Jom Kita Berselawat

Kumpul RM 2 Sehari Untuk Ke Mekah

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Jiwa saya cukup terkesan dan malu dengan seorang warga emas yang begitu tabah dan bersemangat demi menunaikan ibadah Haji di Mekah.

Dengan hanya kumpul RM 2 sehari, beliau akhirnya diperkenankan oleh Allah SWT untuk menunaikan haji di Mekah. Masya Allah...

Kisah sebenar tentang ketabahan seorang warga emas mengumpul RM 2 sehari untuk ke Mekah saya tonton di Astro Awani.



Kumpul RM 2 Sehari Untuk Ke Mekah


Ketabahan seorang warga emas menyimpan RM 2 sehari hasil upah mengurut ibu bersalin akhirnya membuahkan hasil apabila dapat menunaikan haji tahun ini.

Walaupun tidak seberapa, namun Siti Aminah Bt Arifin tetap menyimpan hasilnya sejak 40 tahun yang lalu.

Warga emas ini merupakan antara 100 jemaah haji dari Negeri Kedah yang terpilih untuk menunaikan ibadah haji.

Meskipun hasratnya untuk  menunaikan haji bersama suaminya tidak tercapai, namun Siti Aminah tetap bersyukur dengan apa yang dicapainya kini. 

Wanita berusia 84 tahun itu berharap dapat melakukan ibadah tersebut dengan sempurna dan diberikan kesihatan yang baik. 

In Sha Allah, beliau akan berangkat ke Tanah Suci Mekah pada 11 September 2013 ini. Mudah-mudahan Allah SWT makbulkan doa beliau.

Kalau kita boleh kumpul duit untuk membeli barang-barang yang mahal seperti rumah, kereta mengapa kita tidak kumpulkan duit untuk ke Mekah?

Astaghfirullahal 'azim...

2 Komentar untuk "Kumpul RM 2 Sehari Untuk Ke Mekah"

siapa sangka hanya dengan RM2.00 sehari boleh merealisasikan impian beliau.. semoga segala urusan beliau dipermudahkan oleh Allah.. :D

Amin..Sebaik terdengar berita ni saya tepegun .

Back To Top