Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera
Apa khabar semua? Apa aktiviti hujung minggu rakan blogger sekalian minggu lepas? Barang kali ada yang bawa family berkelah, membeli belah, menziarahi sanak saudara dan sebagainya.
Hujung minggu yang lalu saya berehat di rumah mak abah di kampung, setelah berhempas pulas menyiapkan tugasan yang banyak sepanjang minggu sebelum ini.
Saya harap dengan merehatkan diri menjadi aktiviti yang mmapu memberikan tenaga kepada diri untuk meneruskan kerja-kerja yang mendatang.
Sambil berehat-rehat bersama bersama keluarga, saya sempat menghabiskan bacaan sebuah buku yang saya beli di kedai buku Hassani Perai.
Buku yang saya maksudkan adalah buku karangan motivator yang sedang melonjak naik namanya sekarang ini Prof Dr. Muhaya Hj Mohamad bertajuk 'Bahagia Membahagiakan'.
Saya memang meminati cara penyampaian beliau dalam bentuk ceramah. Rancangan-rancangan yang beliau kendalikan di kaca TV seperti Reset Minda, Celik Hati dan sebagainya menjadi kegemaran saya.
Bahagia Membahagiakan Kaedah Transformasi Minda
Melihat kepada muka hadapan buku ini yang berwarna ungu dengan gambar kuntuman bunga cukup menyegarkan minda.
Buku setebal 134 muka surat ini diterbitkan oleh As-Sohwah Enterprise pada tahun 2012 dengan harga RM 25.00.
Walaupun saiz buku ini tidak begitu besar tetapi isinya padat dengan tip-tip berguna untuk kita jadikan panduan dalam melakukan transformasi minda menuju kebahagiaan.
Mengapa tajuk buku ini diberi sebagai Bahagia Membahagiakan, hanya penulis sendiri yang tahu sebenarnya.
Namun, apa yang boleh saya katakan di sini adalah untuk menikmatik kebahagiaan, kita perlu membahagiakan orang lain juga. Barulah kita rasa bahagia berpanjangan hingga ke akhirat sana. Insya Allah.
Terdapat 15 bab yang dibahagikan untuk memudahkan kita memilih mana-mana bab yang kita suka dan ingin dibaca.
Pecahan bab dalam buku ini adalah seperti berikut:
Bagi saya tip-tip yang disarankan oleh Prof Muhaya dalam buku ini menyentuh pelbagai aspek penting dalam kehidupan kita iaitu fizikal, mental, rohani, hubungan denan manusia dan kewangan.
Namun, kehidupan di dunia ini adalah sementara sahaja. Kehidupan yang sebenar adalah di akhirat nanti.
Justeru, kita perlu mencari kebahagiaan bukan sekadar untuk hidup dunia, tetapi juga kebahagiaan di akhirat kelak.
Setiap perkara yang berlaku dalam setiap detik masa kehidupan adalah teladan, pengajaran dan ujian agara dapat menguatkan jiwa dan badan.
Memetik kata-kata Prof Muhaya dalam buku ini
Saya rasakan ia memberi kita sedikit panduan bahawa kehidupan penuh dengan ujian yang tidak dapat kita hindari. Cuma kita perlu ada ilmu untuk mengharunginya agar dapat kita menemui kemanisannya setelah menempuhi sesuatu ujian itu.
Secara keseluruhannya, penyampaian penulis dalam buku ini adalah straight to the point tanpa berselekoh sana sini.
Boleh juga kalau saya katakan ia umpama sebuah buku nota untuk mencari kebahagiaan. Ia juga bertepatan dengan Law Of Universal Attraction di mana kebaikan yang kita lakukan akan mendatangkan kebaikan kepada diri kita kembali.
Berbeza dengan buku beliau juga yang bertajuk Padanya Ada Hikmah terbitan PTS Sdn. Bhd. yang saya pernah baca sebelum ini.

- Maafkan diri anda dan orang lain
- Imej diri adalah cerminan kehidupan
- Kehidupan ini penuh persoalan
- Semaikan benih yang baik
- Takut dan bimbang adalah racun kepada kehidupan
- Murah hati adalah sifat terpuji
- Renungilah setiap nikmat dalam kehidupan
- Kesihatan tidak ternilai dengan harta dan wang
- Emosi adalah sifat dalaman yang meracuni
- Hiduplah dengan penuh ketenangan
- Warna-warna kehidupan
- Membina sebuah kehidupan
- Jangan biarkan diri anda dipenjara
- Kehidupan adalah sebuah perjalanan yang sementara
- Persoalan adalah lumrah kehidupan
Bagi saya tip-tip yang disarankan oleh Prof Muhaya dalam buku ini menyentuh pelbagai aspek penting dalam kehidupan kita iaitu fizikal, mental, rohani, hubungan denan manusia dan kewangan.
