Jom Kita Berselawat

Kata-Kata Dr Yusuf Al-Qardawi Tentang Internet

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Siapa yang tidak kenal dengan ulama besar masa kini iaitu Sheik Dr Yusuf Al-Qardawi? Beliau merupakan ulama dunia yang cukup tersohor.

umat Islam seluruh dunia, kata-kata hikmah





Biografi Ringkas Dr Yusuf Al-Qardawi


Nama penuh tokoh ulama ini ialah Yusuf bin Abdullah bin Ali bin Yusuf dan dilahirkan di desa Shafat al-Turab, Mahallah al-Kubra Negeri Gharbiah, Mesir pada 9 September 1926 bersamaan 1344H. 


Al-Qaradhawi merupakan nama kelurganya. Nama ini diambil dari sebuah daerah yang bernama al-qardhah. Dan dinisbahkan kepada keturunannya. 

Diceritakan bahawa beliau berasal dari keluarga yang kuat beragama. Bapanya bekerja sebagai petani dan keluarga sebelah ibunya bekerja sebagai peniaga. 

Beliau menjadi yatim ketika berusia 2 tahun setelah ayahnya meninggal dunia. Kemudian beliau dipelihara oleh bapa saudaranya bernama Ahmad. 

Ketika berusia 5 tahun, Yusuf telah dihantar ke Kuttab di kampungnya untuk menghafaz al-Quran.

Apabila usianya menjangkau 7 tahun, beliau memasuki sekolah rendah (madrasah Ilzamiyyah) yang diuruskan oleh Kementerian Pendidikan. 

Di sekolah ini, beliau belajar matematik, sejarah, kesihatan dan lain-lin. Yusuf sejak kecil lagi mendapat pendidikan secara formal melalui sekolah kerajaan di sebelah pagi dan pendidikan agama (al-Kuttab) di sebelah petang.

Sejak kecil lagi beliau telah menunjukkan ciri-ciri ulama. Bakatnya terserlah apabila sering dipanggil untuk menjadi imam dan syarahan agama di Masjid kampungnya. 

Semasa beliau belajar di Maahad Agama Tanta peringat rendah, ibunya telah meninggal dunia. Ketika itu beliau berusia 15 tahun. Setelah tamat Maahad Tanta, beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti al-Azhar.

Pada tahun 1952/1953, beliau berjaya menyelesaikan kuliah di Fakulti Usuluddin. Beliau tamat dengan menjadi pelajar terbaik dari 180 orang mahasiswa. 

Yusuf kemudiannya mengambil pengkhususan di fakulti Bahasa Arab selama dua tahun. Beliau memperolehi ijazah sarjana dan diploma pendidikan dengan pangkat pertama daripada 500 orang mahasiswa. Pada tahun 1957, beliau menyambung pelajaran ke Akademi Kajian Bahasa Arab Tinggi yang dikelolakan oleh Liga Arab sehingga memperolehi diploma Bahasa Arab dan Sastera.

Dalam waktu yang sama, Yusuf mendaftar calon ijazah tinggi di Fakulti Usuluddin dalam bidang tafsir dan hadith sehingga menamatkan pengajian pada tahun 1960. 

Kemudian, beliau menyiapkan diri untuk mendapatkan untuk mendapatkan Ph.D dalam fiqh al-Zakat yang diwajibkan untuk diselesaikan dalam masa dua tahun. 

Oleh kerana keadaan politik Mesir cukup gawat ketika itu, beliau terpaksa menanguhkan pengajiannya selama 13 tahun.

Akhirnya pada tahun 1973, beliau berhasil memperolehi ijazah Ph.d. Tesis tersebut mendapat pujian dan menjadi kebanggaan kebanyakan ulamak termasuk Mawdudi dan Muhammad Mubarak.

Kata-Kata Dr Yusuf Al-Qardawi Tentang Internet

Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam, menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu Jihad Utama.

Demikianlah salah satu Kata-Kata Dr Yusuf Al-Qardawi Tentang Internet. Bukan setakat kata-katanya sahaja yang menjadi pegangan , malah fatwanya juga sering menjadi rujukan umat Islam seluruh dunia.

4 Komentar untuk "Kata-Kata Dr Yusuf Al-Qardawi Tentang Internet"

Assalammualaikum..faizal,

siapa yang x kenal dengan ulamak terkenal nie kan.. Yusuf Al-Qardhawi mselim3 selalu baca buku karangannya.

mselim3

tahniah tuan Mohd Selim Zainal kerana sentiasa membaca buku agama

Back To Top