Hari Ini Sudah Berselawat

Pelakon Terkenal Terlibat Kemalangan Jalan Raya

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Hari ini gempar seluruh Malaysia dengan berita seorang Pelakon Terkenal terlibat kemalangan jalan raya. 

Pelakon Terkenal Terlibat Kemalangan Jalan Raya


Pelakon Terkenal Terlibat Kemalangan Jalan Raya


Pelakon terkenal yang dimaksudkan terlibat dalam kemalangan adalah Nabila Huda anak penyanyi terkenal Amy Seach.

Kemalangan yang tidak diduga itu berlaku di kilometer 71 lebuh raya Karak- Kuala Lumpur petang tadi.  

Menurut Ketua Polis Daerah Bentong, Superitendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, mangsa menaiki kenderaan jenis Mitsubishi Triton bersama anaknya, Keisha Laila yang berumur 4 tahun.

Anak kecil pelakon terkenal itu disahkan patah tangan dan patah di bahagian muka, manakala beliau tidak mengalami kecederaan kecil.

Alhamdulillah tidak kemalangan jiwa dilaporkan. Semoga kita jadikan kisah ini sebagai peringatan untuk kita sentiasa mengingati Allah SWT dan lebih berhati-hati.

Biarpun kemalangan ini tidak meragut nyawa, sudah pasti kita tidak mahu kejadian ini berlaku bukan?

Oleh sebab itu, Islam mengajarkan adab-adab ketika menaiki kenderaan sebagai langkah-langkah berhati-hati ketika berada di dalam kenderaan.

Tiga Adab Menaiki Kenderaan

Kenderaan yang Allah SWT pinjam untuk kita merupakan alat untuk kita bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.

Ia juga merupakan makhluk Allah SWT yang memiliki manfaat untuk kita. Sememangnya ia sangat penting dalam kehidupan kita.

Tiga adab yang perlu kita amalkan ketika menaiki kenderaan yang kita pandu sendiri adalah seperti berikut:

  • Periksa kenderaan terlebih dahulu

Bagi yang memiliki kenderaan sendiri sama ada motorsikal, kereta atau pun basikal, seharusnya kita memeriksa keadaan kenderaan kita terlebih dahulu.

  • Mulakan dengan Bismillah

Dalam setiap pekerjaan yang hendak dilakukan, kita disuruh membaca Bismillah. Mudah-mudahan perbuatan kita mendapat keberkatan Allah SWT.

  • Baca doa menaiki kenderaan

Dalam Al-Quran, Allah SWT telah merakamkan sepotong ayat yang boleh kita jadikan doa untuk menaiki kenderaan.

Pelakon Terkenal Terlibat Kemalangan Jalan Raya


Mudah-mudahan Allah SWT pelihara kita semua.

ps> Mari jana pendapatan dengan mudah di JomNiaga. Pendaftarannya percuma sahaja.
0 Komentar untuk "Pelakon Terkenal Terlibat Kemalangan Jalan Raya"

Back To Top