Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera
Saya ingin mengajak semua blogger di luar sana, jom sertai kontest Apa Kata Blogger Tentang Trafik Blog? ini. Tiada apa bayaran pun, percuma semata-semata.
Hari ini, puas saya cari idea untuk menulis entri blog. Sambil bersiar-siar dalam alam blog, tiba-tiba saya terjumpa dengan satu kontest yang agak menarik.
Kontest ini namanya Apa Kata Blogger Tentang Trafik Blog? yang dianjurkan oleh Santai Kata.com.
Meskipun peserta-peserta yang telah menyertai kontest ini bukan calang-calang blogger, tetapi saya rasa tidak salah mencuba. Betul tak?
Hadiah yang ditawarkan menarik juga.Cuba lihat di bawah ini.
- Tempat pertama : RM300 untuk seorang dan hadiah misteri
- Tempat kedua : RM200 untuk seorang dan hadiah misteri
- Tempat ketiga : RM100 untuk seorang dan hadiah misteri
- Referral terbanyak : RM50 seorang x 5
Apa Kata Blogger Tentang Trafik Blog?
Dalam setiap kontest mesti ada syarat-syarat atau peraturan yang telah ditetapkan. Barulah kita tahu apa yang hendak dibuat.
Baiklah, dalam kontest ini, syarat pertamanya adalah tulis entri Apa Kata Blogger Tentang Trafik Blog?
Definisi Trafik Blog
Maksud Trafik Blog secara ringkasnya ialah jumlah pengunjung atau pelawat yang datang ke blog kita melalui beberapa laluan yang subjektif. Umpamanya menerusi Google, Yahoo, Bing ataupun Babylon.
Sebagai contoh, ada seorang pengguna internet datang ke blog kita, maka satu trafik blog akan meningkat.
Kepentingan Trafik Blog
Trafik Blog memang penting bagi sesebuah blog sekiranya pemilik blog tersebut ingin menjana pendapatan melalui blognya.
Ini kerana syarikat-syarikat pengiklanan akan merujuk kepada berapa tinggi trafik sesebuah blog boleh hasilkan.
Semakin tinggi trafik sesebuah blog yang dihasilkan mengambarkan betapa banyak pengunjung yang datang ke blog tersebut.
Apabila ramai orang datang ke blog kita, maka kebarangkalian iklan-iklan yang dipromosikan dalam blog kita akan di klik.
Begitu juga bagi mereka yang ingin menjaul barangan-barangan menerusi blog mereka, sudah tentu meraka mahukan penggunjung yang ramai. Ini semua ditentukan oleh trafik blog.
Formula Meningkatkan Trafik Blog
Sebenarnya terdapat banyak cara untuk meningkatkan trafik ke blog kita. Bolehlah dirujuk kepada blogger-blogger senior yang telah berjaya seperti Denai Hati, Amanz, Cik Tom, Kujie dan lain-lain.
Satu formula yang ingin saya nyatakan di sini adalah rajin. Kalau kita rajin, In Sha Allah apa yang ingin kita capai boleh berjaya.
- Kita kena rajin belajar selok-belok dunia blogging
- Kita kena rajin praktiskan ilmu-ilmu blogging
- Kita kena rajin buat blogwalking
- Kita kena rajin sertai kontest
- Kita kena rajin buat kontest
- Kita kena rajin post entri
- Kita kena rajin promosikan blog kita
Pokoknya rajin. Kalau apa yang kita buat belum juga berhasil, jangan putus asa teruskan usaha lagi kerana dalam proses kita mencuba dan mencuba, pasti ada ilmu yang kita dapat.
Saya ingin mengajak semua blogger di luar sana, jom sertai kontest Apa Kata Blogger Tentang Trafik Blog? ini. Tiada apa bayaran pun, percuma semata-semata.
Selamat berjaya...
Tag :
Segmen,
Tip Blogging
4 Komentar untuk "Apa Kata Blogger Tentang Trafik Blog?"
good luck :) rajin tu lah keyword kan?
BETUL BETUL BETUL
Assalammualaikum...saudara faizal,
saudara faizal mselim3 tgk seorang yg rajin jugak... baru nak berjinak2 dalam blog bagus..satu tindakan yg mselim3 puji.. dulu mselim3 belajar sendiri.. mselim3 pun belajar dari bawah... insaallah usaha tangga kejayaan . doa mselim3 saudara faizal berjaya.. janji jgn putus asa k...
mselim3
traffik mselim3 dulu 3-4 orang aje yg baca blog mselim3... sekarang alhamdulilah.. berkat kesabaran.. , ingat Allah sangat sayang pada hamba2Nya yang sabar...
Walaikumussalam
Terima kasih Tuan Mohd Selim. Komen yang cukup berkesan. Terasa sampai ke hati. In Sha Allah dengan nasihat yang diberikan oleh Tuan dapat memberi saya semangat dan istiqamah.