Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
Semasa sekolah dahulu saya sempat belajar jawi dengan seorang guru. Pada asalnya dia mengajar subjek Matematik dan subjek Tulisan Jawi diajarkan oleh seorang ustaz.
Namun, setelah ustaz itu bertukar sekolah kalau saya tidak silap, guru yang menggantikan beliau adalah guru Matematik kami.
Inilah satu kelebihan orang lama, tulisan jawi memang menjadi kemahiran oleh para guru meskipun mereka bukan dari bidang agama.
Walaupun saya tidak berapa mahir menulis dengan tulisan Jawi, namun saya memang gemar membaca dan melihat kesenian khat tulisan Jawi ini. Rasa tenang di jiwa.
Kalau dengar cerita orang lama, tulisan Jawi ini merupakan tulisan bangsa Melayu, tetapi sayangnya hari ini tulisan ini semakin ditinggalkan.
Lebih menyedihkan lagi seorang Pejuang Tulisan Jawi yang begitu gigih memartabatkan tulisan ini telah Meninggal Dunia.
Pejuang Tulisan Jawi |
Pejuang Tulisan Jawi Meninggal Dunia
Mungkin tidak ramai yang kenal siapa Pejuang Tulisan Jawi Meninggal Dunia yang saya maksudkan ini.
Nama penuh beliau adalah Mohammad @ Mokhtar Talib @ Pak Matlob. Tinggal di Batu Pahat, Johor.
Beliau meninggal dunia di rumahnya Semerah, setelah di serang angin ahmar kira-kira dua tahun lalu.
Pemergiannya kira-kira pada jam 6.10 petang ketika umurnya 76 tahun di sisi isterinya, Kalifah Md Yusof yang berusia 60 tahun.
Menurut Kalifah, suaminya meninggal dunia selepas selesai majlis marhaban yang di adakan di rumahnya sempena Aidilfitri.
“Tidak lama selepas kumpulan marhaban pulang, saya rasa tangan arwah sejuk, matanya asyik memandang muka saya dan selang beberapa minit kemudian, arwah memalingkan muka dan memejam mata. Dia pergi dengan senang dan tenang. Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Nibong, dekat sini pagi esok (hari ini),” katanya.
Ketika majlis marbahan berlangsung, Almarhum sempat melayan ahli kumpulan marhaban dengan baik malahan sempat meminta maaf.
Pejuang Tulisan Jawi ini merupakan seorang guru suatu ketika dahulu. Semasa mengalami lumpuh, beliau menggunakan kerusi roda.
Di lahirkan pada 5 Julai 1937. Semasa hayatnya, beberapa karya telah dihasilkan menerusi tulisan Jawi. Antaranya, lebih 20 judul buku panduan mengajar tulisan, lebih 100 novel ramaja serta kanak-kanak dan skrip drama.
Marilah sama-sama kita hadiahkan kepada Allahyarham, Al-Fatihah, semoga rohnya dicucuri rahmat.
Tag :
isu semasa
0 Komentar untuk "Pejuang Tulisan Jawi Meninggal Dunia"