Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera
Meskipun kita kurang ilmu tentang al-Quran namun tuntutan untuk beramal dengan setiap panduan yang ada didalamnya tidak boleh dipandang remeh. Ia tuntutan yang wajib ke atas setiap diri kita.
Dalam dunia yang penuh dengan kesibukan hari ini, mungkin kita merasakan sukar untuk menyediakan masa bagi memahami kata-kata Al-Quran.
Sebenarnya kita mampu melakukannya. Mintalah kepada Allah SWT supaya kita diberi peluang untuk memahami kata-kata Al-Quran ini.
Kita juga perlu berusaha bersungguh-sungguh mencari peluang dan ruang untuk melakukannya. Di sini saya kongsikan beberapa cara yang boleh kita amalkan.
Bagi yang sibuk dengan tugasan harian bolehlah menyediakan Quran digital yang mempunyai terjemahnnya sekali.
Quran digital ini boleh dimasukkan ke dalam telefon bimbit, tablet, ipad dan sebagainya. Kita boleh membacanya ketika waktu rehat, sambil menunggu bas dan sambil menjamu selera.
Selain itu, kita boleh mendengar Quran ini semasa dalam perjalanan ke tempat kerja bagi yang menaiki kenderaan awam ataupun kereta.
Bagi yang mempunyai masa yang panjang seperti suri rumah atau pesara seharusnya menyediakan masa yang banyak untuk memahami kata-kata Al-Quran.
Mari kita cuba amalkan aktiviti mulia ini. Semoga Allah SWT memberikan kita perasaan tenang dan damai.
Bacaan tambahan:
Quranic Law Of Attraction
Sebagai umat Islam, dua perkara yang perlu kita rujuk untuk menjalani kehidupan di atas muka bumi ini adalah Al-Quran dan Hadith Rasulullah SAW.
Al-Quran bukan sahaja kitab suci yang perlu kita baca setiap hari seperti membaca surat khabar tanpa perlu kita fahami dan hayati isi kandungannya.
Seandainya kita sekadar membaca sahaja bagaimana mungkin ia boleh menjadi panduan hidup kita ini sedangkan di dalamnya terkandung segenap segi petunjuk untuk kita.
Lantaran itu, kita wajib menuntut ilmu berteraskan Al-Quran untuk kita ketahui isi kandungannya dan seterusnya memudahkan kita untuk beramal.
Untuk beramal isi kandungan Al-Quran tidak semsetinya tunggu kita jadi alim dengan memahami setiap hurufnya tetapi kita perlu amal panduannya sejak cukup umur sehingga bercerai nyawa kita.
Sehubungan itu, ingin saya kongsikan hari ini Dua Cara bertindak Balas Dengan Al-Quran walaupun kita bukan ustaz atau orang yang alim tentang Al-Quran.
Quran adalah ubat untuk keluar daripada kesesatan, penyembuh penyakit dan pemahaman mengenai kewajipan dan juga peraturan hukum. Quran adalah kurnia yang menghadirkan sejuta kurnia. (Ibnu al-Jauzi, Zadul Mesir)
Dua Cara Bertindak Balas Dengan Al-Quran
Meskipun kita kurang ilmu tentang al-Quran namun tuntutan untuk beramal dengan setiap panduan yang ada didalamnya tidak boleh dipandang remeh. Ia tuntutan yang wajib ke atas setiap diri kita.
Membaca Al-Quran Walau Seminit
Oleh itu, kita perlu membaca Al-Quran walaupun seminit sehari. Kenapa seminit? Dalam buku One Minute For Myself, Spencer Johnson ada menyatakan bahawa dalam satu minit yang beliau sediakan untuk merenung diri sendiri dapat mengubah dirinya sekaligus dia boleh mengubah keseluruhan harinya.
Apatah lagi jikalau kita dapat membaca Al-Quran sekurang-kurangnya seminit setiap hari secara berterusan.
