Hari Ini Sudah Berselawat

Rezeki Sudah Ditetapkan

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Kalau kita rajin ke kedai buku, kita akan dapati banyak buku-buku yang cuba menterjemah dan memberi pengetahuan tentang maksud rezeki.

Hari ini saya ingin kongsikan beberapa perkara yang berkaitan dengan rezeki. Mudah-mudahan entri ini dapat memberi kefahaman kepada diri saya dan sesiapa sahaja.

Rezeki Sudah Ditetapkan, jemput rezeki, sistem.


Maksud rezeki memang luas sebenarnya. Ia bukan sekadar tertakluk kepada wang ringgit semata-mata. 

Perkataan rezeki berasal daripada perkataan arab 'rizq', yang secara literalnya bermaksud 'sesuatu yang diberkan atau dikurniakan'.

Seperti yang saya nyatakan tadi, rezeki mempunyai maksud yang luas. Ia termasuk juga badan yang sihat, mampu tersenyum, dipermudahkan urusan untuk melakukan tugasan atau pergi ke sesuatu tempat dan dapat tidur dengan lena.

Allah adalah pemberi rezeki yang mutlak. Dia memberi sesiapa sahaja rezekiNya. Sama ada umat Islam atau bukan Islam.

Ia adalah refleksi kepada sifat Allah iaitu Allah Maha Pengasih.

Namun begitu, hanya dengan sifat Allah yang memberi rahmat, ia khas untuk umat Islam sahaja. Oleh sebab itu, hanya umat Islam yang terpilih peroleh rahmat Allah.




Rezeki Sudah Ditetapkan

Hakikatnya, rezeki kita telah ditetapkan sejak dari dalam perut ibu lagi. Ia dijelaskan dalam sebuah hadith yang bermaksud:

Daripada Ibn Mas'ud R.A. katanya, Rasulullah SAW meriwayatkan kepada kami dan ia adalah seorang yang benar serta dibenarkan. Sabdanya:"Sesungguhnya seorang kamu dihimpunkan di dalam perut ibunya selama empat puluh hari dalam bentuk setitis air, kemudian menjadi seketul darah selama itu kemudian sepotong daging selama itu.

Kemudian diutuskan kepada malaikat lalu ditiupkan roh kepadanya dan diperintahkan dengan empat perkara iaitu ditulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan sama ada celaka atau bahagia ia.
Demi sesungguhnya seseorang kamu benar-benar beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka hanyalah sehasta lalu ketentuan mendahuluinya maka dia beramal dengan amalan ahli syurga lalu ia memasukinya. " (Bukhari dan Muslim)

Namun begitu, penting untuk kita membuka rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah untuk kita tuai hasilnya.

Kita boleh lihat dalam kehidupan kita atau orang lain, bagaimana seseorang itu dapat berjaya dalam sesuatu bidang.

Apabila beliau menjalankan bisnes A, bisnesnya tidak maju. Kemudian, beliau beralih ke bisnes B, semakin baik.

Lantas, beliau beralih ke bisnes C, bisnesnya berkembang maju, pesat dan semakin membangun dengan deras.

Ia bermaksud, pintu rezekinya adalah dalam bisnes C. Oleh itu, penting untuk kita berusaha mencari pembuka rezeki yang telah Allah tetapkan kepada kita.

Doa Petunjuk Rezeki

Antaranya dengan doa, contoh skrip;

“Ya Allah, saya pohon, agar Kau memberitahu saya, apakah bisnes yang apabila saya lakukan sedikit, saya perolah hasil yang banyak. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah.”





Untuk mengetahui sistem menjemput rezeki yang lebih sistematik boleh rujuk ebook 70 formula rezeki melimpah rauh.

Semoga Allah memberi kemurahan kepada rezeki kita.


5 Komentar untuk "Rezeki Sudah Ditetapkan"

Back To Top