Hari Ini Sudah Berselawat

Kanak-Kanak Meninggal Dunia Dihempap Televisyen

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera 

Hari ini kita mendengar satu lagi berita sedih yang cukup memilu terutamanya bagi empunya diri yang mengalaminya.

Begitu banyak berita kematian yang melibatkan kanak-kanak sejak akhir ini. Sebelum itu telah pun berlaku kematian seorang kanak-kanak berumur 2 tahun yang meninggal dunia di laggar kereta.

Terbaharu, kematian seorang kanak-kanak kecil dengan asbab dihempap sebuah televisyen di sebuah pusat penjagaan kanak-kanak.

kanak kanak meninggal dunia dihempap televisyen


Berita kanak-kanak maut dihempap televisyen ini saya petik dari Harian Metro secara online. Untuk melihat gambar dan mengetahui berita penuhnya boleh beli akhbar Metro atau akhbar-akhbar yang lain.

Kanak-Kanak Meninggal Dunia Dihempap Televisyen


Kejadian berlaku di Gombak di mana seorang kanak-kanak perempuan dipercayai meninggal dunia setelah dihempap di kepalanya di sebuah pusat asuhan kanak-kanak di Taman Bersatu, Rawang.

Mangsa yang baru berusia setahun lapan bulan, Rabiatul Adawiyah Adlan Zulkarnain di kejarkan ke hospital Selayang dan dipercayai meninggal dunia semasa dalam perjalanan akibat parah di kepala.

Bapa kepada mangsa, Adlan Zulkarnain Mustafa yang berusia 40 tahun, kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Rawang.

Menurut bapanya yang bekerja di sebuah bank Kuala Lumpur, dia menghantar mangsa bersama seorang lagi anak perempuannya yang berusia empat tahun ke pusat asuhan terbabit pada jam 6.20 pagi sebelum dia bergerak ke tempat kerja.

Takziah saya ucapkan kepada keluarga si mati yang terlibat. Banyakkan bersabar dan redha serta ingatlah setiap yang berlaku adalah ketentuan Allah SWT.

Apa yang berlaku hari ini bertepatan dengan hadith yang pernah disabdakan oleh Rasulullah SAW kepada kita semua suatu ketika dahulu. 

Mafhum, baginda menyatakan bahawa akhir zaman ini, banyak berlakunya kejadian yang mendatangkan kematian secara mengejut.

Walaubagaimanapun, kematian secara mengejut ini ada rahsia di sebaliknya. Menurut Imam Qurtubi, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang bermaksud bahawa mati mengejut bagi orang yang baik adalah nikmat, manakala mati mengejut bagi yang zalim dan jahat adalah azab.

Semakin hari semakin jelas kebesaran Allah SWT yang ditunjukkan di hadapan mata kita secara jelas sebagai peringatan kepada kita agar jangan leka dengan dunia.

Mudah-mudahan kita ditempatkan dalam kalangan orang yang soleh dan mendapat nikmat di dunia dan akhirat.

Rezeki yang berkat boleh membawa kita ke akhirat dengan tenang dan damai. In sha Allah.


16 Komentar untuk "Kanak-Kanak Meninggal Dunia Dihempap Televisyen"

takziah dan al-fatihah.. ajal kita juga rahsia Allah.. jika tak disebabkan terhempap televisyen pun, mungkin dia akan mati juga disebabkan oleh benda lain.. televisyen itu hanyalah penyebabnya saja..

Takziah buat keluarga adik Rabiatul Adawiyah.
sangat menyanyat kes-kes macam ni. harap ada siatan lengkap dan sop yang lebih baik untuk elakkan perkara ni berulang.

Semoga keluarga mangsa bersabar dan redha. Cadangan Tuan Denai Hati, saya sokong sangat2

Turut berduka cita atas meninggalnya balita umur 2 tahun. semoga yang mendapat musibah diberikan kesabaran dan ketabahan

Menitipkan anakkepada orang lain itu adalah suatu dilema. Memang sebaiknya kita sendiri yang mengurus anak, namun apa daya ketika tuntutan pekerjaan mengharuskan lain. Inilah resikonya

Sentuhan orang tua dengan sentuhan orang lain apalagi jasa penitipan anakmemang berbeda. Orientasi bisnis dengan keikhlasan mengasuh sangat jauh perbedaannya

Kasihan sekali ya, dituntut gak tu pengelolanya ya? Harus itu biar mendapatkan pelajaran

Satu point penting, hati-hati terhadap pengasuhan anak...

betul tu...tapi saya rasa perlunya ada pihak berkuasa memantau pusat asuhan dengan rapi

betul tu...antara pelajaran akhlak agar mereka ikhlas dalam melakukan kerja

sentuhan orang tua penyai kasih sayang yang tulus

Ewah ewah... pepandai jer dia karang... tah betul tah tidak...
hehe gurau jer ... best cerita nie .. thanks.

Also visit my blog post :: Buat Duit Online

Back To Top