Namun, kehidupan di dunia ini adalah sementara sahaja. Kehidupan yang sebenar adalah di akhirat nanti.
Justeru, kita perlu mencari kebahagiaan bukan sekadar untuk hidup dunia, tetapi juga kebahagiaan di akhirat kelak.
Setiap perkara yang berlaku dalam setiap detik masa kehidupan adalah teladan, pengajaran dan ujian agara dapat menguatkan jiwa dan badan.
Memetik kata-kata Prof Muhaya dalam buku ini
Kehidupan adalah bagaimana kita menyediakan diri kita bagi mengharunginya. Ia penuh dengan liku-liku, namun di sebaliknya adalah kemanisan.
Saya rasakan ia memberi kita sedikit panduan bahawa kehidupan penuh dengan ujian yang tidak dapat kita hindari. Cuma kita perlu ada ilmu untuk mengharunginya agar dapat kita menemui kemanisannya setelah menempuhi sesuatu ujian itu.
Secara keseluruhannya, penyampaian penulis dalam buku ini adalah straight to the point tanpa berselekoh sana sini.
Boleh juga kalau saya katakan ia umpama sebuah buku nota untuk mencari kebahagiaan. Ia juga bertepatan dengan Law Of Universal Attraction di mana kebaikan yang kita lakukan akan mendatangkan kebaikan kepada diri kita kembali.
Berbeza dengan buku beliau juga yang bertajuk Padanya Ada Hikmah terbitan PTS Sdn. Bhd. yang saya pernah baca sebelum ini.
Buku tersebut lebih santai kerana beliau menggunakan pendekatan dalam bentuk cerita-cerita pendek yang memberi inspirasi kepada saya agar memikirkan kebesaran Ilahi.
Kalau ingin mengetahui dengan lebih jelas dan terperinci, rakan-rakan sekalian boleh dapatkan buku ini dan cuba hayati isi kandungannya.
Kalau ingin mengetahui dengan lebih jelas dan terperinci, rakan-rakan sekalian boleh dapatkan buku ini dan cuba hayati isi kandungannya.
Tag :
Buku
20 Komentar untuk "Bahagia Membahagiakan Kaedah Transformasi Minda"
Yang paling saya suka memaafkan orang lain.
suka dengar ceramah prof Muhaya ni..dia cuba menukar perspeksi orang kita dan cara kita berfikir kearah yg lebih positif
dah lama tak baca buku2 cam nih..
perkongsian yg menarik.. bak moto hidup ustaz hasrizal, "erti hidup pada member"..
semoga berbahgia hehehe....jom xchange list wif my blog :
Azim Aris
Tak Mungkin Benar
Muhasabah
Perlu sebenarnya kita sentiasa upgrade kan pengetahuan kita dalam hal-hal macam ni. Utk bahagia bukan lah kerja sehari...tapi kerja yg berpanjangan. Perlu usaha ke arah lebih bahagia dan kekalkannya.
bagusnya.. boleh masuk dalam list baucer buku utk tahun depan lah macam ni.. hehehe..
tahniah....kerana menjadi orang yang hebat
betul tu Pha Is..lebih kurang mcam denai hati..."hidup untuk mmeberi"
saya suka baca buku mcam ini kerana ia boleh menjadi inspirasi dan motivasi
betul tu blogger lelaki..saya pun sama sependapat dengan Tuan
samalah kita..terima kasih..insyaAllah sama2 kita xchange list
dengar cerita, tahun depan baucer buku bertambah lagi . boleh lah borong banyak2 buku
terima kasih..komen tuan cukup berguna
best dapat baca buku motivasi sebegini...
nampak menarik buku ini.. aiza belum pernah membeli buku-buku prof dr muhaya hj mohamad, selalu mendengar rancangan beliau di televisyen saja.. kalau buku aiza suka membaca buku-buku motivasi tulisan dr HM tuah al-haj.. sebab aiza sukakan motivasi yang santai dan ringkas melalui penceritaan.. kalau berat sangat isi kandungan buku aiza berasa cepat bosan dan akhirnya tertidur.. hehe..
betul tu
setiap orang mempunyai persepsi sendiri...yang penting kita membaca..sebab membaca makanan minda...tidak hairanlah dipasaran terdapat pelbagai jenis buku..tujuannya untuk menyediakan bahan bacaan untuk pelbagai jenis minat pembaca.
What you give, you get back. Apa sahaja perlakuan yang memberikan kebaikan kepada orang lain, nescaya akan dibalas dengan kebaikan jua.
Kalau kita jadi umat Islam yang mukmin...automatik kita adalah pengamal hukum tarikan...sebab dalam Islam menyuruh kita amal makruf nahi mungkar