Jom Kita Berselawat

Penantian Anugerah Juara Lagu Ke-27 (AJL 27) 2013

Assalamualaikum WBT

Tamat sudah tayangan Anugerah Juara Lagu Ke-27 (AJL-27) 2013 yang diadakah pada 6 Januari 2013. Saya rasakan tentu ramai rakyat Malaysia dan juga rakyat dari negara jiran kita seperti Indonesia, Singapura dan Brunei begitu teruja menonton AJL-27 2013 ini.

Sebenarnya, saya sendiri tidak sempat menonton siaran langsung yang dirasakan hebat oleh sebilangan besar penontonya. Ketika siaran langsung ini ditayangkan saya bersama sibuk dengan keletah anak-anak kami yang merap hendak tidur.

Keputusan penuh Anugerah Juara Lagu Ke-27 (AJL-27) 2013 telah pun diketahui. Saya rujuk blog Saljuhumairah dan Encik Google sahaja. Saya sedar, teknologi IT yang begitu canggih pada masa ini memberi jawapan siapakah yang berjaya AJL-27 dengan pantas. Boleh lihat di bawah ini:
  1. Johan : Terukir di bintang (Yuna) penyanyi gantian -Aizat
  2. Naib Johan : Idola (Audi Mok & Azlan and Typewriter)
  3. Ke Tiga : Ku Akui (Ajai & Hafiz)
  4. Persembahan terbaik  : Black & Malique penyanyi gantian RJ
  5. Vokal Terbaik : Ku Akui (Hafiz)
Maklumat lanjut boleh rujuk www.tonton.my.

Rehearsal Anugerah Juara Lagu 24.
Rehearsal Anugerah Juara Lagu 24. (Photo credit: Wikipedia)
Suatu kisah pendek yang ingin saya kongsi di sini adalah berkenaan dengan seorang wanita selaku ibu kepada seorang anak kecil dan isteri kepada seorang suami yang begitu menggemari Anugerah Juara Lagu. Ke semua 26 episod AJL tidak pernah dia ketinggalan walaupun sekali.

Malam ini akan ditayangkan AJL-27. Rancangan yang dinanti-nanti oleh Rozie sejak zaman mudanya sehinggalah dia melangsungkan perkahwinannya.
Sebelum rancangan kegemarannya ditayangkan, segala persiapan makan malam telah disediakan sebelum menjelang waktu senja. Dia bercadang untuk makan bersama dengan suaminya selepas solat maghrib.
Pakaian yang telah kering di angkat dan dilipat dengan secepat mungkin. Pakaian suaminya untuk digunakan pada waktu kerja esok hari digosok sepasang sahaja dan disangkut di dalam almari. Biasanya dia akan menggosok dua atau tiga pasang.
Botol susu anak kecilnya telah dibasuh dengan bersih dan diletakkan di atas meja ruang tamu. Cuma belum dibancuh sahaja lagi.

Persiapan sedemikian rupa dilakukan agar tiada gangguan kepada dirinya ketika menonton tayangan kegemarannya nanti.  Dia tidak mahu suaminya memanggil untuk makan. Dia tidak mahu terkial-kial mencari di mana letaknya susu jika anaknya menangis mahukan susu.
Setiap perkara yang dilakukan oleh Rozie berlaku dengan pantas. Terpapar bahawa tindakannya begitu kalut seolah-olah mengejar sesuatu. 
Tanpa dia sedari, suaminya sedang memerhati dari jauh segala tindakan isterinya sejak dari tadi. Setelah beberapa ketika suaminya bersuara, "Kenapa dengan Rozie ni? Abang nampak terburu-buru sangat."

"Abang tidak tahukah? Malam ini ada AJL." ujar Rozie sambil menyusun pinggan mangkuk yang telah kering di atas rak pinggan.

"AJL itu apa?" tanya suami Rozie.

"AJL pun abang tidak tahu? Anugerah Juara Lagu la." jawab Rozie.

"Oh... Anugerah Juara Lagu. Sampai begitu sekali kesan AJL terhadap kita. Tidak pernah abang tengok Rozie, kalut sebegini. Hairan abang, kalau Rozie kalut dengan Ajal tentu lagi hebat." ujar suami Rozie.
Rozie terdiam seribu bahasa mendengar kata-kata suaminya yang sedang bersiap-siap untuk ke masjid bagi menunaikan solat maghrib.Enhanced by Zemanta
Tag : Santai
3 Komentar untuk "Penantian Anugerah Juara Lagu Ke-27 (AJL 27) 2013 "

Back To Top