Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera
Dua tinggalan Rasulullah SAW sebelum baginda pergi adalah Al-Quran dan Hadith yang wajib kita jadikan panduan hidup.
Firman Allah SWT dalam sebuah hadith qudsi yang bermaksud:
Dari Ibnu Mas'ud RA. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud (mafhumnya) :
Sememangnya Allah SWT mengasihi kita yang berusaha mencari rezeki yang halal dengan titik peluh sendiri untuk memenuhi keperluan dan tanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga dan masyarakat.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud (mafhumnya) :
Firman Allah SWT dalam sebuah hadith qudsi yang bermaksud:
Firman Allah SWT dalam Al-Quran, Surah Jin, Ayat 16, yang bermaksud:
Firman Allah SWT dalam sebuah hadith qudsi yang bermaksud:
Firman Allah SWT dalam sebuah hadith qudsi yang bermaksud:
Firman Allah SWT dalam sebuah hadith qudsi yang bermaksud:
Semamangnya, kita sebagai umat Islam patut rasa bersyukur kerana Allah SWT telah menghantar kepada Rasulullah SAW yang ditugaskan untuk menyatakan kebenaran.
Untuk hidup di atas dunia ini kita perlukan panduan hidup yang telah digariskan dalam Al-Quran dan Hadith.
Segala perkara ada dinyatakan dalam Al-Quran dan Hadith, cuma kita perlu belajar, mengkaji dan mengamalkan dalam kehidupan kita.
Hari ini saya ingin kongsikan beberapa rahsia kekayaan dan keberkatan rezeki yang sememangnya dicari-cari oleh kita semua.
Semua rahsia kekayaan dan keberkatan rezeki ini sebenarnya terkandunga dalam Al-Quran dan Hadith.
Rahsia Kekayaan Dan Keberkatan Rezeki
Allah memberi kekayaan seandainya kita takutkan neraka
Firman Allah SWT dalam sebuah hadith qudsi yang bermaksud:
"Wahai manusia, sekiranya engkau takut kepada neraka sebagaimana engkau takut kepada kemiskinan, nescaya aku akan memberi kekayaan kepada mu daripada jalan yang tidak dapat engkau jangkakan." (Hadith Qudsi, Imam Ghazali, Nasihat dan Bimbingan. Tahqiq: Dr. Abdul Hamid Salil Hamdan.)
Allah memberi kekayaan seandainya kita memohon kepadaNya
Dari Ibnu Mas'ud RA. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud (mafhumnya) :
"Sesiapa yang jatuh miskin, kemudian dia meminta bantuan kepada orang lain, pasti orang itu tidak dapat menghilangkan kemiskinannya. Tetapi, jika dia menujukan permohonannya hanya kepada Allah, pasti Allah akan mencukupinya dengan usia yang singkat atau dengan memberikan kekayaan segera." (Hadith Riwayat Abu Daud)
Allah kasihkan orang yang mencari harta yang halal
Sememangnya Allah SWT mengasihi kita yang berusaha mencari rezeki yang halal dengan titik peluh sendiri untuk memenuhi keperluan dan tanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga dan masyarakat.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud (mafhumnya) :
"Mereka yang mencari harta dunia (kekayaan) dengan jalan yang halal dan menahan dirinya dari meminta-minta (tidak menjadi pengemis) dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam." (Hadith Riwayat At-tabrani)
Allah curahkan rezeki orang yang luangkan waktu beribadat
Firman Allah SWT dalam sebuah hadith qudsi yang bermaksud:
"Wahai manusia curahkan waktumu untuk beribadat kepadaKu, akan Ku penuhi hatimu dengan kekayaan, Aku beri keberkatan pada rezekimu dan aku semayamkan rasa tenteram dalam dirimu. Jangan lalai daripada mengingatiKu, jika engkau leka dan lalai, maka Aku akan penuhi hatimu dengan kefakiran, jasadmu sentiasa merasa letih dan penat dan dadamu berdukacita."(Hadith Qudsi, Imam Ghazali, Nasihat dan Bimbingan. Tahqiq: Dr. Abdul Hamid Salil Hamdan.)
Allah limpahkan rezeki kepada orang yang berada di atas jalanNya
Firman Allah SWT dalam Al-Quran, Surah Jin, Ayat 16, yang bermaksud:
"Jika mereka itu tetap berada di atas jalan Allah, pasti Allah akan memberikan kepada mereka itu rezeki dan kekayaan yang melimpah ruah."
Allah memberi kekayaan kepada orang yang qanaah.
Firman Allah SWT dalam sebuah hadith qudsi yang bermaksud:
"Wahai sekalian manusia, bersifat qanaahlah, engkau akan kaya. Jauhilah sifat hasad supaya engkau mesra tenteram dan jauhilah perbuatan haram supaya agamamu menjadi bersih."(Hadith Qudsi, Imam Ghazali, Nasihat dan Bimbingan. Tahqiq: Dr. Abdul Hamid Salil Hamdan.)
Allah memberi berdasarkan pemberian kita kepada orang miskin
Firman Allah SWT dalam sebuah hadith qudsi yang bermaksud:
"Wahai sekalian manusia, perbendaharaanKu tidak akan habis selama-lamanya. Sebanyak mana engkau memberi, sebanyak itulah yang Ku berikan untukmu. Sejauhmana engkau tahan, sejauh itulah pula yang Ku tahan daripadamu. Kekikiranmu memberi bantuan kepada orang-orang miskin daripada harta yang Ku kurniakan kepadamu, adalah kerana engkau berburuk sangka terhadap Ku dan kerana takut menjadi miskin atau kerana engkau tidak percaya kepadaKu."
"Kerana, sesungguhnya Ku jadikan engkau sejak semula mempunyai keinginan yang besar akan harta. Kerana itulah Aku tlah memberimu harta. Sekarang, patutlah engkau tidak kikir dan bakhil membahagikan hartamu itu kepada hamba-hambaKu; Aku telah pun menjamin gantinya, dan janjikan balasannya." (Hadith Qudsi, Imam Ghazali, Nasihat dan Bimbingan. Tahqiq: Dr. Abdul Hamid Salil Hamdan.)
Redha Allah kepada kita yang redha kepada Nya
Firman Allah SWT dalam sebuah hadith qudsi yang bermaksud:
"Sesiapa yang redha akan bahagian yang telah Ku tetapkan baginya, maka aku beri keberkatan pada harta dan rezekinya; dunialah yang datang mengerjakannya, meskipun ia tidak menghendakinya."(Hadith Qudsi, Imam Ghazali, Nasihat dan Bimbingan. Tahqiq: Dr. Abdul Hamid Salil Hamdan.)
Untuk mengetahui bagaimana sistem menjemput rezeki dilaksanakan, boleh download ebook sistem menjemput rezeki.
3 Komentar untuk "Rahsia Kekayaan Dan Keberkatan Rezeki"
rezeki ada cuma rajin berusaha , mencari dan berdoa selalu
betul tu...saya setuju
Kunci rezeki solat dhuha