Apabila amalan sebegini dapat diteruskan, kita dapat merasakan bahawa Al-Quran menjadi keperluah hidup kita.
Kita mampu meraih bahagia. Kegelisahan berubah menjadi ketenangan, kesempitan menjadi kelapangan dan ketakanan menjadi kedamaian.
Amalan yang dipraktikan ini juga memberi kesan kepada hati kita. Ketika kita lupa membaca Al-Quran, hati kita akan menjadi gundah gulana seperti ada kehilangan sesuatu.
Ini bermaksud hati kita dan Al-Quran sudah bersatu. Kita sudah dapat berhubung dengan nilai-nilai Al-Quran.
Fahami Kata-Kata Al-Quran
Dalam dunia yang penuh dengan kesibukan hari ini, mungkin kita merasakan sukar untuk menyediakan masa bagi memahami kata-kata Al-Quran.
Sebenarnya kita mampu melakukannya. Mintalah kepada Allah SWT supaya kita diberi peluang untuk memahami kata-kata Al-Quran ini.
Kita juga perlu berusaha bersungguh-sungguh mencari peluang dan ruang untuk melakukannya. Di sini saya kongsikan beberapa cara yang boleh kita amalkan.
Bagi yang sibuk dengan tugasan harian bolehlah menyediakan Quran digital yang mempunyai terjemahnnya sekali.
Quran digital ini boleh dimasukkan ke dalam telefon bimbit, tablet, ipad dan sebagainya. Kita boleh membacanya ketika waktu rehat, sambil menunggu bas dan sambil menjamu selera.
Selain itu, kita boleh mendengar Quran ini semasa dalam perjalanan ke tempat kerja bagi yang menaiki kenderaan awam ataupun kereta.
Bagi yang mempunyai masa yang panjang seperti suri rumah atau pesara seharusnya menyediakan masa yang banyak untuk memahami kata-kata Al-Quran.
Mari kita cuba amalkan aktiviti mulia ini. Semoga Allah SWT memberikan kita perasaan tenang dan damai.
Bacaan tambahan:
Quranic Law Of Attraction
Tag :
Ibadah,
Tip Pelbagai
16 Komentar untuk " Dua Cara Bertindak Balas Dengan Al-Quran "
entry sangat berguna.. suka entri ini
Assalammualaikum...faizal,
baca al-quran nie perlu walaupun seminit...
mselim3
pls: masa dulu mselim3 ada kenal member, mana2 gi baca al-quran di dalam bas,perhentian bas, dalam kelas dan mana2 lah kekadang cemburu tgk istiqamah membaca al-quran. Cemburu tapi kita kena contohi...sikapnya. Apa yg penting bacalah al-quran walaupun satu ayat jgn sekali2 satu hari tak membaca al-quran ..
mselim3
moga diberkati Allah.
saya biasa amalkan membaca surah2 yang dihafal ketika menghantar anak ke rumah pengasuh sejak anak berusia 2 bulan sehingga sekarang (hampir 2 tahun). bukan saja saya dapat mengulanghafal tetapi kini anak juga sudah boleh mengikut apa yang saya baca.
budayakanlah amalan membaca Al-Quran
kekurangan masa bukan alasannya kan..macam-macam cara yang boleh kita gunakan
perkongsian yg bagus.. kalau berkesempatan, belajar la bahasa arab.. x rugi. boleh jugapaham sikit2 ayat alquran sambil kita baca..
terima kasih
terima kasih berkongsi tip membaca Al-Quran
amin
terima kasih cik laili berkongsi tip kejayaan mendidik anak
betul2
ini lah yang sepatunya...memudahkan kita faham al-Quran
ramai yang tahu membacanya, namun tidak semua yang mengamalkan membacanya secara istiqamah.. terima kasih di atas peringatan ini.. :D
betul tu...mari sama2 kita amalkan membaca al-quran
Perkongsian yang sangat bermanfaat...terima kasih
Sama2