Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera
Selagi kita berkemampuan untuk mencari rezeki, kita mesti meneruskannya kerana ini merupakan tuntutan Allah SWT kepada kita.
Bukankah tujuan Allah SWT jadikan kita di atas muka bumi ini untuk beribadah kepada Allah SWT? Mencari rezeki merupakan satu cabang ibadah kepada Allah SWT terutamanya untuk lelaki.
Namun begitu, keberkatan dalam rezeki merupakan perkara penting yang perlu kita titik beratkan supaya hidup kita selamat dan bahagia.
Pelbagai cara yang boleh kita lakukan untuk memperoleh rezeki. Umpamanya dengan mengambil upah, bekerja sendiri ataupun makan gaji.
Rezeki yang kita usahakan adalah untuk diberi kepada isteri, anak dan juga ibu bapa kita. Sekiranya rezeki yang kita bawa balik bukan dari sumber yang halal akan mendatangkan kesan buruk kepada kita dan ahli keluarga.
Oleh itu kita perlu tegas kepada diri kita dalam mencari rezeki. Biarpun hasil pendapatan kita tidak seberapa, namun yang penting keberkatan itu ada.
Perlu juga diingat bahawa rezeki bukan sekadar duit atau wang ringgit semata-mata tetapi juga ia boleh jadi ilmu, ketenangan, anak yang soleh dan keluarga bahagia.
Sebelum saya meneruskan tulisan ini, saya cadangkan pembaca sekalian download ebook 9 Cara Pantas Seru Rezeki ini.
Bagi saya ia cukup bagus dibaca oleh sesiapa sahaja kerana di dalamnya terkandung kaedah untuk menyeru rezeki dengan banyak dan yang penting berkat.
7 Tanda Keberkatan Rezeki
Di sini saya kongsikan 5 Tanda Keberkatan Rezeki sebagai panduan untuk kita semua. Di harap ia memberi manfaat.
- Hati semakin dekat dengan Allah
Apabila rezeki yang kita perolehi memiliki keberkatan, hati kita lebih mudah dekat dengan Allah SWT. Kita mudah untuk melakukan amalan wajib dan sunat seperti solat dan berzikir.
- Jiwa terasa tenang
Rezeki yang berkat juga meraih pandangan Allah SWT. Hanya Allah SWT yang berhak memberi ketenangan kepada kita.
- Pemurah
Amalan memberi sedekah dan zakat juga mudah untuk kita lakukan tanpa ada rasa sayang kepada harta yang kita ada. Ini kerana kita sedar bahawa rezeki yang kita perolehi datangnya daripada Allah SWT.
- Jauh daripada bala
Rezeki yang berkat juga mampu menjauhkan bala kerana Allah SWT sentiasa melindungi orang yang gemar mencari keberkatan dalam rezeki.
- Keluarga harmoni
Tanda seterusnya adalah keharmonian dalam keluarga. Cuba kita perhatikan sesetengah keluarga yang mungkin hidup serba kekurangan dari segi wang ringgit, namun mereka tetap bahagia.
- Anak-anak cemerlang
Duit yang banyak tidak menjamin kecemerlangan anak-anak. Namun, keberkatan dalam rezeki yang kita cari mampu menghasilkan anak-anak yang taat kepada Allah dan menjadi pelajar cemerlang.
- Sentiasa merasa cukup dan bersyukur
Setiap rezeki yang kita perolehi datangnya daripada Allah SWT. Dalam mencari rezeki yang berkat kita perlu sentias bersyukur dan merasa cukup dengan pemberian Allah SWT.
Apabila mendapat rezeki yang berkat rasa cukup dan syukur berterusan tanpa henti.
Apabila mendapat rezeki yang berkat rasa cukup dan syukur berterusan tanpa henti.
Untuk maklumat yang lebih terperinci dalam mendapatkan rezeki yang melimpah ruah, download segera 9 Cara Pantas Seru Rezeki
Tag :
Affiliate,
Sistem Menjemput Rezeki
15 Komentar untuk "7 Tanda Keberkatan Rezeki"
Rasa syukur ni harus dipupuk dalam sanubari tiap Muslim. Timbulnya rasa kufur akan mendorong kepada perlakuan zalim manusia, sama ada pada orang lain mahupun diri sendiri.
memang betul Tuan Sylarius
jika tak bersyukur apa pun tak mencukupi walau kekayaan setinggi langit..
syukur dengan kehidupan ini..
tepat sekali.kalau sedikit tidak disyukuri, bagaimana mahu bersyukur nikmat yang banyak
amin
sangat bersetuju dengan artikel ini.. bersyukurlah dengan rezeki yang ada walaupun sedikit.. :D
sikit atau banyak bukan ukuran, yang penting berkat...
biarpun sedikit yang penting rezeki itu halal..dan dari usaha kita sendiri. Sentiasa bersyukur dengan setiap pemberianNYA :)
Memang tepat puteri kasih
ada kawan ni, belanja harian macam biasa je, tapi bila akhir sem, tak 'sempit' macam org lain.. mungkin rezeki dia berkat kot.. heheh
Alhamdulillah.. moga berkat rezeki husna..
mungkin rezekinya berkat
amin
Assalamualaikum..boleh berikan contoh kegiatan yang membawa kepada rezeki tidak berkat di tempat kerja?terima kasih sahabat.:) . Din Kedah