakin menjadi-jadi. Sebelum ini kita telah dengar kes kanak-kanak meninggal dunia di hempap televisyen di tempat asuhan.

Kini kita dikejutkan lagi dengan kes bayi 5 bulan meninggal dunia di taska Putrajaya. Berita penuh boleh didapati di Sinar Harian.



Bayi 5 Tahun Meninggal Dunia Di Taska, semasa, iktibar


Bayi 5 Tahun Meninggal Dunia Di Taska


Kejadian berlaku di Putrajaya. Mangsa yang bernama Mohd Danish Rayqal ditemui meninggal dunia oleh pengasuhnya di sebuah taska.

Pengasuh tersebut mendapati bayi tersebut sudah tidak bernyawa ketika hendak memandikannya pada kira-kira jam 3 petang.

Bapa bayi yang malang itu, Ismail Ramli, 28 berkata beliau bergegas ke Hospital Putrajaya sebaik sahaja dimaklumkan oleh pengasuh.

Apabila sampai ke hospital, bayi Ismail Ramli telah disahkan meninggal dunia. Lalu, beliau membuat laporan polis kerana meragui punca kematian anaknya yang sihat semasa dihantar ke taska pada pagi hari kejadian.

Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
Menurut, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid, pihak polis akan menjalankan siasatan.

Semoga keluarga mangsa bersabar dengan apa yang berlaku, kerana setiap kejadian, telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Bagi ibu bapa yang menghadapi kematian anaknya yang masih kecil, dia bakal menunggu ibu bapanya di pintu syurga, asalkan ibu bapanya bersabar dan redha.

Mari kita hadiahkan Al-Fatihah kepada bayi Mohd Danish Rayqal.

Mendengar kes sebegini, pasti merisaukan ibu bapa yang terpaksa menghantar anak-anak mereka kepada pengasuh dan pusat asuhan.

Semoga kita semua dilindungi Allah SWT.
24 Komentar untuk "Bayi 5 Bulan Meninggal Dunia Di Taska"

macam bermusim pulak kes2 ini...

mmg risau tapi tawakal kepada Allah adalah ubatnya...

Anak adalah pinjaman dan kita menumpang kebahagiaan dan kegembiraan dengan kehadiran mereka... hanya mampu berdoa dari jauh kerana kita menyayangi mereka hanya semata-mata kerana Maha Pencipta yang mengurniakan...

Al-Fatihah buat adik Mohd Danish Rayqal. semakin kerap ada kes macam ni.

Ya Allah...takut pula saya degar..mohon keluarganya tabah ya...

Assalammualaikum... saudara faizal,

wahh.. kes bayi meninggal di taska menjadi2 lah pulak kan..

mselim3

hal2 yang tidak ingin kita dengar...tapi terpaksa dengar

takziah dan alfatihah.. duit kita boleh cari untuk memberikan yang terbaik buat anak kita..tapi wahai pengasuh2 haruslah lebih bertanggungjawab!

takziah dan al fatihah..duit kita boleh cari untuk berikan yang terbaik untuk anak kita kan? tapi wahai pengasuh2 sekalian, bertanggungjawablah dengan amanah yang diberikan ketika kami ibu bapa bekerja.

aduhh..ada lagi kes macam ni. mudah-mudahan tak berulang dah..

Lima tahun masih lagi dalam kategori bayi ke

Back To Top