Jom Kita Berselawat

Pelatih PLKN Meninggal Dunia

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Setiap orang pasti akan menemui kematian dan masa bila nyawa dicabut memang tidak mengenal usia sama ada tua atau muda.

Jangan ingat sudah tua baru akan mati kerana berita terbaharu di negara kita, seorang pelatih PLKN dilaporkan telah meninggal dunia.

Berita lengkap boleh dirujuk di Sinar Harian Online.

Pelatih PLKN Meninggal Dunia


Kejadian berlaku di negeri Pahang di Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem Pinggiran Pelangi, Muadzam Shah.

Mangsa didapati meninggal dunia di Hospital Muadzam Shah, selepas ditemui rakannya dalam keadaan tidak sedarkan diri di bilik air, kira-kira jam 12.04 tengah malam.

Muhammad Suhaimi Norhamidi, 18 tahun dari Kerdau, Temerloh dijumpai oleh seorang rakannya dalam keadaan terbaring.

Pelatih PLKN Kem Pinggiran Putra meninggal dunia


Kemudian, rakannya itu memanggil ketua komanden kem yang kemudiannya menghantar mangsa ke Hospital Muadzam Shah sebelum disahkan meninggal dunia.


Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan Jabatan Khidmat Negara, Rozainor Ramli, ketika dihubungi Bernama berkata punca kematian masih dalam siasatan.

Kematian Tidak Mengenal Usia

Berita kematian hanyalah salah satu daripada jutaan kematian yang berlaku dalam kalangan rakyat Malaysia di ketika usia yang muda.

Bukan setakat itu sahaja, banyak lagi kes-kes kematian yang melibatkan anak-anak kecil ataupun bayi yang baru lahir.

Oleh sebab itu, kita dinasihatkan agar sentiasa mengingati mati. Barulah kehidupan kita lebih tertumpu ke arah kebaikan.

Kelebihan Mengingati Mati

Antara kelebihan mengingati mati adalah:

Kita akan sentiasa memohon ampun kepada Allah SWT
Kita akan sentiasa bersemangat untuk beribadah kepada Allah SWT
Kita akan sentiasa menjaga urusan kehidupan kita sama ada kecil atau besar
Kita akan sentiasa berusaha menjauhi perbuatan dosa

Semoga entri ini memberi manfaat untuk saya dan pembaca sekalian. Selamat menuntut ilmu dan beramal.


4 Komentar untuk "Pelatih PLKN Meninggal Dunia"

Assalamualaikum. sheila juga bekas PLKN.. ini belog Faizal mohamad twon tawi ya? kalau nak sheila review. silalah klik entri dibawah ni. ada syarat mudah. hehehe :)
http://www.sheilashahfiekry.my/2013/09/review-blog-20.html

Waalaikumussalam...terima kasih..In Sha Allah nanti saya penuhi syaratnya.

Back To Top