Hari Ini Sudah Berselawat

Pelakon Maimunah Mutalib Telah Meninggal Dunia

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Rasulullah SAW pernah berpesan kepada kita bahawa orang yang paling bijak adalah orang yang sentiasa mengingati mati.

Oleh sebab itu, kalau kita baca kisah hidup Imam Ghazali, semasa hayatnya beliau sering dilihat membawa kain putih bersamanya. 

Apabila ada orang bertanya kepada beliau mengapa dibawa kain putih itu. Beliau menjawab kain itu adalah kain kafannya.

Begitulah sedikit sebanyak kisah Imam Ghazali dengan kain putih yang selalu dibawanya. Beliau memang seorang yang bijak.

Pelakon Maimunah Mutalib Telah Meninggal Dunia

Pelakon Maimunah Mutalib Telah Meninggal Dunia

Semalam saya terbaca berita Pelakon Maimunah Mutalib Telah Meninggal Dunia. Post saya sebelum ini adalah berkenaan dengan Pejuang Tulisan Jawi Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR: Pelakon veteran Maimon Mutalib meninggal dunia pukul 2.20 petang tadi di kediamannya di Seksyen 17, Shah Alam. 

Allahyarhamah menghembuskan nafasnya yang terakhir setibanya di rumah selepas dibenarkan keluarkan daripada Pusat Perubatan Universiti Malaya, Petaling Jaya. 

Allahyarhamah disahkan menghidap kanser payu dara tahap keempat pada 2012. 

Jenazah Allahyarhamah dijangka akan dikebumikan pada malam ini di kampung halamannya di Tangkak, Johor 

Pelakon drama dan filem terkenal itu meninggalkan lima orang anak, Kamarul Syahid Keristifa, 34, Surayatul Nadia Keristifa, 32, Surayatul Natasya Keristifa, 25, serta sepasang kembar Abdul Rahman Haji Keristifa dan Abdul Rahman Haj Keristifa, 16.


Marilah kita sedekah Al-Fatihah kepada Almarhumah. Semoga Allah mengampunkan dosa beliau.

Saya postkan berita Pelakon Maimunah Mutalib Telah Meninggal Dunia untuk memberi keinsafan buat diri saya sendiri dan kepada sesiapa yang membaca blog ini.

Seandainya kita perasan, setiap hari ada sahaja berita kematian yang kita dengar atau baca sama ada kita kenal ataupun tidak. 

Bukankah ini semua peringatan Allah SWT untuk memberi peluang kepada kita bertaubat dan membuat  kebaikan .

Kematian pasti datang! Sudahkah kita bertaubat dan membuat persediaan menghadapi masa kita meninggal dunia pula. 

Astaghfirullahal 'azim..Ya Allah ampun dosa ku...


Tag : isu semasa
4 Komentar untuk "Pelakon Maimunah Mutalib Telah Meninggal Dunia"

al-fatihah untuk beliau.. semoga ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan beraal soleh.. takziah kepada keluarga beliau..

Al-fatihah, semoga roh arwah ditempatkan dikalangan hambaNya yang soleh.

Back To Top