Hari Ini Sudah Berselawat

Kata-Kata Hikmah Sultan Harun Al-Rasyid

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera


Kadang-kadang, kata-kata yang pendik dan ringkas tetapi padat lebih memberi kesan kepada hati manusia.


Kata-kata sebegini dikategorikan sebagai kata-kata hikmah dan suatu kata-kata yang dikeluarkan oleh seorang pemimpin yang adil lagi hebat.



Hari ini saya ingin kongsikan Kata-Kata Hikmah Sultan Harun Al-Rasyid yang sepatutnya kita ketahui dan hayati.

Selain Sultan Harun Al-Rasyid terdapat nama lain yang cukup hebat dari segi pemerintahan secara Islam.

Nama lain Sultan yang menerajui kerajaan yang menjadikan Islam sebagai perlembagaan bagi meneruskan legasi pemerintahan Rasulullah SAW.

Sultan-sultan tersebut adalah:
  1. Saifuddin Qutuz yang menjadi pemerintah semasa Dinasti Mamluk
  2. Salahuddin Al-Ayybi yang menjadi pemerintah semasa Dinasti Ayyubi
  3. Muhammad Al-Fateh yang menjadi pemerintah semasa Dinasti Uthmaniyaah

Sejarah Ringkas Sultan Harun Al-Rasyid


Harun Al-Rasyid merupakan pemerintah ke lima kerajaan Abbsiyah pada tahun 786M sehingga tahun 809 M.

Lahir di Rayy, Iran pada tahun 149H bersamaan dengan 766M. Ibunya pula bernama Khaizuran yang berasal dari Yaman.


Ayahandanya ialah Al-Mahdi Bin Abu Jaafar Al-Mansur yang juga menjadi khalifah ketiga Dinasti Abbasiyah dalam tahun 755M hingga 785M.

Sebelum menjadi pemerintah, beliau bertungkus-lumus menuntut ilmu agama dan ilmu pemerintahan di istana dengan bimbingan Yahya Bin Khalid.

Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai gabenor Al-Saifah pada tahun 163H/779M dan gabenor Maghribi pada tahun 164H/780M.


Selain itu, pada tahun 779M hingga 780 M dan 781M hingga 782M, belaiu pernah memimpin pasukan tentera untuk menyerang Byzantium.


Di bawah pemerintahan Sultan Harun Al-Rasyid, Dinasti Abbasiyah berjaya mencapai tahap yang tinggi dalam bidang ekonomi, perdagangan wilayah, ilmu dan beradaban Islam.

Malahan, wilayah kekuasaan Harun Al-Rasyid terbentang dari daerah Laut Mediterranean di barat hingga ke timur India.

Kata-Kata Hikmah Sultan Harun Al-Rasyid


"Saya tidak berbangga dengan hasil yang bukan saya rencanakan sebagaimana saya tidak menyesal dengan usaha dan rencana yang saya lakukan bersungguh-sungguh walaupun hasilnya gagal.

   Harun Al-Rasyid

Dalam erti kata yang mudah, saya rasakan Sultan Harun Al-Rasyid menggalakkan kita berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu pekerjaan.


Usah mengambil kesempatan daripada hasil usaha orang lain. Buatlah kerja kita walaupun kerja yang kita rancang tidak mendatangkah hasil yang kita inginkan.

Anda bagaimana?

Semoga Kata-Kata Hikmah Sultan Harun Al-Rasyid ini dapat memberi panduan kepada kita dalam menjalani hidup di dunia ini.

Anak pintar cerdas
2 Komentar untuk "Kata-Kata Hikmah Sultan Harun Al-Rasyid"

Assalammualaikum... saudara faizal,

mselim3 memang sangat2 suka entry macam nie..

tersentuh hati dengan kata2 hikmah Sultan Harun Al-Rasyid

mselime

Waalaikumussalam...terima kasih banyak2. mudah-mudahan Allah SWT memberi ruang untuk kita sentiasa ingat mengingati.

Back To Top