Hari Ini Sudah Berselawat

Kata-Kata Hikmah Merawat Kesedihan

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera


Adakala kita diuji dengan kesedihan dan kepiluan. Ujian sebegini mudah menjadikan kita lemah dan tidak mampu untuk meneruskan kehidupan.


Sebagai seorang yang beriman kepada Allah SWT, berputus asa merupakan sikap yang tidak di sukai Allah SWT.


Rahsia Bisnes Tudung

Kata-Kata Hikmah Merawat Kesedihan


Oleh itu, cukuplah dengan kesedihan yang dialami selama ini, cuba hayati Kata-Kata Hikmah Merawat Kesedihan yang saya kongsikan dalam entri ini.

Kata-Kata Hikmah Merawat Kesedihan


  1. Hidup ini pilihan, apapun yang membuatkan kita sedih, tinggalkan. Dan apapun yang membuatkan kita tersenyum jangan lepaskan.
  2. Kesedihan bukan untuk diratapi, tetapi merupakan panggilan jiwa untuk muhasabah diri dan berbuat yang lebih baik diri.
  3. Tidak ada seorang pun dalam hidup ini sangat kuat. Semua orang merasai kesedihan, tetapi kadang-kadang seseorang mampu pura-pura senyum.
  4. Kadang-kadang, seseorang itu lebih memilih untuk tersenyum kerana tidak ingin menunjukkan mengapa dirinya bersedih.
  5. Tuhan Maha Penyayang, Mah Pengasih. Hanya Tuhan tempat kembali, hanya Tuhan yang mampu mengubah kesedihan kepada kegembiraan.
  6. Seseorang yang kita nampak kuat, tidak bererti dia tidak pernah bersedih. Dia bersikap seperti tidak ada yang salah, tetapi mungkin hatinya terluka.
  7. Ambil pengajaran dari masa yang lalu dan tinggalkan kesedihan. Jangan biarkan kesedihanmu menutup jalan masa hadapanmu.
  8. Senyumlah, tinggalkan kesedihan. Lupakan ketakutanmu. Sakit yang kamu rasa tidak setara dengan kebahagiaan yang bakal kamu kecapi.
  9. Ketika seseorang melukaimu, jangan bersedih kerana Allah sentisa mendatangkan penyembuh buatmu.
  10. Ketika seseornga yang cukup bermakna buatmu pergi, jangan terus bersedih kerana kamu akan kehilangan dirimu sendiri yang juga cukup bermakna.
  11. Jangan pernah menyalahkan orang lain di atas kesedihanmu kerana kebahagiaanmu adalah urusanmu.
  12. Kebahagiaan kita harus datang dari dalam diri kita
  13. Percaya pada diri sendiri walaupun sedang bersedih kerana pembakar semangat terbesar dalam hidup kita adalah diri kita sendiri.
  14. Tuhan tidak pernah membiarkan hambaNya berpanjangan dalam kesedihan, pasti ada rancangan indah untuk membayar semua air mata kita
  15. Tidak perlu bersedih kerana kekurangan diri kita. Ketahuilah, Tuhan pasti memberi kelebihan kepada setiap orang yang memiliki  kekurangan.

Semoga Kata-Kata Hikmah Merawat Kesedihan ini boleh menjadi inspirasi dan motivasi yang bermakna dalam diri kita. 


Setelah selesai kesedihan mari, bakar semangat anda dengan membaca Kata-Kata Hikmah Pembakar Semangat. 



8 Komentar untuk "Kata-Kata Hikmah Merawat Kesedihan"

Assalammualaikum....nota mengajar,

jangan sedih sangat... k .
Tetapi kata2 hikmah itu memang adalah ubat untuk hati yang dalam kesedihan... selain tu kita boleh baca doa ketika stress dan sedih...

mselim3

Terima kasih di atas peringatan berguna ini.

Back To Top